tag:blogger.com,1999:blog-6544742045912692302024-03-13T18:21:50.007+08:00Warta Utara OnlineWarta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.comBlogger217125tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-57502076783840496292020-06-02T15:15:00.001+08:002020-06-02T15:15:48.102+08:00Malaysia perlukan politik wajah baru

Oleh Mohd Sayuti Omar

SEDAR atau tidak senario politik negara hari ini, cara kita membudayakan
politik bukan menuju ke arah masa depan cemerlang untuk membawa kepada
politik yang lebih baik dan profesional, sebaliknya semacam berundur ke
belakang, apa bila kita terus mengamalkan politik lapok.

Peredaran masa dan berubah musim seolah-olah tidak ikut sama dilestarikan dalam kancah dunia politik kita.

Politik kita seperti pasif dan surut ke belakang,
serta sangat kering dengan nilai-nilai moral, akhlak dan agama. Melihat
apa yang berlaku ini, (saya tidak perlu menyebut kerana semua sudah
memahaminya), ia cukup membimbangkan bahawa politik kita sedang menuju
ke lembah busuk dan hanyir yang jauh meninggalkan falsafah politik
demokrasi sebenarnya; dari rakyat untuk rakyat kepada rakyat, sebaliknya politik dijadikan bahan dagangan segolongan puak.

Apakah nilai-nilai atau wajah politik yang sedang berlaku kini hendak kita wariskan kepada nusa dan bangsa di hadapan hari?

Kelaziman.

Pertentangan politik yang berlaku hari ini, bukan ia sengaja diwujudkan,
atas kelaziman tradisi politik bahawa kerajaan dan pembangkang yang
tidak dapat disatukan atau tidak pernah menemui titik jumpa yang tuntas.
Tetapi itu sudah hukum politik yang perlu diterima.

Tetapi yang didebatkan hari ini adalah soal-soal hakikat yang berlaku.
Kita kena sedar bahawa kebatilan itu tidak dapat ditegakkan, sampai ke
bila-bila dan apa-apa yang baik dan mutlak itu tidak dapat dibina atas
kepalsuan. Untuk sementara mungkin iya, tetapi bukan untuk
selama-lamanya. Apa yang berlaku kini akan disebut sepanjang sejarah dan
ia tidak akan dapat dipadamkan selagi masih ada manusia waras dan
penelaah tawarikh di negara ini.

Jika keadaan dan suasana politik yang sedang berlaku kini dibiarkan
berterusan dan diperpanjangkan ke hadapan untuk diwarisi anak cucu dan
cicit, saya cukup bimbang kita akan dilihat sebuah negara demokrasi yang
tergelecah daripada pengertian demokrasi sebenarnya oleh penganalisa
demokrasi.

Dalam hidup ini apa yang didambaan mencari kesempurnaan dalam segala
hal, termasuklah politik. Bahkan politik itu penting kerana mengaitkan
dengan pemerintahan mengurus negara. Baik dan tidak negara terletak
dalam genggaman pemerintah.

Menyedari itu saya mengira perlu sekali politik kita dibangunkan dengan
wajah baru, perlu diberikan citra baru yang lebih suci, bersih dan
harmonis.

Kita perlu memberi nilai-nilai baru dalam politik. Dengan pendekatan dan sikap baru yang tidak terikat dengan politik Machiavellisme
yang terang-terang bertentangan dengan nilai-nilai moral dan agama
kita, sayangnya kita persis telah mengambil dan menerimanya sebagai
sesuatu yang penting dan benar.

Kita harus berganjak daripada stigma yang ada sekarang ini, yang
merupakan acuan lama yang sebelum ini kita kira wajar, walhal ia
ternyata relatif salah. Politik Barat banyak mempengaruhi dan
mempesonakan kita. Sudah ada kefahaman dan menjadi falsafah hidup dan
dijadikan doktrin pula bahwa politik itu perlu licik, pelu khianat dan
perlu melakukan apa saja demi kuasa termasuk rasuah.

Pegangan dan fahaman itu silap kerana kita perlu terikat dengan nilai
moral dan pegangan agama, sebab kita beragama dan berTuhan. Nila budaya
tidak membenarkan kita melakukan lebih dari garis-garis ditetapkan yang
selama ini menjadi konsep tatabudaya kita, demikian juga agama akan
melarang kita melakukan apa-apa di luar batas syariat. Apa guna kita
membaca al-Quran dan al Hadith tetapi ilmu dan pengajarannya kita
biarkan.

Peranan perbetulkan politik.

Justeru itu saya melihat dan berasakan perlu ada golongan yang memainkan
peranan memperbetulkan citra politik kita demi menjamin Malaysia sebuah
negara demokrasi yang disanjung. Harapan ini tidak boleh diletakkan
kepada pemimpin yang ada waktu ini, maksudnya mereka yang berusia di
atas 60 tahun ke atas. Mereka ini sudah sebati dan kalih untuk melakukan
perubahan atau menerima islah. Mereka sudah liat macam daging lembu
tua, macam mana direbus sekalipun sukar untuk empuk lagi.

Untuk ini saya melihat peranan itu boleh dimainkan oleh kalangan anak
muda, tokoh politik generasi selepas merdeka, yang berusia 40 tahun
hingga 55 tahun. Mereka sebenarnya lebih berhak mencorak politik baru
negara sesuai dengan kedudukan dan aspirasi mereka untuk negara. Kita
tidak mahu di masa depan politik bobrak seperti hari ini diwarisi sama
oleh mereka. Apa yang kita mahu variasi politik membangun negara atas
kerajaan yang dipersetujui.

Ada beberapa tokoh dan individu muda dalam pemerhatian saya yang boleh
disangkutkan untuk bergabung dalam satu badan menjadi pembawa wajah dan
imej politik negara untuk masa depan. Saya melihat sosok-sosok ini tidak
berdasarkan kepada keupayaan mereka dalam memberi ulasan politik
semata-mata, atau saranan-saranan baik melalui ucapan dan penulisan
mereka, tetapi kepada keupayaan mereka berhujah di parlimen, kerana
kebetulan mereka setengahnya ahli parlimen.

Saya melihat mereka ini bukan sahaja kepada aura dan pengaruh mereka
miliki tetapi dengan menyelami apa yang ada di sanubari (iltizam) mereka
juga sebagai generasi muda. Saya percaya dan yakin kalau mereka berani
melakukan anjakan kita berjaya melihat citra baru politik. Usaha itu
nanti akan berjaya kerana kebetulan mereka juga ada pengaruh dan
pengikut dikeistimewaan itu memudahkan untuk mereka melakukan perubahan.

Antara mereka yang sempat di sebut di sini adalah:

1. Mohd Rafizi Ramli (bekas ahli parlimen bekas pimpinan PKR).

2. Khairy Jamaluddin (ahli Parlimen dan bekas Ketua Pemuda Umno).

3. Nurul Izzah Anwar (ahli Parlimen dan bekas pimpinan PKR).

4. Liew Chin Tong (ahli Parlimen dan bekas timbalan menteri DAP)

5. Yoh Ben Lim (ahli parlimen dan bekas menteri DAP).

6. Asyraf Wajdi Dusuki (Ketua Pemuda Umno).

7. Akmal Nasir (ahli parlimen Ketua Pemuda PKR).

8. Fahmi Fadzil (ahli Parlimen pimpinan PKR).

9. Ahmad Samsuri Mokhtar (Adun dan MB Terengganu Pas).

10. Dr Maszlee Malik (ahli Parlimen bekas menteri Bersatu).

11. Wan Jan Wan Saiful (pimpinan Bersatu).

12. Azlan Ahmad (ahli Parlimen PKR).

13. Atirah Aminan Sabu (ahli dewan Negara Amanah).

14. Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (ahli parlimen dan Ketua Armada Bersatu) dan lain-lain.

Mereka ini boleh berkolaborosi dengan anak-anak muda yang aktif dalam
pelbagai bidang professional agama, aktivis gerakan sosial dan politik
seperti Zaharuddin Abdul Rahman, Abe Liew (dakwah) dan lain-lain.

Beberapa orang sarjana atau pensyarahan yang berada digaris tengah yang
tidak bersifat hipokrit mengejar bayangan politik demi kedudukan di
jabatan-jabatan di kampus juga boleh sama dipanggil untuk menyertai
menjadi penggerak atau pembidani politik baru Malaysia.

Untuk tujuan ini mereka boleh bergabung membentuk sebuah badan atau
organisasi bersifat NGO untuk dijadikan landasan atau wadah bagi
merumuskan politik baru negara. Mereka boleh bersama tanpa membuang
idealogi politik masing-masing, sebaliknya menjadi politik baru sebagai
wahana dan destinasi politik negara.

Saya percaya nama-nama yang saya sebut itu dan ramai lagi yang tidak
tersebut, (maaf) mereka tidak terikat dengan cara dan spektrum politik
hari ini, bahkan mual dan muak dengan stigma politik yang ada. Sebagai
generasi muda terpelajar, professional dan memiliki iktisad mampan yang
lahir selepas merdeka dimana tugas besar mereka mengisi kemerdekaan,
tentu mereka merindui sebuah kehidupan atau politik yang lebih harmoni
demi kepentingan negara bukan kepentingan kelompok, politik kronis atau
pun politik elit.

Duhai anak-anak muda cubalah, kerana gambaran atau lukisan besar darjat dan martabat negara berada di tangan anda semuaWarta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-32272952164994001862019-08-07T13:59:00.001+08:002019-08-07T13:59:03.979+08:00Jawi, Cina dan DAP

Oleh Lim Hong Siang

Sekali lagi, perbahasan dasar menjadi kalut apabila dicampur-baur
dengan sentimen. Banyak aspek yang perlu diperincikan, khususnya dari
perspektif profesional, namun ia berakhir dengan kesimpulan mudah – ya
atau tidak. Lebih parah, masyarakat yang membaca hanya tajuk berita dan
tiga baris ayat berikutnya, kini sekadar berminat untuk mengetahui sama
ada anda sokong atau bantah dalam isu-isu tertentu. Dengan kata lain,
mereka menuntut pendirian, tanpa kesabaran untuk meneliti hujah yang
menyokong pendirian.

Kali ini, isu pengenalan seni khat dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu bagi pelajar darjah empat sekolah jenis
kebangsaan – mencetuskan pertikaian hangat dalam kalangan masyarakat
Cina. Seperti biasa, perdebatan isu pendidikan akhirnya dicorongkan
kepada perkauman dan agama, yang sudah tentu menyempitkan, jika pun ada
jalan keluar di penghujungnya.

Mengapa bantahan mengombak?

Sementara
tidak menafikan wujudnya sentimen perkauman dalam sesetengah komuniti
Cina yang membantah, agak simplistik juga jikalau dianggap kesemua yang
membantah, bersikap rasis.

Misalnya, ramai yang khuatir
pembelajaran tulisan Jawi ini membebankan murid sekolah rendah.

Suara
sebegini datang daripada ibu bapa, dan juga sesetengah guru. Jikalau
dikupas lagi, mereka menganggap sukatan bahasa Melayu sedia ada terlalu
berat untuk digalas murid sekolah jenis kebangsaan. Bukan kerana mereka
menolak pembelajaran bahasa Melayu, tetapi silibus yang terlalu sukar
bermula dari darjah satu akan mengendurkan keyakinan murid, lantas
melunturkan minat mereka untuk mempelajari bahasa tersebut.

Ini
masalah yang berlonggok sejak berzaman-zaman lagi. Mereka sebenarnya
menaruh harapan tinggi agar kerajaan baru ini merombak sistem lama, dan
mengembalikan pendidikan kepada landasan yang betul tanpa dipengaruhi
politik. Malangnya, masalah lama belum habis diselesaikan, sebaliknya
ditambah pula dengan isu baru – cukup untuk meledakkan kebimbangan
mereka, disusuli dengan kemarahan yang meluap-luap.

Malah,
andainya pengenalan seni khat ini dilaksanakan atas alasan untuk
memahami dan menghayati keindahan bahasa Melayu, bagaimana pula dengan
tulisan Pallava, Kawi dan Nagari yang mempunyai pengaruh besar ke atas
bahasa Melayu, sebelum kedatangan tulisan Jawi?

Itu pun belum lagi
mengambil kira Malaysia sebagai masyarakat berbilang. Bayangkan,
jikalau ada yang menuntut agar bahasa/tulisan Tamil, bahasa kaum asal
dan sebagainya juga “diperkenalkan” dan “dihayati”, bukankah ia satu
beban kepada guru dan pelajar? Bukankah ia bercanggah dengan matlamat
yang digariskan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sendiri, yang mahu
mencorakkan suasana kegembiraan tanpa beban dalam sekolah?

Hakikatnya,
beberapa cadangan diketengahkan, termasuk mengajar seni khat dalam mata
pelajaran seni, tidak dipaksakan atau diwajibkan, sebaliknya diberi
kebebasan kepada mereka yang berminat untuk mempelajarinya. Mereka yang
mengajukan pandangan dan cadangan sedemikian, tidak harus digolongkan
sebagai jahil dan rasis.

Sentimen

Bagaimanapun,
tulisan ini tidak jujur jikalau cuba menyorok kegusaran sebenarnya yang
menyelubungi masyarakat Cina dalam isu ini. Mereka gusar seandainya
“pengenalan seni khat” hanya langkah pertama, sebelum “pembelajaran
tulisan Jawi”, yang berakhir dengan proses islamisasi.

Bunyinya
agak jahil, kerana “menyamakan tulisan Jawi dengan agama Islam”. Namun,
hakikatnya ramai yang mempercayai bahawa dengan menguasai tulisan Jawi,
seseorang itu lebih memahami al-Quran – cuma mereka tertinggal satu
syarat penting, iaitu penguasaan bahasa Arab.

“Mengenali tulisan
Jawi tidak semestinya menjadikan kamu seorang Muslim,” demikianlah suara
yang cuba memujuk masyarakat Cina agar berlapang dada dalam isu ini.
“Memandang salib juga tidak menjadikan kamu seorang Kristian, habis
mengapa mereka membantah?”

Inilah sentimennya. Sentimen sedemikian
bukan muncul dalam sekelip mata, tetapi sudah dilonggok untuk sekian
lama. Situasi ini berlaku kerana banyak perubahan yang tergendala, atas
alasan “menjaga sensitiviti dan sentimen Melayu”. Apabila isu Icerd
menyaksikan pusingan U, apabila pengiktirafan UEC ditangguhkan, pemimpin
Pakatan Harapan sering mengulangi alasan “demi menjaga sentimen
Melayu”.

“Apabila masyarakat Melayu menolak Icerd, maka ia ditarik
balik. Apabila masyarakat Cina menolak pengenalan seni khat (atau
pembelajaran tulisan Jawi), mengapa kerajaan tidak menarik balik
keputusannya?” Malah, suara yang lebih keras berbunyi, “Mengapa apa yang
disokong masyarakat Cina, misalnya pengiktirafan UEC ditangguhkan;
sebaliknya apa yang ditolak masyarakat Cina, misalnya pengenalan seni
khat, diteruskan? Jelas, ia adalah hegemoni, di mana Melayu cuba
menunjukkan kekuasaan mereka ke atas kaum lain!”

Dilema DAP

Kesimpulan
demikian meletakkan DAP sekarang dalam kedudukan MCA dahulu. Pemimpin
boleh menuding jari kepada masyarakat, kononnya mentaliti masyarakat
masih berada di takuk Malaysia lama, tatkala kita sedang menuju ke
Malaysia Baru. Namun, kenyataan sedemikian tidak membantu untuk
meredakan keadaan, sebaliknya menyimbah minyak ke dalam api yang sedang
menyemarak.

Apa tidaknya, ramai pemimpin DAP yang bangkit dengan
retorik sebegini – MCA telah menjadi pengkhianat bangsa kerana tunduk
kepada Umno. Apa yang tersirat di sebalik yang tersurat, MCA adalah Cina
yang tunduk kepada Melayu-Umno. Bukan semua pemimpin DAP berfikiran
sedemikian, tetapi tidak kurang yang mempunyai mentaliti sebegitu.
Pemimpin sebegini hanya mungkin dinaikkan penyokong yang sewaktu
dengannya, bukan?

Retorik yang berapi-api sebelum pilihan raya,
kini menjadi ludah yang jatuh dari langit bagai hujan. Pemimpin DAP
menjanjikan agar Lynas ditutup, tol dihapuskan, UEC diiktiraf di depan
pengundi Cina, tetapi akhirnya gagal menepati janji mereka. Tiada yang
sudi memohon maaf atas janji yang terlebih manis ini. Tiada yang
menyambut pengundi setelah dilambung dengan harapan yang tinggi. Maka
pengundi jatuh ke atas realiti yang keras, disambut kekecewaan yang
pahit.

Integriti sudah berkecai. Tidak sukar untuk memahami
sentimen masyarakat Cina, apabila dipujuk dengan “sekadar memperkenalkan
seni khat, tidak akan diuji dalam peperiksaan” – lantas mereka
membalas, “Kerajaan PH ini juga menjanjikan pengiktirafan UEC, apa yang
terjadi sekarang? Boleh percayakah?”

Inilah masalahnya. Pengundi
mula hilang percaya terhadap kerajaan ini, malah ini mungkin kali
pertama DAP dibadai tsunami cemuhan pada tahap kemuncaknya. Laman
Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching misalnya, dibanjiri puluhan
ribu komen yang negatif, malah reaksi “angry”(marah) melebihi “like”(suka) dalam satu statusnya berhubung isu seni khat.

Tidak
cukup dengan letupan kegeraman di alam maya, seorang bapa Cina telah
membaling telur di pejabat seorang ADUN DAP pada petang 4 Ogos 2019,
sebagai protes terhadap DAP, yang menurutnya, mengkhianati kaum Cina.
Ledakan emosi ini menular. Bahkan, dalam kalangan pemimpin DAP, tidak
kurang yang menganggap mereka bersalah dalam isu ini. Satu petisyen
telah ditular dan berjaya mengumpul tandatangan lebih 40 orang wakil
rakyat dan pemimpin DAPSY, di samping lebih 200 cawangan menurunkan cop
mereka – sebagai bantahan terhadap pengajaran seni khat di sekolah
rendah jenis kebangsaan.

Sentimen lawan sentimen

Apa
seterusnya? Apabila sentimen dikerah untuk melawan sentimen, mustahil
kita mendapat kesudahan yang rasional. Setiap aksi akan mengundang
reaksi, dan tiada penghujung seandainya kita terus dihanyutkan arus
populis. Ia hanya akan berakhir dengan ditelan pusaran, apabila arus
dari pelbagai arah bertemu.

Sudah tiba masanya kita kembali kepada
perbahasan dasar yang mengangkat hujah yang profesional dan rasional.
Sesuatu dasar yang diketengahkan dengan niat baik, perlu diambil kira
kesan dan akibatnya. Ia bukan cara yang profesional untuk satu
kementerian, jika hanya melontar satu idea dan kemudian
mempertahankannya dengan pelbagai dalil tanpa hujah dan fakta yang
kukuh.

Akhir sekali, secara peribadi, saya tiada masalah dengan
tulisan Jawi dan seni khat, bahkan bergembira seandainya saya mampu
mengenali sedikit sebanyak mengenainya. Namun penggubalan dasar bukan
sekadar soal minat atau sikap peribadi, tetapi impak terhadap sesebuah
masyarakat semasa dan selepas pelaksanaannya. Ia memerlukan perancangan
yang rapi dan menyeluruh.

Dan lebih penting, sebagai kerajaan yang
baru setahun memerintah, jangan sesekali memandang remeh soal
integriti. Tiada kerajaan yang mampu bertahan tanpa kepercayaan
rakyatnya. Gelombang yang melambungkan anda dahulu, juga bisa
menenggelamkan anda kemudian. Itu namanya tsunami.

LIM HONG SIANG ialah pengarah eksekutif SAUDARA (penyelidikan sosio budaya).

Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-3303206101194278032019-08-07T13:56:00.002+08:002019-08-07T13:56:38.996+08:00Menentukan arah pemikiran

<time class="content__dateline-wpd js-wpd content__dateline-wpd--modified" data-timestamp="1563681600000" datetime="1563681600000" itemprop="datePublished">Oleh PROF. DATUK DR. MUHAYA MOHAMAD</time>

<time class="content__dateline-wpd js-wpd content__dateline-wpd--modified" data-timestamp="1563681600000" datetime="1563681600000" itemprop="datePublished">

</time>

DALAM ‘Reset
Minda’ saya perkenalkan satu konsep pemikiran yang menggunakan kekuatan
minda untuk kawal kehidupan. Saya sangat yakin, orang hebat akan memilih
pemikiran yang menguatkannya dan orang lemah akan memilih pemikiran
yang menjatuhkan semangat dan keyakinan dirinya. Oleh sebab itu
pengawalan minda sangat penting, yakni sentiasa berfikiran positif dan
hindari pemikiran negatif.

Ahli psikologi Barat, Peiffer yang
memperkenalkan Positive Thinking (1989) iaitu satu perbahasan mengenai
pemikiran positif dan pemikiran negatif telah menjelaskan tentang apa
itu berfikiran positif. Berfikiran positif bermaksud seseorang itu
melihat kebaikan, kegunaan, keuntungan dan faedah terhadap apa-apa
sahaja. Juga dikenali sebagai gaya berfikir yang membina kerana sentiasa
mahu melihat perkembangan yang menggalakkan, berusaha memperbaiki
kelemahan dan memberikan fokus kepada apa-apa yang dicita-cita dan
harapan masa hadapan tanpa memikirkan masa lalu. Pemikiran negatif pula
bererti melihat kepada masalah, keburukan, bahaya dan risiko.

Orang
negatif hanya akan nampak keburukan, kelemahan, kesusahan, kegagalan dan
kerugian.

Bagaimanapun
bagi Peiffer meskipun situasi dan hasil pemikiran negatif ini amat
buruk namun gaya pemikiran ini tetap ada gunanya dalam membantu
mengimbangi gaya berfikir positif yang sentiasa berasa selesa dan tidak
menyedari kemungkinan akan berlakunya kesusahan. Gaya berfikiran negatif
dapat membantu meramalkan kesulitan, bahaya, kerugian, kegagalan dan
risiko yang mungkin boleh berlaku.

Pemikiran
negatif ini juga, menurut Peiffer, menyediakan ‘pelan kecemasan’ dalam
usaha menghindari masalah yang dijangka berlaku. Malah gaya pemikiran
ini juga dapat membantu memperbaiki dan menghujahkan idea yang sedia ada
supaya menjadi lebih bernas. Sungguhpun begitu gaya pemikiran negatif
ini tidak boleh digunakan secara berleluasa kerana akan membunuh idea
baharu yang sedang bertunas.

Pandangan
Peiffer ini bertentangan dengan gaya atau konsep pemikiran ‘Reset
Minda’. ‘Reset Minda’ hanya membenarkan pemikiran dan perasaan yang
positif sahaja berada dalam minda dan hati seseorang. Dalam Islam, kita
percaya kepada qada dan qadar Allah iaitu segala perkara yang baik dan
perkara yang buruk semuanya datang daripada Allah. Biarpun yang datang
daripada Allah itu membawa keburukan (negatif) kepada hamba-Nya dalam
konteks mata fizikal tetapi dari sudut mata hati (keimanan) terdapat
banyak keindahan dan kemanisannya di sebalik kejadian itu. Jika
keburukan menimpa hamba-Nya, musibah itu adalah sebagai ujian
daripada-Nya dan Allah hanya menguji hamba-Nya yang benar-benar mampu
menanggung segala ujian diberikan. Ini kerana setiap ujian ada ganjaran
nikmat yang akan diberikan Allah kepada hamba-Nya yang terpilih itu.

Justeru,
ubahlah cara melihat sesuatu kejadian atau peristiwa yang dilalui dalam
kehidupan ini.

Pandanglah dengan mata akal dan mata hati dan positifkan
fikiran dan perasaan. Hal ini amat penting kerana berdasarkan hadis
Rasulullah yang bermaksud;“Allah bertindak berdasarkan apa yang ada
dalam fikiran hamba-Nya. Jika baik fikirannya, maka baiklah jadinya,
jika buruk fikirannya, maka buruklah jadinya.” Oleh itu bersangka
baiklah dengan Allah SWT.

Secara teori,
menurut Peiffer, minda manusia dibahagikan kepada dua bahagian, iaitu
minda sedar dan minda separa sedar. Minda sedar adalah minda yang
menolong seseorang melaksanakan aktiviti harian yang melibatkan proses
membuat keputusan selain menggunakan pemikiran rasional dalam situasi
baharu. Minda separa sedar pula merangkumi sebahagian besar minda dan
terbabit dalam pengulangan sifat atau tabiat yang boleh dipelajari.
Keadaan ini membolehkan kita bertindak balas dengan lebih cepat apabila
berlaku situasi yang sama berulang.

Maklumat
atau fakta daripada minda sedar akan disalurkan terus ke dalam minda
separa sedar dan kemudian disimpan dalam memori. Memori itu disimpan
sebagai insiden atau situasi bersama-sama perasaan atau emosi yang
dirasai ketika itu. Jika rangkaian maklumat berkaitan tabiat disimpan
dengan kuat dalam minda separa sedar, memori akan berfungsi secara
automatik apabila insiden itu berulang. Perasaan emosi yang disimpan
dalam memori akan dikeluarkan sebagai tabiat atau perangai seseorang.
Inilah yang akan menentukan sama ada seseorang itu akan berfikir secara
positif atau negatif terhadap sesuatu isu dan seterusnya cara bertindak
balas terhadap apa jua insiden dan situasi.

Dipercayai
jika seseorang itu sering menggunakan perkataan negatif, seperti “kita
tak berguna”, “kita tak boleh”, “kita bodoh” dan seumpamanya,
lama-kelamaan kata-kata itu akan tersimpan dalam minda separa sedar.
Menyedari hal inilah maka banyak ahli psikologi berpendapat untuk
menyelamatkan kehidupan seseorang, orang yang berfikiran negatif
terhadap sesuatu isu perlu dipaksa untuk mengarahkan pemikirannya ke
arah positif.

Dalam ‘Reset Minda’ saya
menyarankan pertama, didik diri supaya bercakap yang baik-baik (positif)
sama ada yang keluar daripada mulut atau berbisik di hati. Kedua, jaga
minda. Jangan ada fikiran negatif. Jika fikiran negatif itu datang walau
sekilas cantas segera dan balaskan dengan fikiran positif. Fokus hanya
perkara yang positif. Jangkakan perkara yang baik-baik atau positif
sahaja dalam fikiran. Maka bijaksanalah dalam berfikir! “Jom jaga diri,
jaga akidah, ibadah dan akhlak”.

Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-21429898376124472322019-08-07T13:53:00.002+08:002019-08-07T13:53:29.378+08:00Wany Hasrita tunai haji atas 'tiket' kerajaan Arab Saudi

PELANTUN lagu popular Menahan Rindu, menyifatkan 'tiket' atau jemputan daripada kerajaan Arab Saudi untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini adalah sesuatu yang cukup istimewa.

Ketika dihubungi , Wany Hasrita atau nama penuhnya Nurshazwani Hasrita, 27, memberitahu, pada awalnya dia tidak mahu berkongsi fasal perkara ini kerana belum mendapat pengesahan lanjut.

Begitupun, selepas mendapat pengesahan daripada pihak sana, Wany bersyukur.

"Saya ikutkan tak mahu kongsi dulu, takut nanti di akhir waktu tak dapat. Alhamdulillah syukur, saya bakal melaksanakan haji bersama-sama Amira Othman, selepas dimaklumkan kelmarin oleh kerajaan sana saya diterima.

"Menurut pihak Kementerian Media Arab Saudi, iaitu En Fahim, selain saya dan Amira terdapat beberapa media agensi lain yang akan turut serta musim haji pada kali ini.

"Kebetulan jadual kerja saya juga mengizinkan jadi saya tak mahu lepaskan peluang keemasan ini. Doakan semoga saya selamat pergi dan pulang dan semoga ibadah haji saya diterima-NYA," katanya yang baru sahaja mendapatkan visa haji.

Wany dan Amira akan berangkat pada jam 4 petang 7 Ogos dan pulang ke tanah air pada 16 Ogos.

Ditanya adakah Wany berdebar? Jawabnya:

"Alhamdulillah saya tak begitu gementar ataupun berdebar lagi kerana sudah mengikuti sesi pembelajaran kursus haji secara private daripada rakan kenalan Heliza Helmi, semalam," jelasnya.

Akhir perbualan, Wany sempat merakamkan, dia juga akan mendoakan sama buat kesejahteraan para peminatnya dan warga Malaysia.ngkrafWarta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-72290301217396278172019-08-07T13:50:00.003+08:002019-08-07T13:50:46.206+08:00'Bandar hantu' muncul di China

BEIJING - Penduduk di bandar Huai'an kelmarin gempar dengan kemunculan 'bandar hantu' di kaki langit.

Penjelmaan pelik itu dapat dilihat pada waktu tengah hari di atas Tasik Hongze di wilayah Jiangsu di timur China.

Bangunan purba cina dengan bumbung melengkung, pokok dan turbin angin gergasi adalah antara imej menakutkan yang dapat dilihat menerusi kabut di tasik itu.

Jiangsu News Broadcast melaporkan penduduk turut berpusu-pusu ke lokasi terbabit untuk melihat sendiri pemandangan luar biasa yang berlangsung kira-kira setengah jam di bahagian barat daya tasik air tawar keempat terbesar di China berkeluasan 2,069 kilometer persegi itu.

Jurugambar dikenali sebagai Chen Kai berkata, dia melihat imej tersebut selepas hujan.

"Saya boleh melihat bangunan purba termasuk menara gerbang oktagon, tembok bandar dan struktur kediaman penduduk," jelasnya.

Menurutnya lagi, dia masih belum mengetahui tapak asal imej refleksi tersebut.

Difahamkan, bandar hantu itu hanyalah imej maya yang merupakan satu bayang ilusi yang biasa berlaku ketika cuaca lembap.

Fenomena itu berlaku apabila kelembapan di udara menjadi lebih panas berbanding suhu air.

Oleh kerana, sinaran matahari menembusi udara lebih sejuk ke dalam udara lebih panas, ia terbias lalu menghasilkan refleksi di udara.

Corak dalam imej maya itu biasanya kabur dan berkilau menyerupai bayang-bayang dilihat dalam air.

Pengarah Muzium Tasik Hongze, Pei memberitahu, imej ilusi seperti itu pernah muncul di wilayah itu pada 1950-an dan 1960-an.

Imej maya yang baru muncul itu adalah yang paling jelas pernah direkodkan di kawasan tersebut.

Rakaman 'bandar hantu' itu telah mencetuskan sensasi dalam kalangan pengguna media sosial tempatan berikutan ramai yang cuba untuk mengenal pasti struktur dalam ilusi optik tersebut. - AgensiWarta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-80497810285654243952019-08-07T13:49:00.000+08:002019-08-07T13:49:07.949+08:00Kemiskinan bandar rakyat Malaysia

BENARKAH ramai rakyat Malaysia tergolong sebagai kelompok miskin bandar? Realiti atau retorik? Atau miskin bandar ini digambarkan sebagai tinggal di bandar-bandar besar mempunyai pendapatan yang amat rendah, keadaan rumah yang tidak selesa, bersandarkan kepada aspek-aspek fizikal, sosial dan ekonomi semata-mata? Adakah mempunyai pekerjaan tetap dengan gaji sebanyak kurang lebih RM3,000 sebulan dan menjalankan perniagaan sampingan turut berada dalam kelompok yang sama? Atau miskin bandar ini merujuk kepada mereka yang tinggal di bandar dan miskin tegar?

Kemiskinan bandar merupakan isu penting kerana kajian yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menunjukkan lebih daripada dua pertiga rakyat Malaysia kini tinggal di bandar.

Pendefinisian kemiskinan bandar ini masih diperdebatkan dengan melihat kepada pelbagai konteks yang berdasarkan kepada pelbagai faktor dan pengistilahan semasa.

Kemiskinan seringkali dirujuk sebagai suatu fenomena kekurangan, ketidakcukupan atau ketidakstabilan pendapatan isi rumah sehingga menjurus kepada penggunaan yang tidak cukup mahupun lengkap, risiko yang disebabkan oleh kegagalan memperoleh kemudahan dan barang terutama keperluan asas, perumahan yang berkualiti rendah yang menyebabkan mudah terdedah kepada masalah kesihatan, jenayah dan bencana alam semula jadi, diskriminasi dan kemudahan yang terhad kepada pasaran buruh secara formal terutamanya kepada wanita dan kumpulan etnik tertentu.

Tidak dinafikan pembangunan yang pesat banyak tertumpu pada kawasan-kawasan bandar yang masih belum diterokai bagi membolehkan Malaysia berdiri setanding dengan negara-negara maju lain.

Malaysia tidak terkecuali meletakkan satu penanda aras yang tinggi memastikan Malaysia berjaya mencapai status negara berpendapatan tinggi dengan ekonominya terus mantap dan kukuh yang diletakkan sasaran baharu oleh Perdana Menteri iaitu pada tahun 2025.
Laluan

Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) yang merangkumi tempoh antara 2016 hingga 2020 akan mengatur laluan negara Malaysia ke arah status negara maju dan keterangkuman yang lebih meluas.

Usaha ini akan dapat dicapai dengan bertunjangkan kepada enam tunjang strategik meliputi pelbagai isu pembangunan termasuk ekuiti, keterangkuman, kelestarian alam sekitar, pembangunan modal insan dan infrastruktur.

Apa jua pendekatan dan strategi yang bakal dilakukan serta diambil mempunyai sudut positif dan negatif terhadap negara sekaligus rakyat Malaysia.

Oleh itu, RMK-11 juga memberi penekanan khusus untuk meningkatkan hasil pasaran tenaga kerja dan menyasarkan peningkatan pendapatan pekerja, penyertaan tenaga kerja wanita dan pekerjaan berkemahiran, selain meningkatkan kualiti pendidikan serta padanan kemahiran kepada keperluan industri bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang akan melibatkan rakyat Malaysia secara keseluruhannya.

Kos sara hidup yang tinggi, kemiskinan bandar dan harga rumah yang terlalu mahal semakin membelenggu golongan berpendapatan rendah dan sederhana atau dikategori sebagai B40 dan M40.

Kerajaan Malaysia sentiasa memberi perhatian serius bagi membantu menangani masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut.

Malah bagi golongan miskin tegar, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mengambil inisiatif mewujudkan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) yang bertujuan membantu warganegara Malaysia dalam kumpulan miskin dan berpendapatan rendah di bandar meningkatkan kualiti hidup di samping mengurangkan beban tanggungan keluarga.

Kumpulan sasar PPKB adalah terdiri daripada isi rumah B40, iaitu terdiri daripada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,860 sebulan dan ini termasuk isi rumah miskin tegar, miskin dan mudah miskin.

*Profesor Madya Noor Sulastry Yurni Ahmad ialah Pensyarah Fakulti Residen Sekolah Perniagaan Siswazah Othman Yeop Abdullah, Universiti Utara Malaysia, Kuala LumpurWarta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-53062786331288533952019-08-07T13:47:00.000+08:002019-08-07T13:47:01.639+08:00Pelaburan RM7.6 bilion manfaat besar buat Kedah

ALOR SETAR - Rakyat Kedah bakal memperoleh manfaat besar melalui pelaburan dalam negeri dan asing bernilai hampir RM7.6 bilion pada suku pertama 2019.

Exco Industri dan Pelaburan, Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Tan Kok Yew berkata, pelaburan berkenaan dijangka membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada tenaga kerja tempatan.

Menurutnya, syarikat tempatan juga turut berpeluang terlibat dalam perancangan dan pembinaan kilang serta tenaga kerja ketika proses pembinaan kilang.

"Antara manfaat lain adalah permintaan terhadap penggunaan bahan mentah dan sumber galian tempatan untuk penghasilan penduduk juga dapat ditingkatkan.

"Rakyat Kedah juga dapat menikmati peningkatan ekonomi terutamanya melalui produk hiliran khususnya penduduk tempatan melalui permintaan meningkat terhadap produk makanan dan keperluan harian," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Salim Mahmood (Pas-Bukit Lada) berhubung pelaburan dalam negeri dan asing di Kedah berdasarkan laporan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah Ke-14 di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Kok Yew juga mendapati kebolehpasaran dan harga tanah di kawasan sekitar pembangunan turut ditingkatkan, selain pemindahan teknologi dan kepakaran kepada tenaga kerja tempatan.

Katanya, pelaburan meningkatkan hasil kepada kerajaan negeri melalui premium dan cukai tanah, sekali gus membolehkan semua golongan masyarakat menikmatinya melalui peruntukan pembangunan dan penyediaan infrastruktur.

"Nilai pelaburan hampir RM7.6 bilion itu melibatkan 10 projek dari industri barangan elektrik dan elektronik, kertas, percetakan dan penerbitan, kelengkapan dan pengangkutan, barangan logam dibentuk dan kimia serta barangan kimia," katanya.

Dalam perkembangan sama, Kok Yew memberitahu tiada pelaburan keluar dilaporkan di bawah pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan.Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-459432750216025282019-08-07T13:45:00.002+08:002019-08-07T13:45:43.883+08:00Raja Ular Perlis sedar dari koma

KANGAR - Raja Ular Perlis yang koma sejak Sabtu lalu selepas dipatuk ular tedung selar di tempat kerjanya telah sedarkan diri sejak tengah hari semalam.

Nur Syazana Salim, 28, berkata, suaminya Muhammad Hafiz Alias, 28, menunjukkan perubahan positif apabila mampu berkomunikasi dan mengenali ahli keluarga yang melawatnya.

Menurutnya, ketika ini suaminya perlu berpuasa dan bergantung kepada ubat yang dimasukkan oleh doktor.

"Masa awal sedar tu dia boleh buka mata sahaja, tak boleh nak bercakap lagi sebab ada tiub yang dimasukkan ke dalam mulutnya.

"Selepas tiub itu dicabut, baru dia boleh bercakap tetapi agak tersekat-sekat mungkin sebab dahaga, sebab dia ada minta air sebelum itu," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, hari ini.

Syazana berkata, dia juga berasa gembira apabila suaminya mampu menggerakkan lutut kirinya yang dipatuk tedung selar berkenaan.

"Petang semalam masa saya melawat dia, saya ada tanya sama ada kakinya itu boleh digerakkan atau tidak.

"Dia jawab boleh, sambil pegang tangan saya dan mengalihkan lutut dia. Alhamdulillah, lega hati saya tengok," katanya.

Syazana yang juga sedang sarat mengandung berharap suaminya itu cepat sembuh seperti sedia kala.

"Sebelum ini suami pernah juga dipatuk ular ketika memberi ular makan, tetapi tidaklah serius seperti kali ini.

"Bagaimanapun saya reda mungkin ini ujian untuk kami sekeluarga, dan terima kasih kepada semua yang mendoakan kesembuhan suami saya," katanya yang bakal melahirkan cahaya mata kedua mereka pada bulan hadapan.

Semalam, media melaporkan, Muhammad Hafiz yang juga kakitangan Taman Ular dan Reptilia Batu Pahat dipatuk seekor ular jenis tedung selar ketika sedang memberi makan kepada reptilia itu di tempat kerjanya petang kelmarin.Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-90074080162378097482019-08-07T13:43:00.001+08:002019-08-07T13:43:14.829+08:00Pulau Pinang beri peluang PATI pulang secara sukarela

SEBERANG JAYA - Dalam menangani masalah lambakan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini, Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang melaksanakan Program Back For Good (B4G) bagi memberi peluang kepada mereka untuk pulang ke negara asal secara sukarela.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Pulau Pinang, Muhamad Husni Mahmud berkata, program berkenaan telah dimulakan sejak 1 Ogos lalu dan akan berlangsung sehingga 31 Disember tahun ini.

Menurutnya, program berkenaan memberi peluang kepada PATI terutama mereka yang melakukan kesalahan tinggal di negara ini melebihi masa yang ditetapkan dan tidak mempunyai dokumen serta pas yang sah tinggal di negara ini untuk pulang ke negara asal tanpa diambil tindakan pendakwaan.

"Setakat ini, kita telah memproses 189 permohonan PATI dan kebanyakan permohonan yang diterima adalah daripada warga Indonesia iaitu seramai 133 orang.

"Bagi PATI yang berminat untuk menyertai program ini mereka hanya perlu membawa pasport atau dokumen perjalanan bersama tiket untuk pulang ke negara asal dalam tempoh tujuh hari selain akan dikenakan kompaun sebanyak RM700 setiap seorang," katanya pada sidang media di sini tengah hari tadi.

Muhamad Husni berkata, selain PATI dari Indonesia pihaknya juga menerima permohonan dari 19 PATI India, 14 dari Bangladesh, 9 Myanmar, 5 Nepal, 4 Pakistan serta masing-masing seorang dari Cameroon,Vietnam dan Filipina.

Dalam pada itu, Muhamad Husni berkata, pihaknya telah membuat persediaan rapi bagi menerima kehadiran PATI di pejabat Jabatan Imigresen negeri di Seberang Jaya di sini sebaik sahaja permohonan tersebut dibuka.

Tambahnya, mereka yang mendaftar program B4G secara automatik akan disenarai hitam untuk kembali ke negara ini.Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-18358480782497495612019-08-07T13:42:00.001+08:002019-08-07T13:42:02.608+08:0090 bubu naga disita Jabatan Perikanan

SITIAWAN - Jabatan Perikanan menyita 90 bubu naga yang ditemui di Jeti Nelayan Pantai Remis, di sini semalam.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata, pihaknya menerima aduan daripada Fishcom Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Putrajaya mengenai aktiviti bubu naga.

Menurutnya, sejurus selepas itu seramai empat anggota dihantar ke kawasan Pantai Remis pada jam 9.30 pagi untuk menjalankan pemeriksaan.

"Setiba di lokasi, anggota menemui 90 buah bubu naga di atas tiga sampan tidak bernombor yang diikat dijeti tanpa pemilik sampan.

"Kesemua bubu naga yang berukuran enam meter itu kemudiannya disita mengikut Seksyen 49 Akta Perikanan 1985," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Mansor berkata, nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM7,200 dan peralatan bubu naga yang disita disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-2427886141460435302019-08-07T13:39:00.001+08:002019-08-07T13:39:26.492+08:00Polis Marin rampas rokok seludup bernilai lebih RM70,000

SITIAWAN - Sebanyak 408 karton rokok seludup dirampas dalam serbuan di dua premis sekitar Sitiawan, semalam.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rosman Ismail berkata, serbuan pertama dilakukan pada jam 12.30 tengah hari di sebuah kedai runcit di Jalan Kampung Sitiawan, di sini yang menemukan 58 karton rokok seludup pelbagai jenis.

Menurutnya, dalam serbuan kedua pada jam 12.45 tengah hari yang dijalankan di sebuah kedai runcit berhampiran, sebanyak 350 karton rokok seludup pelbagai jenis ditemui.

"Berdasarkan siasatan awal kita percaya bahawa rokok-rokok itu diseludup dari negara jiran dan untuk dipasarkan sekitar Sitiawan. Nilai anggaran kesemua barang rampasan berjumlah RM70,477.

"Dua orang lelaki warga tempatan berusia 59 tahun dan 37 tahun turut ditahan. Suspek bersama barang rampasan dibawa ke Markas Operasi Pasukan Polis Marin, Kampung Acheh, di sini," katanya dalam kenyataan kepada media, semalam.

Rosman berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

Dalam pada itu Rosman turut mengingatkan orang ramai agar tidak terlibat dengan penjualan dan pengedaran rokok tidak sah.

"Polis Marin akan memerangi jenayah penyeludupan terutama pengedaran atau penjualan rokok yang tidak sah yang mana secara tidak langsung merugikan negara.

"Dengan penangkapan serta rampasan ke atas kes ini juga diharap dapat memberi impak positif dengan mewujudkan kesedaran kepada masyarakat agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti penyeludupan, pengedaran serta penjualan rokok yang tidak sah pada masa-masa akan datang," katanya.Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-47511745245424972252018-01-14T10:45:00.001+08:002018-01-14T10:45:47.065+08:00Hormati keputusan Harapan

KUALA TERENGGANU - Bersatu Terengganu meminta semua pihak khususnya
pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan menghormati keputusan yang telah
dicapai keempat-empat parti dalam Pakatan Harapan.

Pengerusinya, Datuk Razali Idris yang sedar bahawa keputusan meletakkan
Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri Pakatan Harapan
tidak memuaskan hati segelintir pihak, namun meminta semua pihak akur
dengan keputusan akhir yang telah dicapai.

Menurutnya, persetujuan dari semua peringkat akan lebih membantu
Pakatan Harapan mara dan memudahkan gerak kerja memastikan matlamat
Pakatan Harapan mentadbir negara pada PRU14 akan datang berjaya
direalisasikan.

“Belajar hormatilah keputusan oleh Pusat untuk pastikan gerak kerja dan
usaha kita dalam kempen dan tugas berdepan pilihan raya dapat
dijalankan dengan jayanya.

“Ambillah nasihat Dr Mahathir agar semua parti melupakan ketidakpuasan
hati sebagai faktor kekuatan Pakatan Harapan kerana pastinya tidak akan
satu parti komponen Pakatan Harapan akan bersetuju dalam semua perkara,”
katanya kepada Sinar Harian, di sini.

Beliau berkata sebagai mengulas mengenai beberapa pihak yang menolak
keputusan tersebut khususnya Mahathir sebagai perdana menteri Pakatan
Harapan walaupun dipersetujui sebulat suara oleh kepimpinan
keempat-empat parti.

Mengulas lanjut katanya, apa yang penting adalah persetujuan akhir mengenai calon perdana menteri dan timbalannya.

Razali berkata, keputusan dicapai oleh keempat-empat pimpinan utama
parti komponen Pakatan Harapan itu menggambarkan semua pihak
mementingkan matlamat menumbangkan Umno dan BN.

Di pihak Bersatu Terengganu, pihaknya akan meneruskan gerak kerja yang
telah

dipertanggungjawabkan untuk memastikan Bersatu meluaskan
pengaruhnya di negeri ini sekaligus membantu kemenangan Pakatan Harapan
di peringkat negeri dan Pusat.

“Bersatu Terengganu tidak memandang ke belakang lagi tetapi bergerak
terus untuk menjamin semua kerusi Parlimen dan negeri yang
dipertandingkan oleh PH akan mencapai kemenangan,” katanya.Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-67764158479227648592018-01-14T10:38:00.001+08:002018-01-14T10:38:46.611+08:00Assabiqun bantu PAS kembali tadbir Kedah

HASRAT PAS untuk kembali semula mentadbir Kedah pada
Pilihan Raya Umum (PRU) kali ini tambah mantap dengan dokongan padu
golongan assabiqun.

Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata,
kehadiran golongan terbabit amat diperlukan bagi mencapai hasrat
tersebut.

Katanya, PAS Kedah berada dalam keadaan stabil dengan barisan kepimpinan yang ada sekarang.

"Sumbangan orang-orang lama amat dihargai dan bagi saya, mereka
ibarat ayah yang diperlukan untuk memberi tunjuk ajar kepada generasi
sekarang.

“Dan dengan tertubuhnya sayap parti baharu dari kalangan orang-orang
lama sedikit sebanyak dapat mendekatkan semula mereka dengan perjuangan
parti,” katanya pada majlis Pelancaran Assabiqun Peringkat Negeri Kedah,
di Kompleks PAS Kedah di Kuala Kedah semalam.

Menurutnya juga assabiqun ibarat akar yang kuat dapat menahan pokok daripada tumbang.

Katanya juga assabiqun sebelum ini melalui jalan sukar merintis
perjuangan sehingga PAS berada dalam arus perdana politik negara
sekarang.

Hadir sama Pengerusi Assabiqun PAS Pusat, Subky Abdul Latif dan pimpinan PAS Kedah. Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-63815146105191526552018-01-14T10:31:00.001+08:002018-01-14T10:31:26.278+08:00Rebut peluang terokai perniagaan

KUALA
KANGSAR – Golongan wanita mempunyai banyak peluang yang boleh
direbut untuk menjadi ahli perniagaan atau usahawan berjaya dengan
syarat perlu berani bersaing dan sedia menghadapi cabaran.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin
Mastura Mohd. Yazid berkata, cabaran untuk berjaya sememangnya berat
namun mereka tidak seharusnya menunggu ‘yang bulat datang bergolek, yang
pipis datang melayang’.

Menurutnya, golongan wanita boleh menggunakan
saluran yang betul untuk mendapatkan dana suntikan melalui agensi-agensi
kerajaan yang menawarkan pinjaman mudah dan mampu dibayar secara
ansuran.

“Pelbagai agensi kerajaan
menyediakan bantuan perniagaan seperti Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha
Niaga (TEKUN) dan Amanah IKhtiar Malaysia (AIM) serta lain-lain agensi.

“Golongan
wanita tidak boleh mengatakan mereka tersisih atau tidak diberikan
peluang untuk menceburi bidang perniagaan,” katanya.

Beliau
berkata demikian ketika berucap dalam majlis Penerangan dan Dailog
Bajet 2018 Tahun Memperkasakan Wanita di Kolej Melayu Kuala Kangsar
(MCKK) di sini yang disertai 300 orang, baru-baru ini.

Program
tersebut dianjurkan Wanita UMNO bahagian, Persatuan Pedagang dan
Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama) serta pertubuhan bukan kerajaan
(NGO) di Kuala Kangsar.

Menurut Mastura, tahun 2018 wajar menjadi pemangkin kepada golongan wanita yang mahu menceburi bidang perniagaan.

Katanya,
mereka perlu mendapatkan bimbingan awal dengan cara menimba pengalaman
daripada rakan-rakan yang telah berjaya dan menempa nama dalam
perniagaan.

“Saya bangga kerana semakin ramai
usahawan wanita yang berjaya, membuktikan mereka mampu menghadapi
persaingan dan cabaran dalam dunia perniagaan,” katanya.

Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-68529866425252543562018-01-14T10:28:00.000+08:002018-01-14T10:28:19.246+08:00Gerakan persoal tanah tanpa geran boleh dijual

PULAU PINANG – Parti Gerakan negeri mempersoalkan bagaimana tanah yang belum
wujud serta tidak mempunyai geran di negeri ini boleh dijual antara
pemaju membabitkan nilai berbilion ringgit.

Pemangku Ketua Pemudanya, Jason Loo berkata,
tanah yang dimaksudkan adalah tanah tebus guna laut seluas 20 hektar (50
ekar) yang ketika ini masih dalam kerja-kerja tambakan bagi projek Sri
Tanjung Pinang, Tanjung Tokong di sini.

Menurut beliau, tanah itu adalah sebahagian
daripada kawasan tambakan laut seluas 44.5 hektar (110 ekar) yang
digunakan Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk membayar kos pembinaan projek
terowong dasar laut dan tiga jalan utama kepada syarikat syarikat
Consortium Zenith BUCG (CZBUCG).

Bagaimanapun, jelas beliau, CZBUG seperti
dalam laporan Bursa Saham Malaysia pada Januari 2016 didakwa
menandatangai persetujuan pembelian seluas 50 ekar tanah itu dengan
Ewein Zenith Sdn. Bhd. membabitkan nilai RM1,300 sekaki persegi atau
keseluruhan RM2.8 bilion.

Tambahnya, syarikat itu juga didakwa perlu
membayar wang cagaran atau deposit awal semasa tandatangani persetujuan
jual beli tersebut.

“Sehubungan itu, kita ingin bertanya bagaimana
kawasan yang sedang ditambak dan masih belum ada tanah lagi boleh
dipersetujui untuk dijual? Adakah tanah itu sudah mempunyai geran?

“Adakah Kerajaan DAP Pulau Pinang telah
menetapkan satu undang-undang tanah baharu yang membenarkan transaksi
tanah dibuat tanpa geran tanah dan membenarkan kontraktor menjual tanah
kepada syarikat lain tanpa geran tanah?” katanya dalam sidang akhbar di
sini hari ini.

Menurut Jason, kerajaan negeri bertanggungjawab
menjelaskan perkara itu kepada penduduk negeri ini kerana melibatkan
kepentingan rakyat sama ada pemaju dibayar dalam bentuk wang atau tanah.

“Lebih-lebih lagi tanah tambakan laut itu masih
belum siap ditambak, tetapi kontraktor itu telah menjual tanah yang
dimiliki rakyat Pulau Pinang iaitu harta awam ini kepada syarikat lain.

“Projek mega terowong dasar laut belum pun dibina tetapi rakyat Pulau Pinang telah kehilangan harta!” katanya.

Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-20118227485682384382018-01-14T10:23:00.002+08:002018-01-14T10:23:41.766+08:00Pencipta nama Proton Saga meninggal dunia

SUNGAI PETANI . - Keluarga pencipta nama kereta nasional pertama negara Proton
Saga, Ismail Jaafar, 71, yang meninggal dunia semalam kecewa kerana
gagal mendapatkan kembali kereta yang dimenangi Allahyarham di
akhir-akhir hayatnya.

Isterinya, Tariah Abd. Rahman, 69,
berkata, Proton Saga dengan nombor pendaftaran PBE 7149 itu terpaksa
dijual selepas menggunakan kereta berkenaan selama 10 tahun untuk
menyara tiga anaknya yang menuntut di dua universiti tempatan.

“Walaupun reda dengan pemergian suami namun kami
sedikit terkilan kerana gagal memenuhi hasrat arwah yang ingin
mendapatkan kembali kereta hadiah itu yang dipercayai berada di
Pendang,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ismail meninggal dunia di rumahnya di Taman Nuri, di sini pada pukul 3.10 petang semalam.

Allahyarham yang merupakan bekas seorang anggota
tentera berpangkat Staff Sarjan meninggal dunia akibat komplikasi
penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung hingga membataskan
pergerakannya sejak Ogos tahun lepas.

Akibat penyakit yang dihidapinya itu menyebabkan
dia sering berulang alik mendapatkan rawatan di Hospital Sultan Abdul
Halim (HSAH) beberapa kali.

Ismail yang lebih dikenali sebagai ‘Staff Sarjan
Proton’ dalam perkhidmatan tentera selama 18 tahun berkhidmat
menghembuskan nafas terakhir di sisi isteri dan tiga anak mereka yang
berumur antara 46 hingga 37 tahun.

Anak keempat pasangan itu, Siti Sarishmahani meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Ismail merupakan pemenang dalam peraduan
menamakan kereta nasional itu pada 1985 semasa berkhidmat sebagai
anggota tentera di Markas Dua Divisyen di Pulau Pinang.

Kemenangannya dengan mengalahkan ribuan peserta lain membolehkan dia menerima hadiah sebuah kereta Proton Saga. -

Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-28372287860361075382018-01-14T10:21:00.002+08:002018-01-14T10:25:40.378+08:00Perlis mampu jana ekonomi di CVIA

Jalinan kerjasama yang baik antara usahawan negara ini dan
Perlis mampu memberi manfaat untuk penjanaan ekonomi di Kawasan
Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) dan Pelabuhan Darat Perlis (PIP).

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin
Putra Jamalullail bertitah, menerusi usaha sama yang dijalankan tersebut
juga dapat mewujudkan kepakaran usahawan di dalam hal ehwal halal
secara global.

Titah baginda, pada masa sama, promosi usahawan
tempatan terhadap industri makanan halal turut dapat diperluaskan lagi
seiring dengan permintaannya yang semakin berkembang baik di rantau ini
dan dunia.

"Ia sekali gus membolehkan usahawan
Malaysia dapat mengeksport produk mereka ke luar negara serta
mendapatkan maklumat terkini tentang tata cara pengeksportan produk ke
Thailand.

"Menerusi penghasilan produk tempatan
(berkualiti) yang dieksport ini, secara tidak langsung juga boleh
meningkatkan imej negara pada mata masyarakat luar selain mengoptimumkan
pemasaran dan jualan," titah baginda.

Baginda
bertitah demikian ketika berkenan bercemar duli merasmikan Forum
Keusahawanan dan Halal dengan kerjasama Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs).

Turut
menjalin kerjasama ialah Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan
majlis-majlis agama Islam di enam wilayah Andaman yang diadakan di
sebuah hotel di sini, semalam.

Keberangkatan baginda disambut oleh Pengarah Mara Perlis, Lukman Hakim Hasan dan Pengarah JAIPs, Dr. Hazman Hassan.

Dalam
program tersebut turut diadakan sesi suai niaga bersama usahawan di
enam wilayah Andaman dan Perlis yang antara lain bertujuan untuk
pembangunan ekonomi ummah yang mantap dan kukuh.

Tuanku
Syed Faizuddin dan Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen
Akashah Khalil kemudian berkenan bercemar duli melawat sebuah kilang
pemprosesan makanan terbesar di wilayah ini iaitu Kuang Pei San Food
Products.

Syarikat itu menjual pelbagai produk makanan dalam tin yang merangkumi produk-produk hasil laut seperti ikan sardin dan mackere

Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-68282421294818817782018-01-13T13:30:00.000+08:002018-01-14T10:37:10.232+08:00Pemuda Kedah hilang ikon dakwah

DEWAN Pemuda PAS Negeri Kedah kehilangan seorang
ikon dakwah apabila ahli Jawatankuasa Pemuda PAS Sungai Petani, Ustaz
Mohd Murthada Mohd Yusof meninggal dunia tengah hari tadi.

Allahyarham merupakan pengasas dan Mudir Pusat Pengajian Darul
Murtadha meninggal dunia jam 12.30 tengahari di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Hospital Taiping.

Ketua Pemuda PAS Kedah, Ustaz Salim Mahmood al-hafiz berkata,
Allahyarham memberi sumbangan yang besar kepada ummah dalam aspek
keilmuan, pendidikan, dakwah.

Katanya, kehilangan tokoh ulama muda tersebut amat dirasai orang ramai khususnya PAS dan Dewan Pemuda PAS Kedah.

“Semoga segala bakti Allahyarham untuk Islam menjadi titipan pahala
yang berpanjangan dan menjadi contoh dan ikutan orang terkemudian,”
katanya di Alor Setar.

Pada 4 Januari lalu, empat guru agama termasuk Ustaz Murtadha parah
apabila kereta dinaiki mereka terbabas dalam kemalangan di Km 200.9
Lebuhraya Utara Selatan. –Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-38160498934583852062018-01-09T20:32:00.002+08:002018-01-09T20:32:56.852+08:00Taksonomi Bloom ciptaan Yahudi

Oleh Abdul Naser Tun Rahman

SIAPA yang tidak kenal sebuah sistem penilaian yang
bernama Taksonomi Bloom. Bloom ialah nama seorang pakar psikologi yang
membuat penyelidikan tentang tahap-tahap pemikiran seorang pelajar.

Taksonomi Bloom membahagikan tahap pemikiran kepada aras pemikiran rendah dan tinggi.

Taksonomi Bloom ini digunakan di semua sekolah dan universiti dalam
membentuk silibus, kurikulum dan bagaimana memberi markah dan penilaian
ke atas pencapaian seorang pelajar. Kalau anak anda dapat markah ‘A’,
tahap kemahiran anak anda sebenarnya adalah dinilai mengikut Taksonomi
Bloom. Nama penuh Bloom ialah Benjamin Samuel Bloom. Dari nama sahaja,
jelas beliau adalah Yahudi sejati. Bahkan beliau pernah menjadi
penasihat sistem pendidikan Israel.

Umat Islam tidak mempunyai masalah untuk mengambil pelbagai sistem dari
budaya lain. Kata-kata hikmah ulama seperti “Tuntutlah ilmu sampai ke
negara China” menjadi pegangan umat.

Tetapi terdapat perbezaan antara mengambil sebuah sistem dengan taasub
atau dengan cerdik. Memang Taksonomi Bloom ini terkenal seluruh dunia
tetapi adakah kerana majoriti institusi pendidikan menggunakannya, maka
kita pun terhegeh-hegeh taasub kepadanya juga?

Mungkin munasabah jika kita mengambil Taksonomi Bloom ini dulu,
kemudian kita belajar darinya demi untuk membentuk taksonomi kita
sendiri setelah 10 tahun membuat kajian. Taksonomi Bloom ini mula
diperkenalkan ke dunia pada tahun 70-an. Adakah pada tahun 2018, kita
mampu memperkenalkan taksonomi yang kita cipta sendiri? Bukankah aras
pemikiran paling tinggi dalam Taksonomi Bloom ialah inovasi. Di mana
kualiti universiti-universiti kita dalam inovasi?

Takkanlah selama-lamanya sistem penilaian pelajar-pelajar kita
bergantung kepada sistem rekaan Yahudi Israel? Apakah maknanya kita
boikot restoran yang dikatakan sokong Israel tetapi pada masa yang sama
kita menilai kualiti pemikiran generasi baharu kita berdasarkan sistem
penilaian Yahudi Israel? Adakah kita nampak makanan haram lebih bahaya
daripada pencemaran minda kita?

Taksonomi Bloom ini telah menerima banyak kritikan sehingga di kemas
kini kepada versi kedua.

Artikel saya ini hanya fokus kepada salah satu
mudarat besar Taksonomi Bloom ini.

Prof Bloom telah mengkritik sistem pendidikan tradisional dalam bukunya
yang bertajuk “All Our Children Learning” kerana mengandaikan
personaliti guru memainkan peranan yang utama dalam mendidik pelajar.
Prof Bloom berkata bahawa aktiviti mengajar, bukan pengajar atau guru,
yang merupakan kunci pembelajaran pelajar (It is the teaching, not the
teacher, that is the key to the learning of students).

Maknanya ialah pendidikan bukan berdasarkan siapa yang mengajar, tetapi
berdasarkan apa yang di ajar dan bagaimana guru mengajar. Inilah yang
menentukan pencapaian pelajar (It is not what teachers are like but what
they do in interacting with their students in the classroom).

Pendidikan menjadi sekadar kemahiran semata-mata. Falsafah pendidikan
Bloom ini mengetepikan inspirasi personaliti guru. Peranan guru hanyalah
penyampai maklumat. Kalau seorang guru yang berpengalaman meninggal,
mudah sahaja digantikan dengan guru yang lain kerana guru yang lain
hanya perlu belajar kemahiran menyampaikan maklumat sahaja.

Guru menjadi umpama pelayan di restoran makanan segera. Pelayan hanya
sekadar menyampaikan burger kepada klien. Pelayan tidak menentukan
kualiti dan rasa burger. Kalau seorang pelayan itu berhenti kerja, ini
tidak membawa apa-apa makna bagi restoran. Pelayan lain akan
menggantikannya dan tetap menyampaikan burger yang mempunyai kualiti dan
rasa yang sama.

Begitu juga guru yang hanya berperanan menyampaikan maklumat. Seorang
guru bersara, guru lain ganti. Persaraan guru senior tidak membawa
apa-apa makna bagi sekolah kerana guru baharu yang lain akan
menggantikannya dan tetap menyampaikan maklumat yang mempunyai kualiti
yang sama!.

Mungkin perbezaan antara guru senior dan guru baharu hanyalah guru baharu lebih mahir menekan butang tab!

Guru baharu dan senior ada kelebihan masing-masing tetapi isu di sini
ialah mengapa tidak menggabungkan kelebihan guru senior dan baharu,
pihak sekolah dan universiti untuk mencipta taksonomi yang membentuk
identiti kita sendiri sebagai umat Islam dan sebagai bangsa Malaysia?

* Abdul Naser Tun Rahman Tokoh Pendakwah PerakWarta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-78133877282616159262018-01-09T20:26:00.000+08:002018-01-09T20:26:01.586+08:00 Syukur, kegembiraan & panjang umur

Oleh Johari Yap

PERNAHKAH bertanya apa tujuan kita hidup di dunia ini?
Atau adakah sekadar menjalani kehidupan, sekadar wujud, tanpa
memikirkan tujuan sebenar hidup kita?

Mengapa kita dilahirkan di dunia ini kemudian mati? Apa pula yang
berlaku selepas kematian? Tanpa memahami tujuan kehidupan di dunia ini,
rasanya hidup ini menjadi rapuh dan hambar kerana tiada motivasi untuk
menjalani hidup dengan lebih baik.

Menurut Ken Mogi, seorang penulis Jepun yang juga merupakan saintis
otak, dalam bukunya yang bertajuk The Little Book of Ikigai: The
Essential Japanese Way to Finding Your Purpose in Life, Ikigai bermaksud
“tujuan hidup”.

Menurutnya lagi, setiap insan mempunyai Ikigai dan mencari tujuan hidup merupakan salah satu objektif kehidupan manusia.

Adakah kesibukan kita mencari sesuap nasi untuk keluarga, bekerja siang
malam untuk membayar pinjaman rumah dan kereta, menyebabkan kita tidak
gembira yang akhirnya boleh memendekkan umur kita?

Menurut Hector Garcia dan Fransesc Miralles dalam buku mereka yang
bertajuk, IKIGAI: The Japanese Secret to a Long and Happy Life, Ikigai
adalah “kegembiraan dengan menjadi sentiasa sibuk”. Apakah yang mereka
maksudkan?

Mereka telah melawat dan menemu ramah penduduk di pulau Okinawa, Jepun
di mana 25 peratus daripada setiap 100,000 penduduknya berusia lebih 100
tahun. Buku tersebut mengongsi enam rahsia panjang umur yang telah
dikongsi dengan penulis dalam temu ramah tersebut.

Pertama, kekal aktif dan jangan bersara. Terus lakukan apa yang disukai
walaupun sudah berhenti daripada apa sahaja pekerjaan yang dilakukan
untuk memperoleh pendapatan. Ini akan memberi kita tujuan untuk
meneruskan hidup.

Kedua, lakukan segalanya dengan perlahan tetapi berterusan. Ada pepatah
yang mengatakan jika perlahan sekalipun, anda akan tetap pergi jauh
jika terus berjalan.

Ketiga, makan makanan yang berkhasiat dan berhenti sebelum kenyang.
Petua ini selari dengan firman ALLAH yang bermaksud, “Makan dan
minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan.

Sesungguhnya ALLAH tidak
menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.” (surah al-A’raf, ayat 31)

Keempat, sentiasa berdamping dengan sahabat yang baik. Ini juga seiring
dengan ajaran Islam.

Firman ALLAH dalam Surah al-Kahfi ayat 28 yang
bermaksud, “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang
yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang
mengharapkan keredaan ALLAH semata-mata.”

Kelima, sentiasa senyum dan ceria. Dr Yusuf al-Qaradawi dalam Fiqh
al-Lahw wa al-Tarfih mengatakan bahawa, “Ketawa merupakan antara
keistimewaan manusia. Binatang tidak boleh ketawa kerana ketawa datang
hasil satu bentuk kefahaman dan pengertian terhadap satu ucapan yang
didengarinya atau satu kejadian yang disaksikan. Rentetan itu dia
ketawa.”

Keenam, sentiasa mengucapkan terima kasih (bersyukur). Firman ALLAH,
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika
kamu bersyukur nescaya Aku akan tambah nikmat-Ku kepada kamu dan demi
sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azab-Ku amatlah
keras.” (Surah Ibrahim, ayat 7)

Sebagai seorang Muslim, salah satu cara menzahirkan kesyukuran kita
secara lisan adalah dengan mengucapkan “Alhamdulillah”. Biasanya orang
bersyukur ketika mendapat nikmat dan apabila terlepas daripada
kesusahan. Tetapi sebenarnya, apa keadaan sekalipun, kita seharusnya
sentiasa bersyukur kerana ALLAH masih memberi peluang meneruskan
kehidupan.

Apabila kita bangun daripada tidur, kita bersyukur kerana masih
mempunyai keupayaan untuk bergerak. Tanpa izin ALLAH, tidak mungkin
anggota kita dapat berfungsi. Begitu juga keupayaan melakukan rutin
harian seperti belajar atau bekerja, semuanya kurniaan ALLAH SWT yang
perlu disyukuri.

Kita wajib melahirkan syukur atas segala nikmat yang diterima. Dugaan
hidup juga sebenarnya baik sekiranya ia menjadikan kita lebih dekat
dengan ALLAH. Segala ketentuan ALLAH itu terbaik untuk kita walaupun
kita tidak mampu memahami hikmah di sebaliknya.

Memahami tujuan sebenar kehidupan dan kemampuan untuk bersyukur berkait
rapat dengan keupayaan menyemai kegembiraan dan ketenangan dalam hidup
yang merupakan ramuan penting untuk kesihatan rohani juga jasmani.
Semoga kita diberi kegembiraan dan umur yang panjang lagi berkat agar
dapat menggunakan waktu yang ditentukan untuk kita berada di dunia ini
dengan sebaiknya.

* Penulis ialah Pengerusi Macma Kelantan dan AJK Perkim Kelantan

Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-938260109700525782018-01-09T20:23:00.001+08:002018-01-09T20:23:34.766+08:00Negara bergolak jika Anwar gagal jadi PM

Tekaan anak muda bahawa negara ini sebenarnya sedang tenat dengan rentetan drama politik tua benar-benar berlaku.

Sungguh tenat. Hari ini membuktikan bahawa perjuangan pembangkang hanya sebuah perjuangan yang sia-sia dan sampah semata-mata.

Adakah parti-parti politik masih tidak sedar? Melalui tinjauan pendapat
Belia Nasional, hampir 66 per cent tidak merasakan bahawa ahli politik
secara amnya boleh dipercayai dan peratusan yang sama, percaya ahli
politik sebenarnya “masalah utama di Malaysia”.

Mana tidaknya, walaupun kebanyakan generasi muda masih tidak berpuas
hati dengan prestasi kerajaan sedia ada, namun persoalan utamanya,
adakah pengundi muda mempercayai kepada pembangkang untuk mentadbir
Negara?

Pakatan Harapan akhirnya memuktamadkan calon perdana menteri mereka jika dapat mentadbir Negara.

Ia bakal diketuai oleh gandingan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri
Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan perdana menteri.

Jika pilihanraya diadakan di antara Mac-April 2018 serta Datuk Seri
Anwar Ibrahim akan dibebaskan pada Jun 2018, keberangkalian Dr Mahathir
akan menjadi perdana menteri sekitar enam bulan sahaja dan seterusnya
bermulalah episod proses mengangkat Anwar sebagai perdana menteri yang
baharu.

Persoalannya, dengan PPBM mendapat kerusi pilihan raya terbanyak bagi
Parlimen dan Dr Mahathir diangkat sebagai perdana menteri, adakah mudah
untuk beliau melepaskan jawatan dalam tempoh yang singkat?

Sejujurnya, situasi ini benar-benar bakal menyaksikan Malaysia bakal
sekali lagi terjerumus dalam kancah perbalahan politik yang lebih besar.

Bakal menjadi mangsa kepada kebodohan ini sudah tentu generasi muda.
Mudah dibakar dan inilah yang bakal menjadi ‘korban’ bagi setiap catur
dan sifir politik orang tua.

Walaupun Melayu sering dilabel sebagai bangsa mudah lupa, tetapi jangan
sesekali kita lupa pasal berebut menjadi perdana menteri negara porak
peranda.

Ledakan reformasi 1998 meninggalkan kesan yang tidak sedikit buat ramai anak muda pada ketika itu.

Mereka seperti bom jangka yang hanya menunggu masa untuk meletup.

Mereka inilah antara yang telah dipasak dengan agenda reformasi Anwar yang menentang Dr Mahathir pada ketika itu.

Akhirnya pada 20 September 1998 di Masjid Negara Kuala Lumpur, hampir
100,000 rakyat tanpa mengenal latar kaum dan kelas berhimpun untuk
menyatakan solidariti terhadap Anwar.

Lihat apa yang berlaku selepas 20 tahun rakyat berbalah sesama sendiri?
Wajah-wajah ini dengan selamba betkata perbalahan itu hanya sekadar
luka kecil.

Sekarang pejuang reformasi yang menentang Dr Mahathir yang mahu
menjatuhkan, mensabitkan segala kesalahan lampau dan kekayaan luar biasa
anak beranak kroni, tiba-tiba tewas.

Hari ini pelaung tereebut sujud dan terpaksa mengangkat semula Dr Mahathir menjadi perdana menteri.

Sedih. Macam sudah tiada calon lain yang boleh diangkat menjadi perdana menteri.

Ia menggambarkan Pakatan Harapan tidak bersungguh mahu menjadikan
Malaysia ini lebih baik dan menunjukkan rakyat mudah diperbodohkan
sekali lagi.

Jika proses peralihan perdana menteri tidak berjaya seperti yang dipersetujui, adakah negara bakal bergolak sekali lagi?

* Fikri Allaudin dari Persatuan Pemikir Muda JohorWarta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-38686072180834663082018-01-09T20:20:00.001+08:002018-01-09T20:20:46.774+08:00

ALOR
SETAR . - Sebanyak 134 kes Macau Scam yang membabitkan kerugian
kira-kira RM4.6 juta dilaporkan di Kedah sepanjang tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial
Kedah, Supt Chan Teck Paing berkata mangsa membabitkan rakyat tempatan
yang mempunyai pelbagai latar belakang pekerjaan termasuk suri rumah
yang telah terpedaya dengan memindahkan wang ke akaun sindiket yang
beroperasi di negara jiran.

Katanya, sindiket itu juga dikesan mula merekrut
warga tempatan terdiri daripada orang Melayu berbanding warga asing
sebelum ini.

"Melalui siasatan kami dapati
sindiket sudah mula merekrut anak tempatan terdiri kaum Melayu
menyebabkan statistik kes tahun lalu didominasi oleh 93 mangsa orang
Melayu, 34 kaum Cina dan India tujuh kes.

"Mereka
yang menjadi mangsa juga adalah ahli perniagaan, guru, pekerja kewangan
dan suri rumah," katanya ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis
Kontinjen Kedah (IPK) Kedah di sini, hari ini.Chan berkata, pihak polis
yang bertindak menahan 63 orang ahli sindiket itu tahun lalu dan empat
lagi pada tahun ini untuk siasatan dan tindakan.

Katanya,
sejak Dis 2017 hingga bulan ini, 18 laporan diterima yang 15
daripadanya belum sempat memindahkan wang ke akaun sindiket selepas
menyedari mereka ditipu atas nasihat pihak bank.

Bagaimanapun
katanya, tiga wanita terdiri daripada dua ahli perniagaan dan seorang
kakitangan hotel kerugian RM32,000 bagi tempoh dua bulan ini kerana
terpedaya dengan sindiket itu.

Katanya, anggota
sindiket juga dikesan menyamar sebagai pegawai kastam di Kompleks
Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam
dengan membuat helah dan mendakwa mangsa memiliki telefon bimbit yang
dibawa masuk tanpa cukai dan perlu membayar sejumlah wang bagi
membolehkan barangan itu dibenarkan masuk ke negara ini.

"Sindiket
juga bijak membuat helah dengan menyambung panggilan mangsa kepada
seorang individu yang menyamar sebagai pegawai polis dari IPK Kedah yang
kemudian mendakwa akaun bank mereka terbabit kes dadah dan selepas itu
proses penipuan berlaku sehingga mangsa ketakutan dan menurut arahan
sindiket demi melepaskan diri," katanya.

Sehubungan
itu orang ramai dinasihatkan agar lebih berhati-hati dengan penipuan
sindiket ini dan menghubungi pihak berwajib jika ragu-ragu dengan
panggilan yang diterima. - BERNAMA

© Utusan Melayu (M) Bhd

Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-37163045362707660572018-01-09T20:17:00.001+08:002018-01-09T20:18:14.369+08:00 Pengagihan kerusi bukti Harapan amal sikap tolak ansur

GEORGETOWN - Pengagihan kerusi yang dibuat dalam Konvensyen Pakatan
Harapan baru-baru ini membuktikan kesemua parti dalam pakatan tersebut
mengamalkan sikap bertolak ansur.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kesemua parti mengenepikan
kepentingan masing-masing demi kepentingan negara dan rakyat Malaysia.

"Pengurangan jumlah kerusi bagi DAP itu adalah untuk memenuhi permintaan Bersatu yang baharu menyertai Pakatan Harapan.

"Memang ada kurang, satu kerusi. Sebelum ini 36, tapi sekarang 35.
Sebab dulu kita ada tiga, sekarang ada empat (parti). Pengagihan kerusi
ini menunjukkan parti-parti boleh bertolak ansur.

"Kita boleh buat keputusan yang mungkin kita rasa tidak berkepentingan
kepada parti masing-masing tetapi demi kepentingan negara dan rakyat
Malaysia, kita bersedia korbankan kepentingan masing-masing," katanya
kepada media tadi.

Pakatan Harapan sebelum ini mengumumkan pengagihan kerusi Parlimen akan
ditandingi parti komponen itu pada PRU14 iaitu Bersatu (52) , PKR (51)
DAP (35) Amanah (27) bagi keseluruhannya 165 kerusi di Semenanjung
Malaysia.

Guan Eng turut menyatakan kelebihan yang akan dinikmati rakyat
sekiranya menyokong Harapan untuk memenangi PRU14 kelak antaranya cukai
barangan dan perkhidmatan (GST) dimansuhkan dan penstabilan harga
petrol.Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-60454988496093134302018-01-09T20:13:00.001+08:002018-01-09T20:13:52.528+08:00

KEPALA BATAS - Bertindak atas maklumat awam sepasukan polis dari Bahagian
Siasatan Jenayah Narkotik ibu pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara
(SPU) menahan seorang lelaki di tepi Flat Seri Pinang dekat Sungai Puyu,
di sini tengah hari semalam.

Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner
Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia
33 tahun itu polis menemukan dua paket plastik lutsinar dan satu keratan
straw dadah dipercayai heroin seberat 22.3 gram dalam genggaman tangan
kanannya.

Tambahnya, polis turut menemukan satu lagi plastik
lutsinar berisi dadah dipercayai syabu seberat 0.5 gram daripada lelaki
yang positif dadah jenis morfin itu.

"Nilai
keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM430 dan dipercayai untuk
diedarkan di sekitar kawasan Sungai Puyu dan Mak Mandin.

"Lelaki
itu juga disahkan memiliki beberapa rerkod dadah dan dia kini direman
selama tujuh hari untyuk siasatan lanjut," katanya.

Jelas Noorzainy, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39 B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Warta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-654474204591269230.post-1066875015163455252018-01-09T20:09:00.001+08:002018-01-09T20:09:33.987+08:00

PADANG BESAR – Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man bertegas tidak
akan membenarkan penanaman ketum sebagai usaha untuk membanteras gejala
sosial yang berpunca daripada penyalahgunaan tumbuhan itu.

Katanya beliau akan berusaha supaya ketum yang kini di bawah Akta Racun 1952 diletakkan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang banyak untuk menguruskan
kes-kes membabitkan penyalahgunaan ketum selain peningkatan kes jenayah
akibat penyalahgunaannya,” kata kepada pemberita selepas menyerahkan
surat kelulusan hak milik tanah kepada 166 penerima di Beseri, dekat
sini, hari ini.

Katanya dalam masa 10 sehingga 30 tahun lagi generasi muda mungkin
menjadi ‘zombie’ akibat penyalahgunaan tumbuhan itu secara berleluasa.

Sebelum ini, Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah
(Risda) mencadangkan supaya pekebun kecil di negara ini diberi kebenaran
menanam daun ketum yang dikatakan mempunyai nilai perubatan untuk
dieksport.

Berhubung permohonan hak milik tanah, Azlan berkata kerajaan negeri
akan berusaha menyelesaikan permohonan bagi hak milik tanah yang sudah
melebihi lima tahun.

Beliau berkata sehingga tahun lepas kerajaan negeri telah mengeluarkan
hak milik tanah kepada lebih 1,000 permohonan yang melebihi 10 tahun.

Dalam pada itu, beliau mahu agensi-agensi kerajaan terus bekerjasama
melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka dengan mengambil kira Bajet 2018 kerajaan Perlis
yang dibentangkan Disember lepas.

“Sebagai contoh, Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) tiada
peruntukan tetapi Jabatan Kerja Raya (JKR) boleh membantu melaksanakan
projek untuk rakyat menggunakan peruntukan JKR.

“Pendekatan fleksibel tidak merugikan mana-mana pihak sebaliknya
masalah-masalah kompleks mungkin dapat diatasi dengan berkesan,”
katanya. – BernamaWarta Utarahttp://www.blogger.com/profile/16818064754883001950noreply@blogger.com0