Headlines News :
Home » » Abe kutuk perbuatan kumpulan IS bunuh juruterbang Jordan

Abe kutuk perbuatan kumpulan IS bunuh juruterbang Jordan

Written By Warta Utara on Wednesday, February 4, 2015 | 10:25 PM

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe mengutuk kumpulan Negara Islam (IS) yang membunuh juruterbang Jordan dan menyifatkan perbuatan itu sebagai "tidak boleh dimaafkan" selepas dua rakyat negara itu yang menjadi tebusan dibunuh.

"Memang tidak dapat dimaafkan dan perbuatan yang keterlaluan. Saya mengutuk sekeras-kerasnya," kata Abe pada sidang Parlimen selepas kumpulan jihad itu menyiarkan video menunjukkan juruterbang berusia 26 tahun berkenaan yang dibakar hidup-hidup dalam sangkar.

Video berdurasi 22 minit disiarkan secara online menunjukkan imej lelaki dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditahan pada Disember lalu, dibakar.

"Apabila saya fikirkan perasaan keluarganya, saya tidak mampu untuk berkata apa-apa. Bagi pihak kerajaan Jepun dan rakyat negara ini, saya merakamkan ucapan takziah ikhlas daripada kami.

"Jepun bersama Jordan pada masa sukar ini. Saya marah dengan tindakan tidak berperi kemanusiaan ini dan tindakan keganasan yang hina," katanya.

Televisyen Jordan berkata, Kassasbeh sudah dibunuh pada 3 Januari lalu sebelum IS menawarkan wartawan Jepun, Kenji Goto sebagai pertukaran untuk membebaskan pengebom berani mati yang dijatuhi hukuman mati, Sajida al-Rishawi.

Kenji Goto dipancung kepalanya disiarkan menerusi video yang disiarkan pada Sabtu lalu oleh militan IS dan berlaku seminggu selepas rakannya, Haruna Yukawa dibunuh. - AFP
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online