TRIPOLI 5 Mei - Seorang ahli perniagaan, Ahmed Miitig dipilih sebagai
Perdana Menteri baharu
Libya, selepas memenangi undian di Parlimen,
semalam.
Miitig pada awalnya berjaya mengumpulkan 113 undi daripada 120 undi
yang diperlukan bagi sesi undi percaya oleh sidang Parlimen berlandaskan
perlembagaan negara.
Pegawai Kongres Agung Kebangsaan (GNC), Salah al-Makhzoum berkata,
Miitig sebenarnya berjaya meraih undi sebanyak 121 daripada 185 kerusi
di Parlimen sementara, selepas pengiraan semula ketika berjaya
menewaskan pencabarnya, Omar al- Hassi, seorang profesor di sebuah
Universiti. - AFP
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !