Headlines News :
Home » » Nikmati mi udang di tepian pantai

Nikmati mi udang di tepian pantai

Written By Warta Utara on Wednesday, March 11, 2015 | 9:35 PM

Kota Kuala Muda, Kedah menjadi tumpuan orang ramai selepas kejadian tsunami pada 26 Disember
2004.

Kini ia kekal dalam lipatan sejarah, tetapi tetap menjadi tumpuan orang ramai yang mahu menikmati hidangan istimewa Mi Udang Laut Usup yang popular sejak 20 tahun lalu.

Lokasi menarik di tepi pantai dengan hembusan angin laut, desiran ombak dan ciri-ciri kampung memang sesuai untuk bersantai dengan hembusan angin laut serta desiran ombak mampu membuatkan peminat makanan laut sentiasa teringat mi udang itu.

Inilah kehebatan Mi Udang Laut Usup dengan keaslian dan kelazatan resipi turun-temurun sejak 40 tahun lalu daripada bapanya, Ismail Hamid yang menjadi ‘kunci’ memikat pelanggan memenuhi kedainya untuk menjamu selera.

Md Yusup Ismail atau Pak Usup, 47, menjalankan perniagaan bersama isteri, Hafizah Md Sabil, 46, di Kampung Pulau Sayak, Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.

Pada peringkat awal, pasangan suami isteri ini hanya mahu meneruskan legasi perniagaan keluarga milik bapanya, tetapi selepas proses ubah suai, ramai yang tertarik dengan perubahan itu apatah lagi menikmati hidangan sambil melihat matahari terbenam.

Katanya, keistimewaan hidangan yang ditawarkannya kerana resipi mi udang laut itu menggunakan 100 peratus udang laut segar dan air rebusan–nya dijadikan stok membuat kuah.

“Kunci resipi ini terletak kepada rasa manis kuah udang itu yang menggunakan udang laut tanpa dicampur pati lain.

“Walaupun kuah mi udang itu tidak pekat, rasa keaslian udang menjadi tarikan utama kerana ia sukar didapati di tempat lain, selain rahsia campuran rempah ratus yang dipelajari sejak turun-temurun.

“Kebanyakan pelanggan gemar rasa keaslian udang pada kuah kerana tekstur isi udang laut ini dan rasanya lebih manis. Memang berbeza berbanding udang kolam,” kata–nya.

Menurutnya, udang laut ini walaupun harga lebih tinggi, tetapi pelanggan tidak kisah asalkan dapat menikmati kesegarannya.

“Udang laut segar mempunyai tekstur isi lebih berotot, padat selain kulit lebih tebal dan kurang lemak,” katanya.

Md Yusup membuka kedainya dari jam 10 pagi hingga 12 tengah malam setiap hari.

Harga untuk semangkuk mi udang laut dari RM8 hingga ke RM12 dan pelanggan boleh membuat pesanan mi udang laut istimewa dengan hidangan udang yang lebih.

“Kami juga mempunyai menu nasi goreng udang, mi dan kuetiau goreng udang atau pelanggan boleh memesan hidangan udang goreng saja,” katanya.

Setiap hari dia akan mencari bekalan udang laut segar dari Kuala Perlis hingga Pantai Remis kerana permintaan pelanggan semakin meningkat terutama cuti perayaan dan cuti sekolah.

“Saya bercadang membuka cawangan di Alor Setar bagi membolehkan lebih ramai pelanggan dapat menikmati hidangan ini,” katanya.

Sementara itu, pesara Abu Hassan Mahmud, 63, berkata dia bersama isterinya Nurhakimah Md Ali, 46, tiga kali datang ke kedai itu untuk menikmati mi udang laut.

“Pertama kali menikmatinya, memang sedap apatah lagi dengan dekorasi kedai yang mengimbau suasana perkampungan,” katanya.

Pelanggan dari Pulau Pinang, Siti Nazira Abu, 28, me–ngakui dia sanggup datang dari jauh semata-mata mahu menikmati hidangan enak itu.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online