Headlines News :
Home » » Tambang percuma sebulan di 4 stesen LRT baharu

Tambang percuma sebulan di 4 stesen LRT baharu

Written By Warta Utara on Tuesday, October 27, 2015 | 10:24 PM

Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL menawarkan perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan 4 stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini.

Dalam kenyataan syarikat itu berkata, 4 stesen terbabit akan menggunakan perkhidmatan AMY, tren 6 gerabak.

Token perjalanan sehala percuma disediakan di Pejabat Khidmat Pelanggan di Stesen LRT Sri Petaling dan di semua 4 stesen terbabit iaitu Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.


Para penumpang juga boleh menggunakan MyRapid Cards dan kad transit Touch 'n Go untuk perjalanan percuma itu. "Kami menyarankan penggunaan MyRapid Cards untuk keselesaan perjalanan dalam rangkaian kami yang membabitkan jajaran LRT dan Monorel serta jaringan bas Rapid KL termasuk Bus Rapid Transit - Sunway Line," kata Presiden Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.

Berikutan proses peningkatan sistem isyarat yang sedang dijalankan, tren baharu akan berhenti di stesen Sri Petaling dan penumpang perlu menukar tren untuk meneruskan perjalanan di jajaran sekarang iaitu laluan Sri Petaling ke Sentul Timur.

"Penumpang dari Ampang Line perlu turun di stesen Sri Petaling untuk meneruskan perjalanan ke 4 stesen baharu itu," katanya. – Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online