Headlines News :
Home » » Anak Kuale bantu Islam Kemboja

Anak Kuale bantu Islam Kemboja

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 5:15 PM

KUALA KANGSAR - Persatuan Kebajikan Anak-anak Kuala Kangsar (Yayasan Anak Kuale),

Pengerusinya, Datuk Ramli Zahari berkata, pada 1 Jun nanti, kira-kira 40 orang dari yayasan tersebut akan ke Kemboja untuk memberi bantuan kepada penduduk Islam di Kampung Cham dan Kampung Ro.

Menurutnya, mereka memilih Kemboja kerana Kolej Universiti Islam Sultan Azlan Shah (Kuisas) pernah mengambil anak angkat kelahiran negara itu, dua tahun lalu.

“Di samping menyampaikan bantuan kepada penduduk yang hampir mencecah 2,000 orang, kita juga akan melakukan lawatan dan berkongsi ilmu bersama Jabatan Mufti Kemboja.

“Dalam masa sama kita juga akan adakan pelbagai program dan kenduri untuk penduduk kampung bertujuan  mengeratkan hubungan silaturahim antara mereka,” katanya selepas melancarkan kempen, di sini.

Dalam menjayakan misi kemanusiaan tersebut, jualan wakaf ada disediakan di luar dewan dan semua hasil jualan tersebut akan dibawa ke Kemboja untuk didermakan kepada penduduk Islam di sana.

Tambah Ramli, penduduk tempatan yang mahu menyalurkan sumbangan kepada orang Islam di Kemboja boleh terus berhubung dengan pejabat Yayasan Anak Kuale untuk mendapatkan maklumat lanjut.

“Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk barang, namun kita tidak terima barang terpakai kerana mahu menjimatkan masa dan kos. Jika terima barang terpakai, kita terpaksa membasuhnya terlebih dahulu.

“Tarikh tutup sumbangan wakaf ini adalah pada 23 Mei. Selepas tarikh itu, kita akan bungkus semua barang untuk dibawa ke Kemboja,” katanya.
prihatin melancarkan misi kemanusiaan ke Kemboja bagi membantu penduduk Islam yang hidup susah di sana.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online