Warta Utara Online

Pengikut

Rabu, April 16

Demokrasi di Perak: Ikut cara BN

Oleh DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

Apabila bercakap tentang sistem demokrasi 'Raja Berperlembagaan' dan Negeri Perak menjadi rujukan, sudah tentu satu dunia akan mengingati sejarah hitam 'rampasan kuasa' dalam krisis Perlembagaan seawal Februari 2009 yang lalu.

Walaupun rakyat Perak pernah melalui sejarah pahit tersebut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, 5 Mei 2013 yang memberikan kemenangan tipis kepada Barisan Nasional (BN) yang hanya lebih tiga kerusi sahaja seperti ia dimemenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 12 yang lalu.

Apa pun, prinsip demokrasi yang menimpa PR di Perak tidak sama ketika BN menjadi pembangkang selama 11 bulan tersebut yang memperlihatkan asas demokrasi yang dipegang dan rakyat Perak khasnya melihat sendiri ketika itu apa yang telah berlaku.

Keutuhan sistem demokrasi di Perak yang boleh kita semua lihat tentang pengiktirafan kedudukan Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menjadi rujukan penerimaan demokrasi yang ada, tetapi di Perak lain ceritanya.

Apabila di sebut mantan Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga kini Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir seolah-olah tidak akan memberi ruang atau mengambil sikap bersetuju.

Di dalam Persidangan DUN Perak baru-baru ini, Datuk Seri Zambry tidak akan sekali-kali mangatakan sikap bersetuju atau menerima cadangan untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembanngkang bagi diberikan keistimewaan dengan kedudukan yang ada.

Selain cara atau 'ala' yang di bawa BN demokrasi di Perak, kita sering mendengar masalah perlantikan Ketua Kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) serta perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid yang akan sentiasa menjadi pertikaian.

Kalau pertikaian Ketua Kampung terutamanya, di dalam Umno sendiri ada banyak kumpulan yang mereka rasai paling layak memegang jawatan tersebut dan beberapa hari ini akan ada bantahan-bantahan yang dilaporkan oleh media dan ia amat memalukan.

Tentang AJK Masjid pula, akan timbul kelayakan seseorang yang dilantik dari segi perilakunya dan komitmennya untuk mengimarahkan masjid dengan pelbagai program masyarakat dan pendidikan agama Islam kepada ahli kariah yang dahagakan ilmu.

Dahulu ketika diterima mengadap Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) pernah saya suarakan tentang perlantikan AJK Masjid dan memberikan cadangan dan pandangan.

Apa pun, saya serahkan kebijaksanaan Raja Dr Nazrin Shah dengan perlindungan Ilahi untuk membuat yang terbaik bagi mengimarakkan masjid sebagai tempat tumpuan dan aktiviti masyarakat sepertimana fungsinya di zaman Nabi SAW dahulu.

Berbalik kepada sistem demokrasi di Perak, BN perlu sedar bahawa kedudukannya juga tidak begitu kukuh dan kuat, jangan terlalu mengikut emosi dan amarah menidakkan 'signal' rakyat yang menyokong PR pada PRU 13 yang lalu terutamanya di Perak.

Yang berlaku sepanjang lima tahun sebelum ini bahawa banyak pengajaran dan teladan yang perlu diambil sebagai panduan, Zambry perlu menunjukkan kebenaran sistem demokrasi yang dipegang terutamanya meletakkan kedudukan Ketua Pembangkang.

Jika perkara itu masih gagal dilaksanakan, Datuk Seri Zambry dan BN Perak masih tidak sedar akan hukuman rakyat sebelum ini dengan perilaku serta tidak tanduk yang membangkitkan kemarahan kepada rakyat dan juga kepercayaan rakyat kepada BN!

*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar, Bandar DiRaja

Baca Seterusnya......

Menteri bertanggungjawab ke atas tragedi Memali

Oleh Aziz Bari

Isu tanggungjawab ke atas pembunuhan beramai-ramai Memali pada tahun 1985 timbul kembali selepas Tun Musa Hitam, bekas timbalan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara tahun 1981 dan 1986, bercakap mengenainya di Kelantan pada penghujung bulan lalu.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Musa membangkitkan isu ini. Seperti yang dikatakannya semasa forum itu di Kota Baru, beliau bersedia untuk memberikan butir-butir kejadian. Entah bagaimana, tidak seorang daripada organisasi media pun bersedia menyahut tawaran itu.

 

Saya bersetuju dengan peguam bela hak asasi manusia, Dr Kua Kia Soong bahawa peristiwa Memali sama buruknya dengan pembunuhan beramai-ramai Batang Kali, di mana 24 orang awam yang tidak bersalah telah dibunuh oleh tentera British pada tahun 1942. Insiden Memali menyaksikan 18 orang maut, termasuk empat anggota polis yang terkena tembakan angkatan mereka sendiri. Operasi yang dijalankan oleh sejumlah 400 polis bersenjata itu dijalankan bagi menahan Ibrahim Libya, yang menguruskan sebuah sekolah agama di Kampung Memali, di daerah Baling di Kedah .

Musa adalah Menteri Dalam Negeri pada masa itu dan pihak polis pula diketuai oleh Tan Sri Amin Osman. Amin adalah pemangku Ketua Polis Negara, menggantikan Tun Hanif Omar yang ketika itu sedang mengikuti pengajian undang-undang beliau di England.

Musa meletakkan jawatan sebagai timbalan Mahathir pada tahun 1986 dan kemudiannya bertanding menyaingi pasangan Mahathir dalam pemilihan parti UMNO pada tahun 1987, tetapi kalah. Jadi kita dapat merasakan adanya tindakan saling menyalahkan, apabila dia membangkitkan kembali isu Memali hampir tiga dekad selepas ia berlaku.

Musa berkata bahawa Memali kekal sebagai titik hitam dalam kerjaya politiknya. Entah bagaimana persaingan, dan pergeseran beliau dengan Mahathir pada akhirnya, tidak ada di atas kertas putih mengenai kejadian itu yang beliau bentangkan kepada Parlimen pada awal tahun 1986.

Dalam laporan itu Musa menyalahkan Ibrahim, yang kebetulan pada masa itu adalah seorang pemimpin PAS di Kedah. Harus diingatkan bahawa Umno pada masa itu gementar dengan pengaruh Ibrahim yang semakin meningkat di kawasan itu, dan perkara itu menjadi topik panas semasa perhimpunan tahunan parti itu di Kuala Lumpur. Oleh itu kita boleh memahami mengapa UMNO mengeksploitasi kejadian itu bagi memburukkan imej PAS yang dikatakan ganas, sesuatu yang telah berulang kali dimainkan di RTM oleh Menteri Penerangan, Tan Sri Dr Rais Yatim, yang meninggalkan kabinet persekutuan pada tahun lepas.

Nampaknya orang ramai begitu bimbang sama ada Mahathir pada waktu itu berada di dalam negara – dan bukannya di Beijing seperti yang disangka umum – dan sama ada Musa adalah pemangku Perdana Menteri apabila pembunuhan beramai-ramai itu berlaku.

Apa pun, cara yang lebih baik untuk mengkajinya adalah dengan menggunakan doktrin tanggungjawab menteri, yang penting bagi mana-mana demokrasi Westminster. Penerapan doktrin ini dinyatakan dalam Perkara 43 (3) Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukan yang sama juga boleh didapati dalam semua perlembagaan negeri, yang mengawal kerja kabinet negeri, iaitu jawatankuasa eksekutif. Laporan Suruhanjaya Reid menyatakan bahawa semua prinsip-prinsip yang berkaitan dengan doktrin ini adalah terpakai Malaysia. Ini adalah penting untuk mengisi jurang yang ditinggalkan peruntukan yang berkenaan.

Secara ringkasnya, doktrin tanggungjawab menteri adalah salah satu cara di mana Parlimen mengawal kabinet, cabang eksekutif dalam sebuah sistem demokrasi berparlimen. Kawalan ini dilakukan secara kolektif dan secara individu.

Tanggungjawab bersama bermakna bahawa semua menteri perlu berkongsi beban; mereka mesti tenggelam dan berenang bersama-sama. Mereka perlu meletakkan jawatan jika mereka tidak bersetuju dengan keputusan atau dasar kabinet. Pernah berlaku keadaan di mana menteri-menteri meletakkan jawatan kerana perbezaan pendapat.

Di United Kingdom kita mempunyai contoh-contoh seperti peletakan jawatan Robin Cook yang tidak bersetuju dengan Perdana Menteri Tony Blair mengenai perang Iraq. Di sini kita juga pernah berlaku kes-kes serupa seperti perletakan jawatan Tun Dr Ismail Abd Rahman semasa pemerintahan Tunku, atau Tun Ghafar Baba daripada pentadbiran Hussein Onn.

Di bawah doktrin ini, menteri-menteri diandaikan sebagai terlibat dalam membuat keputusan, walaupun mereka tidak mengetahuinya atau tidak hadir apabila keputusan tertentu telah diambil. Dalam hal ketua negara, ia diandaikan bahawa nasihat yang dikemukakan kepada pejabat oleh menteri adalah keputusan bersama atau pandangan seluruh kabinet.

Saya rasa semua ini adalah cukup untuk memberikan jawapan bagi soalan-soalan sama ada Mahathir berada di dalam negara, atau sama ada Musa sebenarnya adalah pemangku sewaktu itu. Dari segi perlembagaan, kedua-duanya bertanggungjawab dan tidak ada perbezaan jika Mahathir berada di luar negara dan dia sebenarnya telah meletakkan Musa sebagai pemangku Perdana Menteri. Dari sudut perlembagaan, isu-isu ini tidak diambil kira.

Ia perlu dikatakan bahawa pasukan polis, termasuk Ketua Polis Negara, bukan merupakan sebahagian daripada doktrin menteri kerana mereka bukan ahli dewan. Menteri yang menyelia kementerian adalah pihak yang bertanggungjawab secara individu ke atas tindakan polis. Tetapi ini tidak bermakna bahawa anggota polis akan terlepas begitu sahaja.

Jika terdapat bukti bahawa mereka telah melanggar SOP atau mereka telah menggunakan kekerasan yang berlebihan, mereka boleh dihukum. Ini boleh dilakukan melalui prosiding tatatertib atau mahkamah biasa.

Di sinilah letaknya kepentingan menubuhkan sebuah suruhanjaya siasatan yang akan mencungkil fakta pembunuhan beramai-ramai itu. Memandangkan latar belakang politik serta jumlah mangsa yang terlibat, Memali nampaknya adalah sebuah kes penindasan hak asasi manusia terburuk selepas kemerdekaan.

Walaupun tanggapan mengenai tanggungjawab menteri menangani aspek politik tragedi itu, suruhanjaya siasatan akan membantu memberikan butir-butir yang diperlukan supaya tindakan lanjut dapat diambil di mahkamah, sama ada sivil atau jenayah.

Dr Abdul Aziz Bari merupakan bekas professor undang-undang UIAM yang kini mengajar di UNISEL. Beliau juga seorang felo kanan di IDEAS dan Institut Pulau Pinang, sebuah badan pemikir dimiliki kerajaan negeri.

Baca Seterusnya......

Baling dan derita rakyat: Di mana sikap mahasiswa?

Oleh Adib Azman

Masyarakat Baling rata-ratanya golongan petani, senang kata hasil daripada keringat mereka bercucuk tanam dan mengutip hasil getah itulah yang menjadi alas perut mereka. Baik yang menoreh getah, kemudian dikumpul dijadikan getah sekerap (masih ingat baunya yang tengik dan pekat, kalau melekat pada tangan, susah betul untuk berselera makan).

 Kalau yang bersawah, dari relung sawah itulah padi itu dituai untuk ditanak menjadi nasi di dapur, lebihannya pula ditolak kepada peraih.

Memori Baling 1974 mungkin ramai yang sudah tidak mengingatinya, baik yang sudah melangkah umur 40-an, apatah lagi golongan 20-an, kalau ada yang masih ingat, syukur alhamdulillah, di situlah detik nafas rakyat yang tersepit dalam keadaan serba terpuruk kemiskinan di celah desa. Pemerintah sehingga ke hari ini melupakan isu Baling dan kesengsaraan rakyatnya, malah lebih hina bila mana menconteng arang hitam legam dengan "mengecop" Baling sebagai markas ajaran sesat (lihat kisah Ustaz Ibrahim Libya). Hanya golongan mahasiswa sahaja yang terpanggil membawa suara rakyat Baling, siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Siddiq Fadzil. Tetapi jawapan mudah menanti mahasiswa sesudah itu, di hujungnya tangkapan ISA.

Persoalan sebenar ialah persoalan kemiskinan, ya kemiskinan. Kemiskinanlah yang membelenggu masyarakat Baling sekian lama sehingga ke hari ini tanpa ada perhatian pemerintah. Mereka tertindas untuk melangsungkan hidup, apalah yang boleh dimakan dan dikumpul untuk perbelanjaan anak ke sekolah kalau hasil kutipan getah sekerap hanya RM2.50 sekilogram? Diikuti dengan kejatuhan harga padi dan sawit pada bulan-bulan yang lepas (Malaysia sudah hampir menuju suku pertama ekonomi). Inilah yang merunsingkan mereka yang ada rasa "unjuran" prihatin terhadap masyarakat tani.

Diburukkan lagi menjelang 1 April 2015, kadar cukai yang baharu, GST pula yang akan dilaksanakan. Cukai yang dimulakan dengan kadar 6% cukup tinggi di Malaysia sedangkan banyak negara maju seperti Singapura memulakan kadar percukaian GST pada kadar 4%. Bayangkan jikalau "multi-stages tax" ini dikenakan kepada semua golongan, kalau yang kaya mungkin kurang atau sedikitlah kesannya, kalau masysarakat tani Baling, yang hanya bergantung kepada hasil sawah dan getah, apa yang boleh diharapkan? Cuba kita bayangkan sekarang harga getah sekerap ialah RM2.50 sekilogram, itupun dibahagi dua antara penoreh dan peraih, jadi berapa sahaja yang tinggal untuk penoreh menyara hidup? Inilah persoalan keterpurukan, kemiskinan yang melanda masyarakat Baling yang dilupakan pemerintah! Lebih malang orang yang menjaga kawasan Baling ialah orang agama pemerintah sendiri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Golongan mahasiswa mesti sekali lagi menyeru masyarakat akademik dan rakyat secara amnya, jangan sekali-kali melupakan Baling. Baling pernah dipenuhi tangan yang diacung ke udara pada 1974, dan pernah juga bermandi darah lewat 1990-an (Peristiwa Memali, Tun Dr Mahathir Mohamad lupakah?). Derita rakyat termiskin yang ramainya adalah orang Melayu mesti mendapat perhatian yang serius daripada pemerintah. Kritikan harus diberikan kepada mana-mana pihak pentadbiran kampus yang sengaja "memanggil dan menyoal siasat" mana-mana pelajar yang cuba menyedarkan mahasiswa tentang derita Baling. Boleh disifatkan pihak pentadbiran kampus sebegini hanya tahu perut sendiri yang kenyang, dan biar orang lain sekadar lupa dan tidak ingat langsung derita umat Islam yang lain.

Kalau yang dijemput Anwar, Dr Siddiq, atau mana-mana lagi golongan pembangkang (kalau di Indonesia mereka lebih digelar Sahabat Pemerintah), pasti ada sahaja sekatan itu dan ini. Mungkin golongan pentadbir kampus wajar mendengar ucapan S Ambiga yang terbaharu:"Local universities should act like international varsities."

Sekatan inilah yang memandomkan kecaknaan dan kefahaman mahasiswa akan tanggungjawab mereka dengan rakyat, apatah lagi kelompok Islam.

Mahasiswa Islam yang seharusnya lebih terkehadapan dalam membawa isu dan kefahaman kepada rakyat tentang masalah yang melanda umat, bukan setakat golongan mahasiswa sosialis. Isu pedulisme mesti ada dan sentiasa segar, bukankah As Syahid Imam Hassan Al Banna pernah menyatakan dalam Muwasafat Tarbiyah:"Orang yang beriman ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain."

Solidariti, doa dan kesedaran yang berterusan mesti selalu ada dalam memperjuangkan nasib orang Melayu Islam yang derita tidak cukup makan dan minum malah dihimpit kemiskinan di Baling.

* Penulis ialah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Selasa, April 15

Jauhilah sikap yang hina dalam Islam - Haron Din

SEBERANG PRAI: Kehadiran Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Harun Din untuk merasmikan pecah tanah dan kenduri kesyukuran pembinaan Masjid Abu Ubaidah Ibni al-Jarrah, Simpang Ampat, Seberang Prai Selatan semalam semata-mata untuk melihat sendiri adakah syiar Islam terhalang di sebuah negeri yang diterajui DAP.

Walalupun baru sehari keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN) selepas mendapat rawatan di situ, beliau menggagahi diri untuk datang demi perjuangan Islam dan tidak mahu menghampakan permintaan penduduk Taman Bandar Tasek Mutiara.

Jelas kini, apa yang diperkatakan oleh sesetengah pihak kononnya Kerajaan Pakatan Rakyat terutamanya Pulau Pinang diketuai, Lim Guan Eng, seorang bukan Islam semuanya fitnah sahaja. Surau dan masjid diimarahkan sebaik mungkin melebihi sewaktu di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN). (Dr Harun Din sedang menunjukan sesuatu kepada Pengerusi Masjid, Haji Yusrin)

Masjid Abu Ubaidah Ibni al-Jarrah yang terletak di Taman Bandar Tasek Mutiara bakal menjadi mercu tanda baru di Selatan Seberang Perai setahun akan datang.  Selain berfungsi sebagai rumah ibadah, masjid itu akan berfungsi sebagai 'rakan penduduk'.

Masyarakat setempat boleh memanfaatkan dengan berbagai aktiviti kerana turut dibina dewan orang ramai yang menempatkan dua gelanggang badminton, dewan seminar, rumah tumpangan serta sebuah bangunan bagi pelajar tahfiz.

Pembinaan masjid dengan kos RM100 juta ringgit itu adalah hasil sumbangan orang ramai serta individu.                   .

Semasa berucap Harun Din berpesan pada masyarakat dan Ahli Jawatankuasa agar tidak terjebak dengan sikap hasad dengki. Hal ini kerana sikap sedemikian boleh meruntuhkan perpaduan yang dicipta dan melunturkan semangat setiakawan ketika berusaha secara kumpulan.

"Jauhilah sikap yang hina dalam Islam. Sifat hasad dengki boleh hilangkan tali persaudaraan, perpaduan yang jitu akan luntur walaupun pernah satu ketika seronok berusaha membangunkan sesuatu yang berguna pada ummah," ujarnya.

Katanya, jika sikap tersebut menular, apa yang dirancang tidak menjadi kerana asyik bercakaran sesama sendiri.

Pengerusi masjid berkenaan, Haji Mohd Yusrin Abdullah semasa berucap menyatakan rasa syukur kerana kerja sama yang tinggi, membuatkan apa yang dihajati bakal menjadi kenyataan. (Gambar lakaran masjid yang bakal dibina)

"Kita mahu masjid kita dimakmurkan dengan aktiviti yang mendatangkan kebaikan pada semua masyarakat.  Bukan sahaja kepada Islam bahkan bukan Islam," katanya.

Ekoran keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan, Harun Din meminta Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Rashid Hasnon melakukan upacara pecah tanah.

Turut hadir bersama ialah Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (Dun) Pulau Pinang merangkap Adun Sungai Bakap, Datuk Makhtar Shafie. Exco Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim, Setiausaha Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAINPP), Sazali Husain serta Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan(SPS), Rohani Abdullah.

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Baling 2.0 ‘lahar’ kemarahan rakyat meledak

Oleh MOHD ARIF JUHANI

KEHADIRAN lebih 50,000 peserta ke Himpunan Derita Rakyat Baling 2.0 pada 5 April lalu membuktikan bahawa suara golongan tertindas (mustadha’fin) masih kekal berbisa untuk ‘mematuk’ sejarah peradaban manusia.

Bertempat di Padang Awam Keda, Kupang, kehadiran ramai di kalangan penduduk sekitar Baling dan Utara Semenanjung menunjukkan sebuah amarah kolektif mula membuak dan meledak untuk mengganyang kerajaan.

Apatah lagi ledakan itu dipendam selama ini oleh mereka akibat kelesuan kerajaan membantu golongan penoreh yang berhadapan masalah harga getah jatuh melampau bakal meledak meletus umpama gunung berapi yang sedang memuntahkan laharnya.

Siapa sangka, walaupun Umno- BN cuba memberikan saingan dengan mengalihkan perhatian penduduk dengan mengadakan Karnival Rakyat serta Malam Cinta Rasul di Dataran Baling, namun rakyat tidak bodoh untuk memastikan manakah pihak yang benar-benar jujur memperjuangkan nasib para penoreh ini.

Sepatutnya, sebagai Ahli Parlimen Baling, Dato’ Abdul Azeez Abdul Rahim lebih menumpukan kepada usaha membaiki kualiti kehidupan penoreh yang berada dalam kawasan parlimennya, namun mungkin disebabkan jahil memahami Fiqh Keutamaan, maka beliau lebih sudi hadir ke Malam Cinta Rasul.

Apakah beliau belum mengetahui bahawa perjuangan yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad s.a.w. adalah perjuangan untuk menumbangkan yang batil dan meninggikan yang hak?

Enak berlagu-lagu qasidah ketika masih ada rakyat yang terus menderita kelaparan membuktikan bahawa kenyataan kononnya Umno adalah parti yang memperjuangkan Islam hanyalah sebuah kenyataan kosmetik yang sangat dibenci oleh seisi langit dan bumi.

Berbalik kepada himpunan, walaupun panas terik pada awalnya sebelum hujan pada sebelah petang sehingga berlarut ke malam, namun hadirin tetap setia berada dalam kawasan padang yang berlopak dan basah untuk bersama-sama mendengar amanat perjuangan yang disampaikan oleh pemimpin Pakatan Rakyat.

Apa yang menarik, di samping jualan payung dan tikar getah melambung tinggi, suasana malam itu juga cukup meriah apabila payung-payung yang sama warnanya menguasai padang sehingga menghilangkan kemuraman malam.

Berbeza pula pada sebelah siangnya apabila pelbagai kaedah digunakan oleh hadirin untuk menunjukkan simbolik kemarahan mereka. Ada yang masih mengangkat-angkat sayur kangkung sebagai sindiran kepada Dato’ Seri Najib Razak, menjulang replika pisau toreh dan seperti biasa beberapa sepanduk yang hampir senada diangkat.

Penulis, pada awalnya, begitu pesimis dengan kemampuan penganjur untuk memastikan kehadiran mampu untuk memenuhkan padang rumput kerana ketika jam sudah hampir 3.40 petang, hadirin masih berkelompok-kelompok berteduh di bawah pepohon berhampiran sambil diperdengarkan alunan nasyid dan zikir rakaman oleh petugas.

Sambil-sambil itu, penulis bersama rakan sejawatan ke Sekolah Rendah Islam Darul ‘Ulum (SRIDU) yang terletak berseberangan dengan padang awam untuk meninjau jika-jika ada bahan berita sampingan yang boleh diambil.

Sempat juga penulis menyantuni beberapa orang penduduk sekitar yang kerjanya menoreh bagi mendapatkan pandangan spontan mereka berkenaan dengan situasi harga getah yang dihadapi oleh mereka ketika ini.

Rata-ratanya bersetuju untuk mendesak kerajaan supaya bertindak segera menaikkan harga getah pada harga yang munasabah supaya mereka mampu hidup seperti orang lain yang cukup keperluan hariannya.

Orang muda seperti Muhammad Muizz Tajie, 20, yang memang menoreh getah menganggap seringkali suara para penoreh seperti mereka terpendam dan hanya diberikan perhatian hanya ketika menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) atau Kecil (PRK).

Beliau yang datang dari Gulau, Sik bersama rakan-rakannya memang bersemangat untuk datang ke himpunan ini bagi menyatakan sokongan.

“Saya orang muda, walaupun belum menikah tapi duit pun mesti nak pakai. Nak buat duit minyak motor, huloq (hulur) kat mak pak lagi. Duit ni bukan orang tua ja, orang muda pun nak pakai jugak,” ujarnya sambil senyum malu-malu bila diberitahu gambarnya akan tersiar dalam Harakah.

Walaupun bukan penoreh tetapi bagi Ismail Abdullah, 62, dari Ayer Hitam, Alor Setar berkata beliau datang berhimpun kerana faham penderitaan yang dihadapi oleh para penoreh sekarang.

“Saya ada buat bendang, masalah yang kami hadapi sama saja. Harga padi dan getah samasama menurun tapi tauke-tauke tetap kaya raya. Saya memang setuju kalau himpunan lagu (macam) ni dibuat terus ke banyak tempat, biaq (biar) lagi ramai orang kita sedaq (sedar),” ujarnya.

Beliau pernah bersamasama penduduk kampungnya membantah dan melawan cubaan kerajaan menjayakan projek udang kerpan sehingga mengorbankan kawasan sawah padi.

Sambil enak melayan perbualan, jam sudah mendekati pukul 4, bilangan terus meningkat sehingga bahagian hadapan pentas sudah padat diisi oleh hadirin sebelum penceramah daripada NGO dan pemimpin Pakatan Rakyat mengambil bahagian me‘manas’kan pentas sederhana yang disediakan sehingga ke malam

Baling memang terkenal dalam sejarah Malaysia. Walaupun orangnya rata-rata murah senyuman dan mudah disantuni, namun tiada siapa yang boleh menjangka penduduk disitu juga boleh berubah watak menjadi lebih garang menuntut hak.

Selain terkenal melahirkan anak pahlawan, Baling menyimpan rakaman sejarah sebelum Tanah Melayu dikurniakan kemerdekaan apabila pertemuan Chin Peng dan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1955 dicatatkan sebagai Rundingan Baling. Bagaimanapun, pertemuan itu menemui kebuntuan.

Baling juga pernah ‘menadah’ darah para Syuhada Memali yang diketuai As-Syahid Ustaz Ibrahim Libya bersama anak-anak muridnya dibunuh dengan kejam oleh pihak berkuasa. Puncanya hanyalah kerana Ustaz Ibrahim Libya menentang penyalahgunaan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Kemudiannya, Demonstrasi Baling pula meletus pada tahun 1974 yang puncanya sama seperti yang dihadapi oleh penoreh getah ketika ini iaitu kejatuhan melampau harga getah. Pada tahun itu, golongan mahasiswa dan ahli akademi di universiti turut menunjukkan solidariti dengan bersama-sama rakyat Baling mendesak harga getah dinaikkan.

Apa yang sedang bergolak di Baling ketika ini mesti difahami segera oleh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai titik mula kepada kebangkitan luar bandar yang mana potensinya mesti digembleng dan dibawa menjelajah ke seluruh kawasan luar bandar yang berada dalam negara.

Apa yang mesti difahami, kebangkitan golongan mustadh’afin seperti kumpulan penoreh dan pekebun kecil ini, jika diolah dengan lebih kemas kekuatannya, ia mampu menerbitkan ketakutan dalam kalangan golongan penindas (mustakbirin) yang kerap kalinya dijawat oleh pemerintah dan kumpulan pemodal. Apa pun, ternyata Baling masih menyimpan ‘keramat’nya untuk mencipta sejarah kemanusiaan di negara ini.

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Isnin, April 14

Orang Melayu dan GST

Oleh Sakmongkol AK47

Saya sukar hendak faham lojik ahli parlimen BN terutamanya daripada Umno. GST - cukai ke atas semua pengguna dianggap sebagai suatu yang baik.

Lagi sukar saya faham mengapa orang Melayu yang rata-ratanya golongan yang relatif miskin dalam negara ini, menerima GST sebagai suatu yang bagus.Mereka terpaksa bayar, tetapi mereka suka? Perkiraan apa yang ada dalam kepala rakyat?

 

GST hanya bagus kepada kerajaan, kerana mereka dapat mengutip lebih banyak hasil.

Menurut mereka, bila hasil banyak maka banyaklah perbelanjaan akan dilakukan untuk kepentingan rakyat. Benarkah begitu?

Ini pendustaan yang paling besar. Cuba kita lihat apa yang dibelanjakan oleh kerajaan BN. Mereka berbelanja atas projek yang menjadikan kroninya kaya. Lebih banyak ada wang dalam tangan, maka lebih besar belanja daripada pendapatan.

Belanja berhemah dan cermat tidak ada dalam kamus BN dan Umno. Lagi banyak duit dalam tangan, lebih besar samun, rompakan dan ketirisan yang dilakukan.

Orang Melayu yang bertegas untuk bayar GST ini - apa yang kena dengan kepala mereka? Kaya sangatkah orang Melayu?

Kemiskinan di kalangan orang Melayu mengikut perangkaan EPU ialah 2.2, iaitu ukuran peratusan orang Melayu yang berada di bawah garis kemiskinan.

Garis kemiskinan ini berapa? RM650 sebulan. Ertinya, terdapat 2.2% orang Melayu berada di bawah garis kemiskinan.

Jika jumlah orang Melayu ialah 15,000,000, maka yang miskin papa kedana dan hidup melarat ialah 330,000 orang Melayu.

Golongan ini yang menerima BR1M 300. Mereka penerima jika ketua kampung berkata 'ok'. Golongan inilah yang mendapat bantuan kebajikan masyarakat RM400 sebulan.

Dicampur dengan RM300, pendapatan bulanan mereka adalah RM700, masih tersangat rendah daripada RM3,000 penanda aras layak mendapat BR1M.

Jika BR1M dapat RM600 untuk satu tahun, di sana ada tambahan RM50 kepada pendapatan bulanan. Masih jauh di bawah RM1,000 sebulan.

Pendapatan bulanan 20% Melayu teratas ialah RM10,666. Pendapatan 40% Melayu yang tengah ialah RM4123.

Manakala pendapatan Melayu yang 40% paling bawah ialah RM1,686. Makanya, kalau kita campur pendapatan purata bulanan untuk semua kategori orang Melayu, pendapatan bulanan orang Melayu kesemuanya ialah RM16,475. 

Ini bererti Melayu yang 20% teratas menguasai 65% pendapatan bulanan orang Melayu. Yang di bawah iaitu 40% paling bawah hanya menguasai 10% daripada pendapatan purata bulanan.

Mengapa yang terbawah ini mahu menyokong GST?

Walaupun ada barangan yang zero-rated atau tidak dikenakan GST, rakyat masih membayar harga yang tinggi kerana tidak ada yang menyekat pihak peruncit daripada mengenakan harga yang tinggi.

Malah, GST bersih mereka terpaksa bayar, entah-entah dimasukkan ke dalam harga jualan kepada pengguna.

Dan oleh sebab pengguna akhir tidak berdaftar dengan GST, mereka tidak boleh membuat tuntutan daripada kerajaan.

Maka amatlah hairan kita mengapa orang Melayu yang hidup susah mahu bertegas membayar GST.

Malah ada yang dirasuk oleh Umno untuk tunjuk perasaan dan berdemonstrasi mahu membayar GST.

Kaya sangatkah orang Melayu?

Ini bererti sudahlah orang Melayu hidup susah, tetapi mereka membenarkan Umno menipu mereka.

Sebelum in, Melayu yang miskin, yang mohon bantuan sana sini, berdemonstrasi dan tunjuk perasaan mahu bayar PTPTN.

Mereka ditawarkan pendidikan percuma sehingga universiti, ibu bapa pelajar yang bergantung kepada bantuan dan berpendapatan rendah, memprotes mahu membayar PTPTN!

Apa sudah jadi kepada mereka?

Jawapannya ialah mereka melihat tentangan kepada PTPTN dan tentangan kepada GST ialah penentangan kepada sebuah kerajaan Melayu. Ternyata tanggapan sebegini salah.

Tetapi Umno memperlakukan isu ini sebagai suatu yang dirancang oleh sebuah kerajaan melayu tetapi ditentang oleh kaum lain, terutama oleh bangsa Cina.

Ini membuktikan Umno itu rasis dalam semua perhitungannya.

Tersembunyi di sebalik kerelaan menerima kesakitan dan penindasan yang dilakukan oleh Umno, ialah kerelaaan diperlakukan demikian asal yang melakukan kezaliman dan penindasan itu oleh Melayu.

Maka orang Melayu rela, sebab penceroboh itu Melayu dan Umno lagi.

Hidup Melayu! – sakmongkol.blogspot.com ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

GST dan sektor kesihatan

Oleh Dr Afif Bahardin

"Pelaksanaan GST adalah pada 2015 dan kementerian ini akan meneruskan perbincangan dengan Kementerian Kewangan untuk melihat keseluruhan spektrum perkhidmatan kesihatan bagi meminimumkan kesan GST terhadap kos penjagaan kesihatan" - Menteri Kesihatan, M Star Online, 7 November 2013

Inilah kenyataan Menteri Kesihatan pada November lepas apabila diminta mengulas mengenai kesan pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada perkhidmatan kesihatan di negara kita. Walhal tiga hari sebelum itu, beliau menafikan sebarang kesan akan menimpa perkhidmatan kesihatan negara kerana perkhidmatan ini dikecualikan daripada cukai GST 6%.

 

Menurut Laman Web Rasmi Jabatan Kastam Malaysia, GST adalah levi yang dicaj ke atas pembekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat dalam menjalankan atau meneruskan perniagaan di Malaysia oleh orang kena cukai. GST juga dikenakan ke atas pengimportan barang dan perkhidmatan.

Kadar yang ditetapkan adalah pada 6%. 7 April 2014 yang lalu, ketika sesi Parlimen; Rang Undang-Undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) diluluskan di Dewan Rakyat dengan 118 ahli Parlimen Barisan Nasional menyatakan persetujuan manakala 81 ahli Parlimen Pakatan Rakyat menyuarakan bantahan. Hakikatnya kini kerajaan akan tetap melaksanakan GST menjelang 2015.

Secara dasarnya GST adalah satu sistem percukaian yang telus, efisien untuk dilaksanakan bagi jangkamasa yang akan datang. Persoalannya, apakah Malaysia sudah bersedia? Falsafah perlaksanaan GST bukanlah untuk mencipta hasil baru atau meningkatkan pendapatan bagi negara tetapi adalah untuk memastikan satu sistem percukaian yang saksama dan menyeluruh.

GST juga menjadi satu rangsangan kepada rakyat untuk meningkatkan simpanan serta tidak boros dalam berbelanja.

Pendek kata, GST bertujuan untuk mengagihkan atau memperbanyakkan hasil cukai, bukannya menambahkan bebanan cukai. Di saat ini, kesesuaian waktu dan suasana ekonomi negara yang tidak diurustadbir dengan baik; maka adalah sukar untuk kita mewajarkan pelaksanaan GST.

Pembiayaan perkhidmatan kesihatan di Malaysia adalah satu isu besar dan menjadi kayu pengukur kepada pembangunan dan kesejahteraan sosial masyarakat Malaysia. Jawapan Menteri Kesihatan yang tidak meyakinkan pada tahun lepas mengenai GST tidak harus dibiarkan sepi.

Memang benar GST tidak dikenakan kepada pengguna (end consumer) apabila meilbatkan perkhidmatan kesihatan, tetapi hakikatnya, pembekal akan menggenakan cukai kepada semua syarikat perubatan, hospital, klinik, makmal perubatan dan juga farmasi.

Kepada para peniaga, apa jua bentuk cukai yang dikenakan akhirnya demi mengekalkan margin keuntungan, pastinya beban itu akan diletakkan pada pengguna. Ini juga sama bakal terjadi kepada pengguna atau pesakit yang memerlukan perkhidmatan kesihatan.

Contoh mudah, ubatan yang dijual kepada pesakit oleh hospital, tidak dikenakan GST. Namun GST akan dikenakan kepada hospital apabila mereka membeli bekalan ubatan daripada syarikat pembekal mahupun pembuatan ubat.

Kos untuk mendapatkan bahan mentah dan kos operasi untuk menghasilkan ubatan itu juga bakal terlibat dengan GST. Maka, harga akhir untuk ditawarkan kepada pengguna atau pesakit pastinya meningkat memandangkan tidak ada mana–mana peniaga atau pembekal akan rela untuk mengurangkan margin keuntungan produk jualan atau perkhidmatan mereka. Beban kos perkhidmatan kesihatan ini akhirnya ditanggung juga oleh rakyat.

Adalah dangkal apabila Menteri gagal untuk memahami bahawa GST tidak hanya bertindak di satu peringkat sahaja tetapi melibatkan beberapa lapisan perkhidmatan dan pembekalan. Ini adalah prinsip asas di dalam sektor pembekalan dan perkhidmatan.

Saat artikel ini ditulis, Menteri dan Kementerian Kesihatan masih gagal untuk menjawab beberapa persoalan penting apabila melibatkan GST dan perkhidmatan kesihatan dan kesannya kepada rakyat Malaysia.

Antara persoalan yang timbul adalah; apakah kerajaan akan menetapkan kadar yuran perkhidmatan kesihatan? Apakah yuran konsultasi doktor, paramedik, fisioterapi, rehabilitasi juga akan dikawal? Apakah produk kesihatan seperti ubatan atau alatan yang dijual di pasaran bebas atau kaunter farmasi akan dikawal harganya?

Ini adalah persoalan-persoalan yang wajib diambil kira oleh rakyat apabila mendepani GST. Tidak cukup sekadar mengangguk percaya dengan kenyataan Menteri bahawa rakyat tidak perlu risau.

Anggaran perbelanjaan kerajaan persekutuan untuk sektor kesihatan bagi tahun 2014 adalah mencecah RM22 bilion menurut Kementerian Kewangan. Perbelanjaan besar ini pastinya akan meningkat apabila dilihat kepada beban kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat pengenalan GST.

Apakah kerajaan Barisan Nasional (BN) sanggup menaikkan kadar perkhidmatan kesihatan awam? Apakah subsidi kesihatan akan dikurangkan demi menampung semula beban kos yang meningkat untuk mengurus sektor kesihatan? Akhirnya dalam usaha kerajaan untuk menambah pendapatan negara melalui GST, kerajaan sebenarnya terpaksa menanggung kos pengurusan yang lebih tinggi.

Disaat ketirisan, kebocoran, rasuah dan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan sistem tender terbuka masih lagi menghantui pengurusan ekonomi negara, adalah tidak wajar dan tidak bertanggungjawab untuk kerajaan BN melaksanakan GST dan cuba untuk menampung kelompongan yang ada dengan membebankan rakyat.

Negara ini bahkan pernah dilabel sebagai negara teratas di dalam persepsi rasuah jika dirujuk kepada kajian Ernst & Young (E&Y) di dalam Asia-Pacific Fraud Survey Report Series 2013. Lebih 64% responden percaya untuk melakukan bisnes di Malaysia haruslah melibatkan rasuah dan lebih 71% percaya bahawa rasuah adalah kos tersembunyi yang tidak dapat dielakkan dalam melakukan bisnes di negara ini. Beginilah kritikalnya persepsi rasuah di negara kita.

Rakyat harus sedar, negara ini adalah negara yang kaya dengan hasil bumi dan sumber alam, jika ekonomi ditadbir dengan baik dan ketelusan, kecekapan dan akauntabiliti menjadi prinsip pentadbiran kerajaan, maka pastinya beban kehidupan rakyat akan dapat dikurangkan dan lebih banyak pembangunan infrastruktur dan kemudahan asas seperti perkhidmatan kesihatan dapat disediakan untuk rakyat.

Apa yang perlu untuk Malaysia sekarang bukanlah sistem percukaian GST; tetapi Malaysia perlukan kerajaan yang cekap, telus dan akauntabiliti. Kita percaya, jika ketirisan, rasuah dan kebocoran ini dapat diatasi dengan tatakelola kerajaan yang baik, cekap, telus dan akauntabiliti maka lebih daripada RM30 bilion dapat diselamatkan setiap tahun.

Tolak GST! Selamatkan Malaysia!

* Dr Afif Bahardin juga adalah ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Pulau Pinang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Menanti perarakan petani 1 Mei

Oleh Ahmad Lutfi Othman

MULANYA saya terlepas rombongan untuk ke Baling, . Memang mudah untuk membatalkan sahaja hasrat itu tetapi ada faktor tarikan yang lebih kuat.

Lebih kurang sebulan lalu, saya sempat bersua muka dan men dengar keluhan hampir 50 penoreh getah di Kuala Ketil, di temani Adunnya yang cukup prihatin, Cikgu Md Zuki Yusuf. Saya masih terkenang luah an hati seorang ibu tunggal; anak nya, pelajar sekolah menengah terpaksa ponteng sekolah kerana tidak mampu membayar tambah bas. Pendapatan bulanan, tidak me lepasi RM150, de ngan harga ge tah pada tahap terendah.

 

Ramai lagi yang berbicara sejujurnya hari itu. Rumusannya, ke peritan di peringkat akar umbi sudah tidak dipedulikan elit penguasa.

Mereka memang terabai.

Justeru, tekad saya ... mesti berada di tengah-tengah khalayak puluhan ribu yang bakal meme riahkan Himpunan Derita Rakyat di Baling, 5 April.

Mungkin tiada formula penyelesaian dapat dicapai, tetapi tiada kompromi untuk absen dalam acara yang diharap mampu meng ukir sejarah. Ya, wartawan perlu merasai sendiri denyut nadi dan degup jantung masyarakat ter aniaya.

Justeru, pilihan yang ada ha nya melalui pesawat pada pagi Sabtu dan turun di Bayan Lepas, Pulau Pinang, seterusnya berkejar ke Padang Keda, Kupang, dan harus sampai sebelum jam 3 petang.

Kampung asal saya di Tunjang, Jitra sebenarnya lebih dekat de ngan lapangan terbang Kepala Batas, Kedah tetapi saya perlu mengelak daripada meredah perjalanan lebih panjang untuk sampai ke Baling.

Saya lebih suka membayangkan ada perarakan raksasa ke pekan Baling, sekurang-kurangnya seper timana himpunan Bersih mengelilingi Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Demonstrasi yang statik tentulah membosankan.

Apa pun, tentulah sukar untuk mengulangi nostalgia tunjuk perasaan Baling, Disember 1974. Ketika itu, tiada rancangan tersusun daripada penganjur untuk menghimpunkan begitu ramai petani yang dihimpit kemiskinan dan diasak kelaparan, kalaupun belum sampai ke tahap kebuluran.

Detik itu, parti-parti pembangkang yang menang besar pada pilihan raya 1969 – PAS, Gerakan dan PPP – berada dalam gabung an BN. Suara warga desa yang ter pinggir berpadu dengan keprihatinan mahasiswa dan keresahan tenaga akademik.

Lebih penting, rakyat yang dilupakan itu benar-benar kecewa dan muak dengan pemerintah. Nu rani mereka memberontak. Tan pa perlu dihasut, orang kampung terdorong untuk berarak menuntut hak.

Namun, saya tetap mengimpikan, selepas 40 tahun, golongan rakyat tertindas, bukan sekadar penoreh, tetapi juga pesawah atau nelayan misalnya, dapat mempamerkan kesatuan, biarpun kini dipayungi parti-parti politik, seperti PAS dan Pakatan Rakyat.

Agak gelisah juga apabila ra kan yang menemani dari Pulau Pinang perlu membereskan urus an terlebih dahulu, menyebabkan kami agak lewat bertolak.

Saya bimbang terperangkap dalam kesesakan lalulintas ataupun terpaksa berdepan sekatan polis, yang bakal menghalang kami tiba awal bagi merakamkan situasi.

Saya masih ingat, semasa berkunjung ke Memali buat kali pertama pada 1985, sejurus tragedi berdarah yang mengurniakan syahid kepada Ustaz Ibrahim Libya dan anakanak muridnya, saya harus melalui, tidak kurang lima sekatan polis. Itupun atas alasan untuk menziarahi saudara terdekat di sana.

Memali bagai dilanggar garuda. Sunyi sepi, hampir tiada peng huni lelaki. Semuanya ditahan bo rong ISA. Berdepan kediaman Assyahid, tangan saya menggeletar, jantung berdegup kencang; jiwa muda 22 tahun tercabar!

Tetapi petang Sabtu lalu, laluan lancar. Saya pula yang risau dan rimas. Bimbang himpunan tidak mendapat sambutan. Apatah lagi sepanjang jalan dari Seberang Jaya, tiada poster atau banner besar yang memaklumkan himpun an.

Hanya apabila sampai ke simpang untuk masuk Kupang, jam 3 petang, baru kelihatan bendera PAS berkibar menyambut tetamu.

Bagaimanapun, Padang Keda yang berdepan Pejabat PAS Kawa san Baling masih kosong.

“Kurang sangat orang ni ...,” bisik saya kepada wartawan Harakah Pulau Pinang, Sabri Said, sambil menunjukkan jam sudah melewati jam 3.15 petang.

“Awal lagi, biasalah, kejap lagi ramailah,” balas Ali Bukhari Amir, yang menemani saya dari Kuala Lumpur.

Antara khabar awal yang mendukacitakan, Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim tidak dapat hadir. “Himpunan hari ini lebih bergantung kepada kekuatan PAS,” dakwa rakan yang menyampaikan berita itu.

Anwar adalah tokoh yang se ring dikaitkan, bukan hanya de ngan demonstrasi Baling 1974 te tapi juga tunjuk perasaan pelajar di Kuala Lumpur, sehingga Masjid Negara yang menjadi “pusat perlindungan” dirempuh polis.

Saya memilih untuk mencari tempat rehat melepaskan lenguh kaki dan dahaga di gerai minuman berdekatan. Cukup ramai sekali penjaja berniaga. Sukar mencari kerusi kosong.

Sambil bersembang santai dengan rakan sekampung, Husin Jusoh, pidato daripada pentas utama lantang kedengaran. Ada juga seakan-akan menjerit, mungkin turut bersemangat melihat ke hadiran yang berpusu-pusu.

Selain pimpinan PAS setempat dan wakil-wakil NGO yang me wakili pesawah, peneroka, maha siswa dan masyarakat sivil lainnya, pimpinan KeADILan, termasuk Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, dan DAP juga turut berceramah.

Senada. Mengkritik keras kerajaan BN dan Najib Razak. Saya lebih tertarik dengan persoalan yang dibangkitkan seorang rakan yang baru saya kenali hari itu: “Penoreh getah antara golongan yang paling tertekan sekarang, tapi mengapa majoriti mereka masih kuat menyokong BN, berbanding orang bendang. Malah kalau sesama peneroka pun, yang mengusahakan getah lebih pekat darah Umnonya daripada kelapa sawit.”

Menghampiri jam 6 petang, padang hampir penuh tetapi langit tambah gelap. Tanpa menunggu lama, hujan mencurah. Cukup le bat sekali. Khemah pun tidak berupaya melindungi.

Saya yang masih bertongkat berjalan perlahan-lahan mencari teduh di sebuah gerai mihun sup.

“Patut majlis besar macam ini, kena sediakan tandas bergerak,” tegur seorang rakan lama, dari Shah Alam.

“Tapi, lupakan dulu ... aku nak tanya pandangan hang tentang hudud. Tiba-tiba saja Umno beria-ia sokong. Hang tak rasa ini perangkap nak pecahkan Pakat an? Bagi aku, Umno ini, kalau dia suruh yang baik pun, tak boleh ikut, mesti ada helah sebaliknya,” hujahnya lancar.

Saya sekadar tersenyum. Sahabat saya ini nampak begitu bimbang persefahaman dalam Pakat an terburai ekoran isu hudud. “Dulu Barisan Alternatif pecah ber punca isu Negara Islam,” dia mengingatkan.

“Buat masa ini,” celah saya sambil ketawa kecil, “aku lebih bimbangkan himpunan malam ini, kalau hujan lagi, takut Umno gelakkan kita aja. Derita peneroka mesti diperjuangkan terus. Kalau perlu ajak mereka berarak 1 Mei depan di Kuala Lumpur. Ya, aku lebih suka kita semua berarak bukan hanya dengar pidato macam petang ini.”

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Baling dan derita rakyat: Di mana sikap mahasiswa?

Oleh Adib Azman

Masyarakat Baling rata-ratanya golongan petani, senang kata hasil daripada keringat mereka bercucuk tanam dan mengutip hasil getah itulah yang menjadi alas perut mereka. Baik yang menoreh getah, kemudian dikumpul dijadikan getah sekerap (masih ingat baunya yang tengik dan pekat, kalau melekat pada tangan, susah betul untuk berselera makan).

Kalau yang bersawah, dari relung sawah itulah padi itu dituai untuk ditanak menjadi nasi di dapur, lebihannya pula ditolak kepada peraih.

Memori Baling 1974 mungkin ramai yang sudah tidak mengingatinya, baik yang sudah melangkah umur 40-an, apatah lagi golongan 20-an, kalau ada yang masih ingat, syukur alhamdulillah, di situlah detik nafas rakyat yang tersepit dalam keadaan serba terpuruk kemiskinan di celah desa. Pemerintah sehingga ke hari ini melupakan isu Baling dan kesengsaraan rakyatnya, malah lebih hina bila mana menconteng arang hitam legam dengan "mengecop" Baling sebagai markas ajaran sesat (lihat kisah Ustaz Ibrahim Libya). Hanya golongan mahasiswa sahaja yang terpanggil membawa suara rakyat Baling, siapa lagi kalau bukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Dr Siddiq Fadzil. Tetapi jawapan mudah menanti mahasiswa sesudah itu, di hujungnya tangkapan ISA.

Persoalan sebenar ialah persoalan kemiskinan, ya kemiskinan. Kemiskinanlah yang membelenggu masyarakat Baling sekian lama sehingga ke hari ini tanpa ada perhatian pemerintah. Mereka tertindas untuk melangsungkan hidup, apalah yang boleh dimakan dan dikumpul untuk perbelanjaan anak ke sekolah kalau hasil kutipan getah sekerap hanya RM2.50 sekilogram? Diikuti dengan kejatuhan harga padi dan sawit pada bulan-bulan yang lepas (Malaysia sudah hampir menuju suku pertama ekonomi). Inilah yang merunsingkan mereka yang ada rasa "unjuran" prihatin terhadap masyarakat tani.

Diburukkan lagi menjelang 1 April 2015, kadar cukai yang baharu, GST pula yang akan dilaksanakan. Cukai yang dimulakan dengan kadar 6% cukup tinggi di Malaysia sedangkan banyak negara maju seperti Singapura memulakan kadar percukaian GST pada kadar 4%. Bayangkan jikalau "multi-stages tax" ini dikenakan kepada semua golongan, kalau yang kaya mungkin kurang atau sedikitlah kesannya, kalau masysarakat tani Baling, yang hanya bergantung kepada hasil sawah dan getah, apa yang boleh diharapkan? Cuba kita bayangkan sekarang harga getah sekerap ialah RM2.50 sekilogram, itupun dibahagi dua antara penoreh dan peraih, jadi berapa sahaja yang tinggal untuk penoreh menyara hidup? Inilah persoalan keterpurukan, kemiskinan yang melanda masyarakat Baling yang dilupakan pemerintah! Lebih malang orang yang menjaga kawasan Baling ialah orang agama pemerintah sendiri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Golongan mahasiswa mesti sekali lagi menyeru masyarakat akademik dan rakyat secara amnya, jangan sekali-kali melupakan Baling. Baling pernah dipenuhi tangan yang diacung ke udara pada 1974, dan pernah juga bermandi darah lewat 1990-an (Peristiwa Memali, Tun Dr Mahathir Mohamad lupakah?). Derita rakyat termiskin yang ramainya adalah orang Melayu mesti mendapat perhatian yang serius daripada pemerintah. Kritikan harus diberikan kepada mana-mana pihak pentadbiran kampus yang sengaja "memanggil dan menyoal siasat" mana-mana pelajar yang cuba menyedarkan mahasiswa tentang derita Baling. Boleh disifatkan pihak pentadbiran kampus sebegini hanya tahu perut sendiri yang kenyang, dan biar orang lain sekadar lupa dan tidak ingat langsung derita umat Islam yang lain.

Kalau yang dijemput Anwar, Dr Siddiq, atau mana-mana lagi golongan pembangkang (kalau di Indonesia mereka lebih digelar Sahabat Pemerintah), pasti ada sahaja sekatan itu dan ini. Mungkin golongan pentadbir kampus wajar mendengar ucapan S Ambiga yang terbaharu:"Local universities should act like international varsities."

Sekatan inilah yang memandomkan kecaknaan dan kefahaman mahasiswa akan tanggungjawab mereka dengan rakyat, apatah lagi kelompok Islam.

Mahasiswa Islam yang seharusnya lebih terkehadapan dalam membawa isu dan kefahaman kepada rakyat tentang masalah yang melanda umat, bukan setakat golongan mahasiswa sosialis. Isu pedulisme mesti ada dan sentiasa segar, bukankah As Syahid Imam Hassan Al Banna pernah menyatakan dalam Muwasafat Tarbiyah:"Orang yang beriman ialah mereka yang memberi manfaat kepada orang lain."

Solidariti, doa dan kesedaran yang berterusan mesti selalu ada dalam memperjuangkan nasib orang Melayu Islam yang derita tidak cukup makan dan minum malah dihimpit kemiskinan di Baling.

* Penulis ialah mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Utusan dan NST juga spekulator MH370, jadi bagaimana Hishamuddin?

Oleh Ng Kee Seng

Kini Menteri Pertahanan yang juga Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein membakulsampahkan teori Utusan Malaysia bahawa CIA terlibat di dalam kehilangan MH370. Adakah beliau serta kerajaan akan menyelar lidah rasmi mereka itu sepertimana media asing?

Hishamuddin menolak cadangan Utusan minggu lepas bahawa agensi perisikan persekutuan Amerika (CIA) memainkan peranan di dalam kehilangan pesawat Boeing MAS, sambil membandingkan laporan bersifat spekulasi itu dengan media Barat. Beliau berkata mereka bebas berbuat begitu. 

“Akhirnya, jika mereka membuat laporan palsu, mereka hilang kredibiliti,” kata beliau kepada wartawan ketika melawat persediaan bagi Pameran Perkhidmatan Pertahanan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Wah! Dahulu Hishamuddin ada berkata Pejabat Peguam Negara mengkaji tindakan menyaman media, terutamanya dari luar negara, yang membuat spekulasi.

Adakah Hishamuddin akan menyaman Utusan, lidah rasmi Umno itu?

Utusan Malaysia selalunya akan terlepas dengan laporann yang berbaur perkauman dan agama yang mengancam perpaduan negara.

Pada 7 April, Utusan Malaysia berkata, sudah tiba masanya berfikir di luar kotak tentang insiden ini. Katanya, ia mungkin satu usaha mengeruhkan hubungan di antara Malaysia dan China.

Berbekal teori konspirasi bahawa CIA terlibat di dalam peristiwa September 11, akhbar itu berkata dakwaan seperti itu tidak wajar diketepikan sebagai tidak masuk akal.

“Jika CIA boleh mengatur serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia di New York pada Sept 11, 2001, mereka juga mampu melakukan sesuatu berhubung MH370,” tulis penolong pengarang Utusan Malaysia Ku Seman Ku Hussein.

Hishamuddin bagaimanapun berkata penyertaan Amerika Syarikat di dalam pameran perkhidmatan pertahanan Asia tidak menyokong teori itu.

“Jika CIA terlibat, mereka tidak mungkin berminat menyertai pameran ini secara besar-besaran,” katanya.

Misteri kehilangan MH370 telah menimbulkan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi yang diputar media cetak dunia dan laman Internet. Ini termasuk pesawat MAS itu didakwa mendarat di pengkalan tentera AS Diego Garcia yang terletak di tengah-tengah Lautan Hindi.

Seorang jurucakap kedutaan AS di Kuala Lumpur menafikan dakwan itu.

Penafian Hishamuddin kali ini merupakan yang kedua dalam tempoh dua hari.

Beliau juga disoal berhubung laporan muka depan New Straits Times, yang mendakwa pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid membuat panggilan kecemasan apabila pesawat itu berada di dalam ruang udara berhampiran Pulau Pinang.

“Saya tidak boleh komen kerana jika benar, kami sudah tentu tahu lebih awal,” katanya yang dipetik Bernama.

Dalam pada itu, lebih 50% rakyat Malaysia percaya kerajaan Barisan Nasional tidak telus di dalam memberi maklumat tentang kehilangan MH370, mengikut kajiselidik portal The Malaysian Insider (TMI).

Daripada 1,029 yang disoal di dalam kajiselidik yang dilakukan Merdeka Centre, 54 peratus berkata Putrajaya tidak telus di dalam berkongsi maklumat.

Dua puluh enam peratus lagi setuju kerajaan telus di dalam memberi penerangan sementara 20 peratus lagi tidak tahu samada kerajaan jujur atau tidak.

Rakyat sememangnya mempersoal ketelusan kerajaan di dalam menangani isu MH370 ini kerana terlalu banyak percanggahan di dalam maklumat yang disampaikan. Bahkan muatan kargo pesawat itu masih disembunyikan.

http://bm.theantdaily.com

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Adakah kerajaan Umno-BN benar-benar lemah?

Oleh Ng Kee Seng  

Satu kajiselidik menunjukkan kerajaan Umno-Barisan Nasional amat lemah mengendali ekonomi selepas PRU13 pada Mei lepas.Tentunya ini telah diketahui umum.

 Kajiselidik yang dilakukan portal berita The Malaysia Insider (TMI) menunjukkan bahawa separuh daripada 1,005 responded berpendapat prestasi BN amat lemah setelah PRU13 dengan 45% berkata Umno tidak menunjukkan prestasi memberasangkan.

Keadaan sebenar lebih parah dari itu kerana kerajaan BN masih berkuasa dan mampu melakukan apa sahaja yang dimahukannya.

BN kini mempamerkan keangkuhan selama 57 tahun berkuasa apabila mengabaikan perubahan domestik dan global sambil menampakkan kekurangan kehendak politik bagi mengubah dasar politik dan sosial di negara ini.

Ia tentu berasa dirinya kebal apabila membuat pusingan-u di dalam mengotakan janjinya seperti termaktub di dalam manifesto, agar harga petrol dan barangan lain diturunkan.

Mengapa ia perlu gusar? Rakyat Malaysia sering memaafkannya. Apabila tiba masa PRU14 kelak, dengan membeli undi, ia bakal mengekalkan kuasa.

Itulah yang terjadi di dalam arena politik Malaya dan Malaysia sejak mengecap kemerdekaan pada 1957.

Kajiselidik itu tidak mencukupi kerana BN-Umno sebenarnya bimbang akan ditumbangkan selepas gagal mencatat keputusan cemerlang pada PRU12 dan PRU13.

Sifat paranoid telah menyebabkan ia gagal membezakan di antara politik dan pentadbiran bagi kesejahteraan rakyat dan negara. BN-Umno kerap menghabiskan masa mengekang pihak oposisi, memotong subsidi dan menambah kekayaan kroni serta IPP (pengeluar tenaga swasta).

Ya, rakyat Malaysia percaya kerajaan BN ini tidak dapat berbuat apa-apa tentang subsidi konsesi tol dan IPP yang memerlukan bantuan, lebih daripada rakyat jelata.

Umno-BN perlu wang bagi memuaskan nafsu lintah ini. Dan dari siapakah wang di peroleh? Dari rakyat pembayar cukai. Kenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan!

Bukan, Umno-BN bukan tidak cekap mengendali ekonomi. Ia hanya meletakkannya pada kawalan otomatis sambil Umno sebok dengan agenda politiknya.

Ia terlupa soal pentadbiran “Demi Rakyat dan Negara”.

The MI survey reports: Only 31% of respondents, who were polled via telephone, felt the BN, which won by a simple majority GE13, was doing an excellent job, and the rest were unsure or refused to commit.

Chinese respondents were again almost unanimous in their disapproval of BN with Malay respondents slightly in favour of BN.

Both urban and rural voters said they were disappointed with BN’s performance with 53 per cent of respondents aged 21 to 40 giving BN the thumbs down.

Umno's performance from the last general election to last month was described as “very weak” by 45 per cent of the respondents.

“The top issues which the rakyat are concerned about are cost of living, crime, corruption, national unity and employability,” the survey said.

Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s rating was good among the respondents with 42 per cent saying that the Umno president had done an excellent job, while 39 per cent gave him the thumbs down.

The survey also showed that Home Minister Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi was considered by Malay respondents to be the top performing leader.

Youth and Sports Minister Khairy Jamaluddin was second, followed by Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein third. - See more at: http://bm.theantdaily.com/

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Nasib malang institusi pendidikan di Kedah

OLEH ZULKIFLI YAHAYA  

KERAJAAN BN Kedah kini diulit kebanggaan apabila berjaya melancarkan Pelan Induk Pembangunan Perdana Quay bernilai RM4 bilion di Teluk Burau Langkawi pada 30 Mac lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Apapun ianya bukan projek kerajaan negeri pimpinan Datuk Paduka Mukhriz Mahathir. Jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary turut hadir yang membayangkan bahawa beliau adalah pelabur utama projek tersebut.

Sejak BN mendapat mandat mentadbir Kedah hampir setahun lalu, memang tiada projek besar yang dibuat oleh negeri. Kesemua projek besar didatangkan oleh Pusat atau swasta, sedang kerajaan negeri cuma ‘tumpang tui’ mencari nama.

Ia berbeza sama sekali dengan kerajaan negeri pimpinan Almarhum Ustaz Azizan dahulu yang mampu melaksanakan projek berskala besar, khususnya di bidang pendidikan.

Jangankan projek besar, projek kecil pun tidak mampu dilakukan lebih-lebih lagi yang melibatkan bidang pendidikan. Apa sudah jadi dengan Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi? Kerajaan terdahulu telah meluluskan bajet RM16 juta untuk pembinaan fasa pertama. Bajet sudah disediakan, sepatutnya bina sajalah. Setahun berlalu, tiada apa yang dibangunkan.

 

Maktab Mahmud

Cuma berita yang bertiup kencang projek tersebut dibatalkan kerana kononnya Langkawi adalah pulau peranginan. Lebih untung buat projek pelancongan. Cara golongan sekular menilai untung rugi, berbeza dengan golongan cintakan ilmu menilainya.

Hujung tahun lalu kerajaan negeri dengan mudahnya menyerahkan sembilan  buah Maktab Mahmud cawangan yang menjadi sekolah kebanggaan milik negeri kepada Pusat di bawah pentadbiran Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Kementerian Pelajaran. Dengan berlepas tangan terhadap urusan pendidikan tersebut, kerajaan negeri dapat menjimatkan RM26 juta.

Setelah sekolah tersebut di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan, maka apa yang membimbangkan adalah silibus Azhariah yang menjadi kekuatan Maktab Mahmud sejak sekian lama akan pupus. Apa pula yang mereka buat dengan penjimatan RM26 juta itu? Entahlah tidak tahu ke mana lesapnya jumlah peruntukan yang besar itu.

Semua masih ingat, sebaik sahaja BN mengambil alih Kedah pada Mei 2013, kampus induk Kolej Universiti Insaniah (KUIN) hampir dilelong. Pusat pentadbiran dan beberapa buah fakulti penting sudah diarah pindah ke tapak asal di Alor Setar. Bahkan program perubatan sudah diserahkan kepada pihak lain. Mujur rektor yang baru dilantik ialah orang berjiwa akademik bukan orang politik, maka masa depan KUIN menjadi lebih baik.

Dalam manifesto BN bagi menghadapi PRU13, mereka mencanangkan mahu menjadikan Kedah sebagai hab pendidikan terulung di rantau ini. Sebaliknya selepas mendapat mandat, bidang pendidikan terpinggir.

 

Kisah AIU

Berita terbaru yang mengejutkan adalah sebuah universiti terkemuka di Bandaraya Alor Setar iaitu Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU), akan ditutup pada pertengahan tahun ini.

AIU mempunyai 600 pelajar dari dalam dan luar negara yang kurang berkemampuan, mempunyai lebih 100 kakitangan termasuk pensyarah. Bagaimana nasib pelajar dan kakitangan? Tiada siapa dari kalangan pemimpin kerajaan Pusat atau negeri dapat menjelaskannya. Mukhriz jauh sekali mahu mengulas, seolah-olah tidak berminat bercakap mengenai isu pendidikan. Ini yang membezakan beliau dengan Almarhum Ustaz Azizan.

AIU sebelum ini dikenali sebagai sebuah universiti yang banyak mengubah kehidupan golongan kurang berkemampuan kerana tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap penuntutnya yang rata-ratanya terdiri daripada golongan tidak berkemampuan dari seluruh dunia. Selain tempat tinggal, makan dan minum serta kos pembelajaran, penuntut juga ditanggung pihak Yayasan Al-Bukhary yang ditubuhkan oleh Syed Mokhtar pada 1996.

AIU menawarkan tiga program termasuk diploma dan ijazah sarjana muda di Sekolah Perniagaan dan Pengajian Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Pelajar AIU tidak dikenakan bayaran yuran pengajian malahan diberi biasiswa penuh oleh universiti yang dibiayai sepenuhnya oleh yayasan itu di bawah konsep wakaf.

Naib Canselor AIU, Profesor Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak juga dilaporkan telah mengosongkan jawatan tersebut. Isu sebahagian pensyarah KUIN yang didera dengan tidak dibayar gaji beberapa bulan masih belum dilupakan, apakah selepas ini akan muncul pula golongan pensyarah yang menderita kerana hilang pekerjaan?

 

Malang rakyat Kedah

Hendak dikatakan punca penutupan adalah disebabkan masalah kewangan, tidak munasabah. Syed Mokhtar yang banyak berinfaq kepada universiti tersebut sangatlah kaya.  Menurut Forbes, dianggarkan nilai bersih syarikat korporat yang dimilikinya ialah berjumlah AS $3.1 bilion (RM10 bilion).  

Selama ini pun beliau tidak pernah menjadikan AIU sebagai projek pelaburan atau perniagaan. Beliau menyumbang dengan murah hati dan pihak yang sepatutnya berfikir mengenai maju mundur universiti tersebut adalah pihak kerajaan. Maka penutupan AIU jika berlaku adalah terjemahan kepada kegagalan kerajaan BN dalam menangani isu pendidikan.

Bukan mudah untuk melihat tertegaknya sebuah institusi pengajian peringkat antarabangsa di negeri Kedah, namun setelah dibangunkan terpaksa ditutup pula. Kerajaan BN pula tidak berbuat apa-apa untuk menanganinya. Malang sungguh rakyat Kedah mendapat sebuah kerajaan yang tidak prihatin mengenai isu pendidikan.

Macam kata Mukhriz setiap projek yang nak dibuat kerajaan negeri mesti ada untung. “Kita tak mahu curah air ke daun keladi,” katanya. Maksudnya jangan buang duit buat pelaburan yang tidak untung dari segi wang ringgit.

Tidak berkudis pun rasa hati pemimpin BN di Kedah apabila institusi pendidikan di negeri ini menjadi mangsa satu demi satu. Itulah BN.

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

BN tidak dapat bezakan antara politik dan pentadbiran

Oleh Ng Kee Seng

Tidak menghairankan mengapa kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno hilang keyakinan majoriti rakyat Malaysia pada PRU13 yang lalu.Selepas memerintah sejak Merdeka 1957, atau lebih lima dekad, BN sememangnya lemah dan kurang kemahiran.

Ia bimbang kuasa politiknya hilang dan tidak mampu lagi berfikir dengan waras. Ia tidak mampu membezakan di antara politik dan pentadbiran.

Diapungkan dengan perasaan sombong dan didokong perkhidmatan awam yang hanya bersetuju dengannya, pentadbiran BN langsung tidak professional.

Ahli politik BN fikir ini negara mereka dan merekalah tuan segalanya. Penjawat awam pula berperangan seperti ahli politik BN sedangkan mereka seharusnya bersikap berkecuali.

Mengapa kita perlu panggil mereka penjawat awam? Mereka bukan bekerja untuk orang awam tetapi untuk ahli politik BN sahaja.

Ahli politik juga sewajarnya bekerja untuk rakyat dan negara. Tetapi mereka seakan sebok bekerka untuk mencapai agendi sendiri sahaja.

Maka kita mendapati isu perpindahan guru-guru di Kelantan, terutamanya yang didakwa penyokong PAS.

Isteri ahli PAS pusat Datuk Husam Musa merupakan salah seorang guru yang dipindahkan kerana mempunyai pertalian rapat dengan parti itu.

Isteri Husam di antara 88 guru yang ditukarkan dari daerah Bachok Kelantan, menurut Pakatan Rakyat pada 8 April.

Ahli parlimen Bachok Ahmad Marzuki Shaary berkata, arahan perpindahan itu berkuatkuasa 16 April dan dikeluarkan pejabat pendidikan daerah Bachok.

“Memorandum yang diterima daripada Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah menunjukkan salahguna kuasa oleh pejabat pelajaran daerah yang menggunakan alasan tidak relevan. Antaranya guru-guru ini penyokong PAS,” ujar beliau kepada wartawan di lobi Parlimen.

“Dokumen sulit ini mendedahkan terdapat cadangan daripada ketua cawangan Umno agar perpindahan dilaksanakan. Ini membuktikan terdapat campurtangan politik di dalam sistem pendidikan,” ujarnya kepada The Malaysian Insider.

Memorandum SAMM menunjukkan terdapat alasan bahawa guru didakwa mengibar bendera PAS, membantu kempen PAS dan berkahwin dengan penyokong PAS tegar.

Ahmad Marzuki berkata 10 guru di kawasannya di Bachok ditukarkan kerana alasan politik sejak September lalu.

“Saya bangkitkan isu tentang 10 guru di Parlimen pada tahun lalu tetapi Menteri Pendidikan II Datuk Seri Idris Jusoh menafikannya.

“Kami ada dokumen sah dengan data daripada pejabat pendidikan daerah dengan nama guru-guru lain di dalam senarai perpindahan. Sebabnya juga tertera,” katanya.

Ini mengejutkan kerana beberapa sebab politik didakwa dibuat berdasarkan laporan seorang ketua cawangan Umno.

Terdahulu, Badrul Hisham Shaharin dari SAMM menyerahkan memo perpindahan itu kepada Pakatan Rakyat. Badrul, yang merupakan ketua pemuda pergerakan itu berkata, memo tersebut dihantar kepada ahli parlimen BN melalui pejabat Perdana Menteri di Parlimen.

Sim Tze Tzin (PKR-Bayan Baru) berkata senarai itu amat mengejutkan dan merupakan bukti Putrajaya bermain politik dengan mensasarkan guru-guru sekolah rendah yang tidak bersalah.

“Menteri pendidikan perlu jelaskan mengapa guru-guru ditukarkan atas alasan hubungan politik kerana ini bertentangan dengan Pelan Pendidikan, yang bersifat inklusif dan berhasrat meningkatkan professionalisme guru,” katanya.

Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang) turut mengkritik langkah itu selepas Putrajaya membelanjakan jutaan ringgit bagi input melalui perunding McKInsey dan Co. Namun kerajaan kini bersikap tidak professional.

“Mereka tahukah bahawa tahap pendidikan akan mendapat kesan apabila guru berkebolehan ditukarkan kerana alasan politik? Mereka sedarkah kanak-kanak sekolah menjadi mangsa permainan ini?”

Tian Chua (PKR-Batu) pula berkata, apa yang mengejutkan ialah pertukaran ini hanya bersandarkan laporan yang diperoleh daripada ketua cawangan Umno semata-mata. -theantdaily.com

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Posisi Malaysia di persada dunia?

Oleh LIEW CHIN TONG

KERAJAAN Malaysia di bawah pimpinan Dato’ Seri Najib Razak nampaknya tidak lagi berminat untuk bersuara di persada antarabangsa. Kerajaan Najib tidak mempunyai pendirian terhadap isu-isu antarabangsa seperti penganiayaan Muslim Rohingya dan kudeta di Mesir.

Bukan sahaja kerajaan Malaysia hilang suaranya, malah Menteri Luar juga hilang ketokohannya.Kerajaan Barisan Nasional nampaknya tidak ingin menyatakan pendirian yang jelas terhadap isu-isu antarabangsa yang sedang kita hadapi, misalnya isu Mesir

. Sejak kerajaan sah Presiden Mohammed Morsi ditumbangkan pada Julai 2013, kerajaan Malaysia tidak mahu menyatakan pendirian yang tegas. Minggu lalu, 529 aktivis Ikhwan Muslimin dijatuhkan hukuman mati, tetapi tiada suara kedengaran daripada kerajaan Malaysia.

Malaysia adalah Pengerusi Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) sebelum ini. Malah ketika zaman pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad, Malaysia kelihatan berjaya menampilkan dirinya sebagai pemimpin dunia Islam dan dunia ketiga. Hubungan luar Malaysia bermula dengan pendekatan konservatif, iaitu sikap “tidak campur tangan” ke atas hal-ehwal negeri lain. Kemudian kita mengorak selangkah ke depan, dengan menekankan jalinan hubungan yang membina (constructive engagement). Perkembangan terkini memperlihatkan kita kembali ke sikap “tidak campur tangan” dahulu.

Ketika zaman pemerintahan Mahathir, beliau kerap bersuara lantang di persada antarabangsa, sehingga satu dunia memberi perhatian untuk mendengar pandangan kita. Saya masih ingat apabila tragedi Bosnia berlaku, seluruh rakyat Malaysia tampil menghulurkan bantuan. Suara kerajaan Malaysia lantang kedengaran di dunia.

Sekali imbas, selepas Tanah Melayu diterima masuk ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada tahun 1957, salah satu tindakan kerajaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj di peringkat PBB adalah mendesak PBB supaya bertindak ke atas Afrika Selatan yang mengamalkan dasar aparteid.

Selepas dibebaskan dari penjara, Nelson Mandela sering merasakan bahawa dirinya terhutang budi kepada Malaysia lantaran pendirian konsisten Malaysia dari era pemerintahan Tunku hinggalah ke Mahathir.

Kebisuan kerajaan Najib Razak di pentas antarabangsa disebabkan pendirian pro- Amerika Syarikat Perdana Menteri Najib berbanding dengan pendirian ‘non-aligned’ (berkecuali) yang diamalkan oleh kebanyakan pemimpin sebelumnya, iaitu Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Saya bukan mencadangkan agar kerajaan menghantar tentera atau pasukan senjata ke mana-mana “hotspot”. Apa yang dikehendaki adalah Malaysia terus memainkan peranan kita sebagai “opinion leader” atau pemimpin pandangan di persada dunia.

Kerajaan Malaysia harus memposisikan negara kita sebagai satu “middle power”. Kita harus jadi satu negara yang berwawasan dan berdikari, pada masa yang sama bekerjasama dengan negeri-negeri lain tanpa tunduk kepada kuasa-kuasa besar.

Jelas, Malaysia tidak mengambil pendirian dalam isu kudeta Mesir kerana mengikut jejak langkah Amerika Syarikat yang enggan menyifatkan kudeta Julai 2013 itu sebagai kudeta, sambil menutup mata terhadap pembunuhan dan penganiayaan oleh rejim tentera.

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Membudaya sastera perang, membangun Memorial Memali

Oleh H FANSURI

“Hai Nabi, kobarkanlah semangat mukmin untuk berperang. Jika ada 20 orang yang sabar antaramu, nescaya mereka akan dapat mengalahkan 200 orang musuh. Dan jika ada 100 orang yang sabar antara kamu, nescaya mereka dapat mengalahkan 1,000 dalam kalangan orang kafir... Sekarang Allah meringankan kamu kerana Dia mengetahui bahawa kamu ada kelemahan; oleh itu jika ada antara kamu 100 orang yang sabar, nescaya mereka dapat tewaskan 200 orang; dan jika ada antara kamu 1,000 orang, nescaya mereka dapat menewaskan 2,000 orang dengan izin Allah...” – (Al-Anfaal, ayat 65–66)

“Oleh sebab itu mereka dapat kalahkan askar Jalut dengan izin Allah, dan Daud membunuh Jalut...” – (Al-Baqarah, ayat 251)

LUKA MEMALI

Kupulangkan sejarah
kepada masakini
kujernihkankan dosa
menyegar benih budi –
Memali yang luka
kembali bermaruah.
Kusyahdukan doa
ke wira terdera;
Kupahat nisan mereka
dengan abjad bahagia –
Memali yang sejarah
masakini bermaruah
– A SAMAD SAID (Kumpulan puisi, Di Atas Padang Sejarah)

AL-QURAN adalah kitab kesusasteraan dan karya persuratan yang selalu membangun semula ingatan silam ke atas perilaku kejam manusia Jalut, pemerintah Firaun dan penguasa Namrud.

Umat Islam disaran agar selalu membaca al-Quran setiap masa.

Jika begitu, kita pasti kerap terserempak dengan ayat-ayat yang berbicara mengenai perang dan peperangan.

Seperti novel-novel hikayat roman percintaan, di sana ada novel peperangan seperti Hikayat Muhammad Ali Hanafiah, Hikayat Hamzah, Hikayat Prang Sabi (Hikayat Perang Sabil) di Acheh, dan lain-lain. Seperti mana wujudnya filem percintaan, maka ada juga filem perang. Maka ‘sastera perang’ adalah aliran sastera dan mazhab persuratan yang terhitung penting pada zaman-zaman penggulingan hari ini.

Tapi dalam masyarakat yang lemah (kerana kerap membaca sastera roman percintaan), sastera perang sudah tidak laku lagi. Telemovie drama tidak pun menyiarkan kelam-kabut peperangan dalam masyarakat yang terbuai oleh keindahan cinta muda-mudi.

Arakian, lewat Sulalatus Salatin, Tun Sri Lanang mencatat peristiwa betapa ‘sastera perang’ dibaca kepada hulubalang sebelum dikerah ke medan jihad.

Ini terjadi pada saat Portugis mahu melancarkan perang.

“Maka Sultan Ahmad pun menghimpunkan orang, dan suruh berhadir senjata. Maka hari pun malamlah, maka segala hulubalang dan segala anak tuan-tuan semuanya bertunggu di balai rong. Maka kata segala anak tuan-tuan itu, apa kita buat bertunggu di balai rong diamdiam sahaja? Baik kita membaca hikayat perang, supaya kita beroleh faedah daripadanya.

“Maka kata Tun Muhammad Onta, benar kata tuan-tuan itu, baiklah Tun Indera Sagara pergi memohonkan Hikayat Muhammad Hanafiah, sembahkan mudahmudahan dapat patik-patik itu mengambil faedah daripadanya.

Kerana Feringgi akan melanggar esok hari. Maka Tun Indera Sagara pun masuk mengadap Sultan Ahmad. Maka segala sembah orang itu semuanya dipersembahkannya ke bawah duli Sultan Ahmad.

“Maka oleh Sultan Ahmad dianugerahi Hikayat Amir Hamzah, maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Sagara, katakan kepada segala anak tuan-tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tiada akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Amir Hamzah pun padalah maka kita beri Hikayat Hamzah.

“Maka Tun Indera Sagara pun keluarlah membawa Hikayat Hamzah, maka segala titah Sultan Ahmad itu semuanya disampaikannya pada segala anak tuan-tuan itu, maka semuanya diam, tiada menyahut. Maka kata Tun Isap pada Tun Indera Sagara, persembahkan ke bawah duli yang dipertuan, seperti Muhammad Hanafiah, patik-patik itu adalah seperti hulubalang berani. Maka oleh Tun Indera Sagara segala kata Tun Isap itu semuanya dipersembahkannya kepada Sultan Ahmad, maka baginda pun tersenyum maka titah Sultan Ahmad, benar katanya itu. Maka dianugerahi pula Hikayat Muhammad Hanafiah.” Tamat catatan Tun Sri Lanang.

Di sini, dapat kita menarik kesimpulan bahawa peranan sultan adalah pustakawan darjatnya manakala istana itu gedung pustaka, sementara hikayat perang disimpan sultan.

Adakah ini terjadi kerana semboyan perang dan seruan jihad wajib dimulakan sekalian sultan? Ini pun persoalan yang menarik dibahas pada zamanzaman penggulingan.

Syahadan, maka zaman pun beralihlah sudah. Perang-perang penaklukan pada zaman lalu berganti perang pembantaian FRU Umno ke atas rakyat. Kita berdepan dengan hikayat perang Umno membantai PAS atau pesta pembunuhan di Memali yang sesekali tempias riak-riak gelombang perbahasannya timbul di permukaan akhbar.

Namun kisah Memali dan riwayat perang pembantaian ini dinilai orang bagaikan ribut pergolakan dalam cawan dan bukannya gelombang yang berpanjangan di lautan samudera. Kita perlu bertanya diri kita sendiri, “Jika Memali itu perang kecil terpencil, kenapa hingga kini Umno masih juga menyebut-nyebut kenangan berdarah ini?”

Beberapa kali juga isu Memali ditimbulkan atas tujuan mengaitkan PAS dengan keganasan. Kemudian, ia disenyapkan semula dan bila tiba kemuncaknya, ia diulang tayang kembali. Arwah Ustaz Fadzil Noor pernah menyebut di Parlimen betapa PAS akur dengan permintaan kerajaan agar tidak lagi menyiarkan kisah di Memali.

Namun setelah PAS diamkan, Umno ghairah memfitnah kembali hubungan PAS dengan keganasan. Kita tiada jalan lain ketika berdepan dengan fitnah Umno ini. Apakah kita ingin budayakan kepengarangan ‘sastera perang’ atau kita tegakkan sebuah Memorial Syuhada di Memali? Atau kita tegakkan kedua-duanya sekali?

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Masih ada harapan lagikah untuk demokrasi di Mesir?

Oleh Badlishah Sham Baharin

Baru-baru ini dunia dikejutkan dengan berita mengenai keputusan mahkamah Mesir yang menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 orang penentang kerajaan kudeta Mesir.Ini adalah hukuman mati untuk bilangan yang paling ramai yang pernah disaksikan sejak kebelakangan ini di dunia. Malahan terdapat beberapa fakta yang pelik tentang penghukuman yang dijatuhkan oleh para hakim.

 

Misalannya, para hakim tidak memberi cukup masa kepada peguambela tertuduh untuk membentangkan kes anak guam mereka. Sedangkan tuduhan yang dikenakan kepada semua yang tertuduh ialah tuduhan yang sangat serius iaitu tuduhan membunuh seorang timbalan ketua balai polis.

Maka peguambela sudah tentu telah menyediakan dokumen yang terperinci dan menyediakan barisan saksi untuk membela yang tertuduh.

Tetapi, sesi perbicaraan mahkamah hanya bermula pada hari Sabtu dan bersambung semula pada hari Isnin iaitu hari yang diputuskan semua tertuduh dihukum mati.

Keputusan diambil selepas hanya 48 jam tanpa mendengar hujah pembelaan dari peguambela. Mohamed Tosson, seorang pemimpin Ikhwan Muslimin menyifatkan hukuman ini sebagai yang paling singkat dan paling pelik dalam sejarah penghakiman di Mesir.

Bagaimanakah 529 orang boleh diputuskan bertanggungjawab menyebabkan kematian seorang sahaja anggota polis?

Memang tidak masuk akal malahan boleh masuk pertandingan sketsa Raja Lawak di televisyen.

Ada lagi yang pelik. Di antara 529 tertuduh adalah 2 orang yang telah pun disahkan terkorban di medan Rabiatul Adawiyah. Maknanya mereka sudah mati sebelum dikenakan hukuman mati.

Empat belas berada dalam tahanan polis ketika peristiwa pertuduhan membunuh ini berlaku. Bagaimana mungkin mereka terlibat jika berada dalam tahanan polis ketika itu?

Lima sudah pun tinggal di luar negara sejak dua tahun yang lepas. Maknanya mereka tiada berada dalam negeri ketika peristiwa ini berlaku.

Tindakan mahkamah yang tergesa-gesa menjatuhkan hukuman apabila hanya bersidang dua sesi selama kurang sejam setiap sesi dan tanpa peluang pembelaan bagi semua tertuduh menjadikannya jelas bertentangan dengan prosedur penghakiman sekaligus mencabar kedaulatan undang-undang (rule of law) serta mengkhianati hak asasi manusia dan prinsip keadilan sejagat.

Ini juga mencerminkan hasrat regim kudeta Mesir untuk menghapuskan segala macam tentangan terhadap pemerintahan regim terutama dari penyokong Presiden Morsi.

Ini menandakan pengunduran kembali kepada zaman kegelapan pemerintahan diktator Mesir dahulu. Regim tentera sebenarnya ingin mengekalkan kuasa politik dan ekonomi yang mereka pegang sejak berdekad lalu. Adakah ini juga bermakna demokrasi sudah mati di Mesir?

Kalau diperhatikan dari reaksi rakyat Mesir yang masih meneruskan demonstrasi jalanan dan juga di institut pengajian tinggi walaupun diancam dengan tindakan ganas, bermakna mereka tidak boleh menerima penghukuman yang bersifat kelakar ini dan mahukan Mesir kembali kepada amalan demokrasi yang telah menyebabkan Presiden Morsi dilantik oleh rakyat.

Tindakan rakyat jelas menunjukkan bahawa mereka tidak redha dengan pencabulan hak asasi mereka iaitu kebebasan bersuara, keadilan, pembelaan dan memilih pemimpin mereka sendiri.

Kalau diperhatikan pula dari reaksi rakyat antarabangsa, didapati mereka juga mengutuk dan mengecam tindakan mahkamah yang jelas melanggar hak asasi manusia ini.

Malah, rakyat Malaysia sendiri telah membuat perhimpunan aman membantah tindakan mahkamah Mesir tersebut pada hari Jumaat yang lalu.

Oleh itu, tidak hairanlah apabila kumpulan peguam antarabangsa dan kumpulan hak asasi manusia seperti Amnesty International membantah dan mengecam keras keputusan tersebut kerana merupakan penghakiman yang sangat singkat dan sangat pelik.

Amnesty International turut melahirkan kebimbangan bahawa mahkamah di Mesir lebih cenderung untuk mendakwa penyokong Morsi dari mengambil tindakan terhadap mereka yang telah menyebabkan pembunuhan ribuan rakyat Mesir yang membantah regim kudeta.

Berdasarkan telahan ini bermakna ruh dan semangat untuk mengembalikan demokrasi di Mesir masih utuh dan segar.

Hanya masa dan izin Allah SWT jua yang akan menentukan agar kebenaran dan keadilan tertegak di bumi anbiya’ Mesir ini. -- 2 April, 2014.

* Badlishah Sham Baharin adalah YDP Pertubuhan Ikram Negeri Sembilan.

ADMIN: KAMI TELAH BERPINDAH KE WWW.WARTAUTARA.COM
Baca Seterusnya......

Ratings and Recommendations by outbrain