Headlines News :
Home » » IDR jadi perhatian antarabangsa – MB

IDR jadi perhatian antarabangsa – MB

Written By Warta Utara on Wednesday, December 31, 2014 | 8:19 PM

IPOH 31 Jan. - Institut Darul Ridzuan (IDR) yang berperanan sebagai pemikir mengenai haluan dan polisi membangunkan negeri menjadi perhatian antarabangsa apabila dikunjungi 54 pelajar dari Universiti Harvard baru-baru ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, pelajar berkenaan yang datangnya dari seluruh dunia tertarik dengan peranan IDR membantu melaksanakan program untuk memajukan negeri ini.

Beliau berkata, ini membuktikan IDR yang diasaskan oleh kerajaan negeri berjaya membawa negeri ini berada pada landasan untuk mencapai kemajuan dalam erti kata yang sebenarnya.

“Pelajar dari universiti bertaraf dunia seperti Universiti of Cambridge juga akan mengadakan kunjungan ke IDR.

“Saya berharap IDR akan terus bergerak dan berperanan lebih aktif membantu negeri ini mencapai kemajuan berasaskan matlamat Perak Amanjaya,” katanya ketika mengadakan lawatan ke IDR di sini kelmarin.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif IDR, Dr. Mazalan Kamis.

Menurut Zambry, program anjuran IDR juga berjaya menjadikan negeri ini sebagai pusat seminar dan persidangan antarabangsa seperti Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor (PIDD) yang diadakan pada Oktober lalu.

Beliau berkata, PIDD telah mendapat pengiktirafan daripada peserta seminar yang terdiri daripada pemikir terulung antarabangsa.

Untuk itu, kata beliau, PIDD akan menjadi jenama unggul dialog antarabangsa bagi membincangkan isu-isu pembangunan.

“PIDD juga mendapat pengiktirafan daripada Program Pemba­ngunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP),” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online