Headlines News :
Home » » Jangan Ada Yang Berlagak Jadi Presiden PAS

Jangan Ada Yang Berlagak Jadi Presiden PAS

Written By Warta Utara on Sunday, February 8, 2015 | 12:45 PM

Oleh : IZWAN ABDUL HALIM



PONGSU SERIBU : Ahli Jawatankuasa Jabatan Tarbiyah PAS Pulau Pinang, Ustaz Ibrahim Ani menasihati pimpinan PAS agar tidak cuba berlagak menjadi Presiden PAS.

Ujarnya, setiap pimpinan ada posisi dan peranannya masing-masing serta perlu melaksanakan amanah untuk mendaulatkan Islam sebagaimana impian PAS.

“Jangan ada agenda peribadi. Jangan ada “Kaduk naik junjung”. Presiden PAS ialah Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Jadi jangan ada yang cuba bertindak seolah-olah dirinya Presiden,” tegurnya dalam satu kenyataan, 7 Februari.

Menurut beliau, kebelakangan ini terdapat di kalangan pimpinan PAS yang bercakap hal ehwal parti seolah-olah PAS ini milik pihak tertentu termasuk mengenepikan Tuan Guru Presiden.

Tegasnya, sebagai pemimpin parti, mereka mesti berdiri teguh di belakang Tuan Guru dan bukannya turut serta bersama rakan politik mempertikaikan kewibawaan Presiden.

Ustaz Ibrahim dalam kenyataannya turut menempelak sifat gopoh Ketua Umum PKR, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mempertikaikan pengurusan banjir oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Katanya, Anwar sibuk menonjolkan diri menjadi jaguh kononnya untuk mendamaikan PAS dan DAP yang dikatanya berbalah.

“Beliau menasihatkan PAS dan DAP selesaikan masalah di meja rundingan. Tetapi beliau sendiri gopoh tidak sempat menunggu Mesyuarat Pakatan Rakyat pada Ahad, 8 Februari ini untuk menyuarakan pendapat, beliau telah mempertikai Kerajaan PAS Kelantan,” ujarnya merasa jengkel dengan tindakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Beliau juga membidas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang dinasihatkannya agar berhenti menyibuk hal ehwal PAS kerana dilihat percakapannya jelas merugikan Pakatan Rakyat.

“Guan Eng sepatutnya melihat kembali apa yang terjadi dengan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang sudah sekian lama tidak bertemu muka. Hampir 3 tahun tidak bermesyuarat gara-gara kesombongan DAP dalam memerintah.

“Tetapi beliau lebih suka menjaga tepi kain PAS dengan menyerang membuta tuli Tuan Guru Presiden,” luahnya kesal.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online