Ahad, Januari 16

83 penerima darjah kebesaran sempena Ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah ke-83.

ALOR SETAR - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pedu, Datuk Seri Mahdzir Khalid mendahului senarai 83 penerima darjah kebesaran sempena Ulang tahun Keputeraan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah ke-83.

Mahdzir dikurniai kebesaran Orang Besar Lapan yang membawa gelaran Dato Seri Mahawangsa pada majlis penganugerahan darjah kebesaran itu yang berlangsung di Balai Penghadapan Istana Anak Bukit, hari ini.

Mufti Kedah, Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad mendahului penerima Darjah Seri Paduka Seri Setia Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (DHMS) membawa gelaran Datuk Paduka.

Tiga penerima lain ialah Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Datuk Wira Rasli Basir; Panglima Tentera Darat, Jeneral Datuk Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail.
12 penerima dianugerahkan Darjah Gemilang Mahkota Kedah (DGMK) membawa gelaran Datuk Wira, tiga menerima Darjah Paduka Mahkota Kedah (DPMK) membawa gelaran Datuk, 48 orang dianugerahkan Darjah Datuk Setia DiRaja Kedah (DSDK), seorang DSDK Kehormat dan 14 penerima Jaksa Pendamai (JP).

Pegawai Kewangan Negeri, Datuk Mohd Puat Mohd Ali mendahului senarai 12 penerima

DGMK, selain Panglima Angkatan Bersama, Laksamana Madya Datuk Jamil Osman; Naib Canselor UKM, Profesor Tan Sri Sharifah Habsah Syed Hasan Shahabudin; Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Pahlawan Zulkifli Zainal Abidin; Rektor Kolej Universiti Insaniah, Profesor Datuk Dr Jamil Osman dan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Datuk Dr Syed Arabi Syed Abdullah Idid.

Mereka yang lain, Datuk Thobrani Hanafi, Datuk Abdul Halim Che Din, Datuk Abd Halim Karim, Datuk Dr Jason Goh, Datuk Ng Chen Oon dan Datuk Abdul Aziz Mohamaed.

Tiga penerima DPMK ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Zalekha Hassan; Asisten Ketua Staf Rancang/Kontijensi, Mejar Jeneral Datuk Mahdi Yusoff dan Asisten Ketua Staf Kejuruteraan, Mejar Jeneral Datuk Ir Ibrahim Bahari.

Antara 48 yang dianugerahkan DSDK ialah Toh Puan Laksamana Kedah, Datin Seri Nora Abdullah; Exco Kerajaan Negeri, Dr Hamdan Mohamed Khalib; Penasihat Undang-undang Negeri, Anas Ahmad Zakie; Duta Besar Malaysia ke Brazil, Sudha Devi a/p KR Vasudevan; Duta Besar Malaysia ke Mesir, Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti.

Naib Canselor UUM, Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak; Pegawai Daerah Kulim, Mat Noh Ahmad; Ahli Parlimen Baling, Taib Azamuddin Md Taib; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda), Mohd Arpan Shari; Pengarah Kesihatan Kedah, Dr Marzukhi Md Isa dan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Juita Ghazalie.

Pegawai Khas (PDRM) Menteri Dalam Negeri, Senior Asisten Komisioner Datuk Wan Ahmad Najmuddin Mohd; Timbalan Ketua Polis Kedah, Senior Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab; Panglima 10 Briged Markas 2 Briged, Brig. Jeneral Datuk Zulkifli Mansor; Penasihat Tentera kepada Menteri Pertahanan, Brig. Jeneral Md Dzahir Abd Rashid dan Pengerusi PKR Kedah, Wan Salleh Wan Isa.

Seorang penerima DSDK Kehormat ialah Presiden Bayview Hotel & International Resort, Datuk Winston Tan Soon Tew.

14 penerima JP ialah Exco Kerajaan Negeri, Abd Ghani Ahmad; ADUN Pantai Merdeka, Abdullah Jusoh; ADUN Kota Darul Aman, Lee Guan Aik; Ahli Dewan Negara, Senator Ir Zamri Yusuf; Pengarah Urusan Kumpulan Ladang-Ladang Perbadanan Kedah Sdn Bhd, Datuk Shahabudin Shafie; Mejar Jeneral Datuk Khairuddin Abu Bakar; Datuk Lim Teong Kiat; Datuk Norazman Hamidun.

Datuk F’ng Ah Seng; Setiausaha Politik kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Ooi Khir Tong, Pengarah Urusan Perunding Kos Putra Sdn Bhd, Abd Wahab Taib; Gurdial Singh a/l Kartar Singh; Lau Hai Poo dan Pengarah Merger Trend Sdn Bhd, Yew Choo Yen

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Ratings and Recommendations by outbrain

 
 
 

Berita Perlis

Loading...

Berita Kedah

Loading...

Berita Perak

Loading...