Oleh ZULKIFLI YAHAYA
Persidangan
Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Sidang Bajet 2013 baru sahaja
berakhir. Ia merupakan Sidang Bajet kelima bagi Pakatan Rakyat Kedah dan
pastinya yang terakhir sebelum PRU 13.Sepanjang lima tahun bersidang,
maka persidangan kali ini dianggap yang paling hangat seakalipun
kehangatan Sidang DUN Kedah tidak pernah mengatasi Perak, Selangor,
Pulau Pinang, Kelantan atau Negeri Sembilan.
Kehangatan kali ini ialah kerana pihak pembangkang, BN, berjaya
menghimpun isu-isu yang paling banyak untuk menyerang kerajaan negeri
pimpinan Dato' Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak.
Isu-isu penting yang menjadi peluru BN tersebut ialah kerugian RM6.4
juta pelaburan projek balak di Papua New Guinea oleh Kedah Corporation
Berhad anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kedah, kemelut yang
melanda Kolej Universiti Insaniah, konfrontasi yang dibuat oleh
ahli-ahli majlis kerajaan tempatan terhadap Setiausaha kerajaan Negeri,
penebangan balak yang kononnya tidak terkawal di hutan simpanan kekal
dan pertambahan pusat hiburan. Barangkali kerana tiada pre council
antara ADUN BN, maka hampir setiap orang dari mereka asyik mengulang isu
yang sama sehingga Sidang DUN menjadi sangat membosankan.
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Dato' Ir Amiruddin Hamzah yang
mungkin menyedari bahawa semua persoalan tersebut akan dibangkitkan
melakukan pre emtif yang berkesan. ADUN PAS Pantai Merdeka, Haji
Abdullah Jusoh bertanyakan soalan mengenai projek-projek BN yang
menghadapi kegagalan lalu beban kegagalan mereka terpaksa ditanggung
oleh kerajaan terkini. Maka Dato' Amiruddin pun melibas BN dengan
pendedahan terperinci setiap projek sakit tinggalan BN sehingga tiada
seorang pun ADUN BN berani mencelah.
Antaranya ialah projek Taman Industri Tandop, Jerai International
Park, ternak udang Kerpan, penyelewengan pembinaan kompleks Majlis
Perbandaran Sungai Petani, kegagalan projek ternak lembu di Pendang dan
salah laku BN di Seri Temin Development Corporatioan. 'Jaringan awal'
yang dibuat oleh Dato' Amiruddin menyebabkan pihak pembangkang hilang
arah dan sengat. Serangan balas jadi tumpul.
Jika ada lagi kejutan dalam Sidang bajet 2013 ini, maka pastinya ia
adalah keengganan ADUN Kota Siputeh Dato' Abu Hasan Sarif mematuhi
arahan Speaker sehingga menyebabkan beliau diusir keluar dewan.
Sepanjang sejaran lima tahun PR berkuasa inilah kali pertama ADUN diarah
keluar Dewan. Semua ADUN BN yang lain turut ikut keluar sebagai tanda
sokongan terhadap rakan mereka yang diusir.
Dato’ Abu Hasan diarahkan keluar Dewan apabila beliau membantah
keputusan Speaker DUN untuk tidak mengganggu pengulungan oleh Exco
Kerajaan Negeri, Lim Soo Nee apabila Exco berkenaan enggan memberi
laluan terhadap sebarang soalan ketika beliau menggulung perbahasan.
Abu Hasan sebelum ini telah mempersoalkan tindakan Yang Di Pertua
Majlis Daerah Kubang Pasu (YDP MDKP) yang menurunkan pangkat dua orang
pegawai gred N41 kepada N17, di mana salah seorang darinya adalah anak
beliau sendiri. Beliau menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan
bermotifkan politik. Yang DiPertua MDKP yang terbabit dengan penurunan
pangkat tersebut ialah Dato’ Che Barni.
Exco Perdagangan Dalam
Negeri & Hal Ehwal Pengguna, Perpaduan dan Pengurusan Sumber
Manusia, YB Lim Soo Nee menjelaskan bahawa setelah disiasat didapati
bahawa tiada jawatan yang sah untuk gred N41 tersebut dan yang ada
hanyalah untuk gred N17. Jadi tindakan YDP Majis menurunkan pangkat anak
Dato' Abu Hasan dianggap tidak menyalahi peraturan.
“Oleh itu, YDP MDKP meminta agar mereka turun memegang jawatan N17 sekiranya masih berminat untuk berkhidmat di MDKP.
“Selepas itu, salah seorang daripada mereka terus bekerja di sana
dengan gred N17 sehingga mendapat kerja di KUIN dan seorang lagi
berhenti dengan alasan ingin bekerja dengan bapanya,” terang Lim Soo
Nee.
YDP MDKP berpendapat bahawa pelantikan dua pegawai ke
jawatan yang tidak wujud berdasarkan peraturan dan ianya telah mengambil
hak dan peluang orang lain.
Gaji dua pegawai gred N41 itu
dapat menampung gaji tujuh pegawai gred N17. Exco kerajaan negeri itu
berkata, tindakan YDP MDKP pada waktu itu adalah wajar berdasarkan
peraturan dan bukanlah disebabkan pegawai-pegawai tersebut anak kepada
sesiapa.
Abu Hasan dilihat sebagai ADUN yang tidak tahu
mematuhi peraturan Dewan pernah hilang kelayakan ADUN apabila ponteng
Sidang DUN dua kali berturut-turut. Kini membuat onar pula di Dewan
sehingga memaksa speaker mengusirnya. Lebih memalukan kerana seorang
ADUN 'mengamuk' di Dewan hanya kerana pembelaan terhadap anaknya
sendiri. Beliau wakil rakyatkah atau wakil anak?
ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Memalukan: Pegawai Kanan Tabung Haji Di Tangkap Khalwat
-
[Naluri seorang suami terhadap perlakuan sumbang isterinya berjaya dihidu
lalu memberi maklumat sehingga berjaya ditangkap ketika bersama rakan
sekerj...
4 minit yang lalu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan