Headlines News :
Home » » Ops Warta: Adilkah diburu macam penjenayah?

Ops Warta: Adilkah diburu macam penjenayah?

Written By Warta Utara on Tuesday, June 24, 2014 | 7:01 PM

Oleh DR AZMAN IBRAHIM

Ops Warta, rakyat diburu habis-habisan kerana kesalahan lalu lintas. Sekatan demi sekatan jalan raya,
pintu ke pintu, rumah ke rumah. Kesian kepada rakyat bawahan di saat sedang berhadapan dengan kesempitan hidup dari segenap penjuru yang menekan. Pelaku perasuah, penyeleweng, pemakan harta rakyat apakah juga diburu sehingga ke lubang cacing seperti ini?

Saya memahami bahawa tak semua kesalahan lalu lintas bermakna kita berdosa dengan Allah. Ada banyak peraturan lalu lintas adalah persoalan teknikal. Kadang-kadang mereka melanggarnya secara tak sengaja dan tak membahayakan nyawa sesiapa pun.

Contohnya, seorang pesalah trafik berkata...

Saya langgar lampu isyarat merah pada jam 3 pagi ketika jalan sunyi sepi. Tak kan saya nak berhenti tunggu lampu hijau sedangkan laluan adalah selamat. Hantu pun tengah tidur ketika itu. Selepas langgar lampu merah, tengok-tengok di hadapan ada kereta peronda polis. Polis tu pula kononnya nak bagi syarahan agama. Katanya, “mencuri kita tak boleh buat sama ada ketika ada orang atau pun orang tak nampak.”

Ada pulak langgar lampu merah nak dikiaskan dengan mencuri. Kesudahannya kena saman. Adilkah?

Memandu lebih sikit dari had laju di kawasan sekolah ketika hari cuti sekolah. Jalan hadapan sekolah tersebut lebar dan lurus. Memang had lajunya cuma 30 km/jam dan had laju ini sangat penting untuk keselamatan anak-anak sekolah. Tapi saya melalui jalan tersebut ketika hari Jumaat, sekolah cuti dan sunyi sepi. Tak ada seorang pun pelajar sekolah yang kelihatan. Tak kan nak bawak 30 km/jam juga. Mungkin saya bawa kereta 70 atau 80 km/jam. Tidak terlalu laju sebenarnya tetapi hakikatnya saya telah melanggar had laju dan kena saman. Adilkah?

Memotong sebuah kereta yang dipandu 30 km/jam di garisan berkembar. Biasa kita berjumpa dengan kereta yang dipandu dengan sangat perlahan. Apakah memang perangkap atau bagaimana? Tempat tersebut pula garisan berkembar. Dalam hidup ini ada ketikanya kita perlu cepat. Lantas kereta kura-kura tersebut dipotong. Tiba-tiba muncul anggota polis dari dalam semak dengan bendera merah mengarahkan saya ke tepi dan kena saman lagi! Adilkah?

Terlupa pakai tali pinggan keledar. Saya tak mengancam nyawa sesiapa sekadar tak pakai tali pinggang keledar. Memang ianya salah dari segi peraturan. Tapi adilkah saya diburu macam penjenayah?

Pagi ini saya terima maklumat seorang rakan dari Pasir Puteh. Polis tahan kenderaan secara rambang di jalan sehala. Pemandunya dibawa masuk ke balai untuk pemeriksaan. Mana-mana yang ada saman akan ke lokap! Kerja apa ini?

Apa sebenarnya matlamat dari Ops Warta ini? Nak didik rakyat atau nak ‘kekoh pitih’ rakyat?


Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online