Headlines News :
Home » » 90 bubu naga disita Jabatan Perikanan

90 bubu naga disita Jabatan Perikanan

Written By Warta Utara on Wednesday, August 7, 2019 | 1:42 PM

SITIAWAN - Jabatan Perikanan menyita 90 bubu naga yang ditemui di Jeti Nelayan Pantai Remis, di sini semalam.

Ketua Pangkalan Utama Cawangan Perlindungan Sumber (CPS) Kampung Acheh, Mansor Yobe berkata, pihaknya menerima aduan daripada Fishcom Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Putrajaya mengenai aktiviti bubu naga.

Menurutnya, sejurus selepas itu seramai empat anggota dihantar ke kawasan Pantai Remis pada jam 9.30 pagi untuk menjalankan pemeriksaan.

"Setiba di lokasi, anggota menemui 90 buah bubu naga di atas tiga sampan tidak bernombor yang diikat dijeti tanpa pemilik sampan.

"Kesemua bubu naga yang berukuran enam meter itu kemudiannya disita mengikut Seksyen 49 Akta Perikanan 1985," katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Mansor berkata, nilai keseluruhan sitaan dianggarkan RM7,200 dan peralatan bubu naga yang disita disiasat mengikut Seksyen 11(3)(c) Akta Perikanan 1985.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online