Headlines News :
Home » » Masa untuk nilai semula Malaysia, ubah pemikiran

Masa untuk nilai semula Malaysia, ubah pemikiran

Written By Warta Utara on Tuesday, October 27, 2015 | 10:51 PM

Malaysia perlu mengenal pasti faktor yang membuatkannya ketinggalan di belakang dan menentukan sama ada ia satu realiti atau sekadar persepsi orang ramai, kata bekas menteri Tan Sri Rafidah Aziz hari ini.
Bekas ketua Wanita Umno yang lantang menyuarakan pandangannya itu berkata, negara perlu menilai semula bidang yang perlu dilakukan perubahan, sambil menambah transformasi tidak boleh berlaku dalam bilik persidangan, seminar atau makmal.

"Anda mesti mempunyai negara maju dipadankan dengan masyarakat yang boleh berfikir ke depan, yang tidak ketinggalan daripada segi apa yang dijangkakan sebuah negara maju," katanya kepada pemberita selepas berucap pada satu persidangan anjuran Institut Akauntan Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.


Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri itu berkata, yang pertama perlu diubah ialah pemikiran, dan Malaysia harus berhenti mempolitikkan isu penting. "Pemikiran mengubah segalanya.
"Kita mempolitikkan pendidikan sehingga merugikan generasi masa depan kita, kita mempolitikkan isu berdasarkan jurang perkauman.

"Kita mempolitikkan isu berdasarkan kepada siapa kita bercakap, ini sangat memecahbelahkan, kita mempolitikkan isu, ini sangat tidak baik untuk rakyat dan negara ini," katanya.

Rafidah mutakhir ini lantang di media sosial mengenai isu semasa yang menjejaskan Malaysia, termasuk kemelut politik negara dan kurangnya keyakinan rakyat terhadap kerajaan.

Beliau menggesa pemimpin negara menyediakan jawapan yang jelas kepada tuduhan salah laku melibatkan kerajaan, dan pada Ahad berkata, Malaysia yang satu masa dulu pernah menikmati pertumbuhan ekonomi pesat, perlu menjenamakan dirinya semula.

Rafidah hari ini berkata, sistem persekolahan juga mesti dirombak supaya pelajar dididik dengan nilai yang betul seperti integriti dan kejujuran.

Ditanya sama ada Bajet 2016 menepati sasaran menjadi negara berpendapatan tinggi, Rafidah berkata, tidak perlu terlalu teruja mengenainya, memandangkan ia hanya satu perancangan kewangan untuk setahun.
Sebaliknya, katanya, perhatian perlu lebih diberi kepada strategi jangka panjang untuk bergerak menuju 2020

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online