Headlines News :
Home » » Ayu Raudhah masih memikirkan nama yang sesuai untuk anak

Ayu Raudhah masih memikirkan nama yang sesuai untuk anak

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 4:57 PM

KUALA LUMPUR- Pelakon, Ayu Raudhah Che Wan, 30, memberitahu dia hanya akan
mengumumkan nama anak keduanya kepada umum selepas tujuh hari bayi lelaki itu dilahirkan.
Menurut Ayu, dia dan suami, Zaquan Adha, 27, masih memikirkan nama yang sesuai untuk diberikan kepada bayi yang dilahirkan di Hospital Columbia Asia, Johor Bahru pada Jumaat lalu.
"Kami juga akan meletakkan nama pangkalnya dengan Muhammad Aisy. Cuma nama yang ketiga masih difikirkan.
"Kalau nama yang diberikan itu sudah cukup baik dan bagus maknanya, kami akan kongsi kepada semua," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Tambah Ayu, dia sangat bersyukur kerana suaminya membantu untuk menjaga masa pantangnya buat masa ini.
"Sekarang saya di Johor, jadi pada waktu pagi suami akan pergi latihan. Selepas itu, dia akan balik menjaga saya.
"Pembantu rumah saya juga banyak membantu semasa ketiadaan suami. Ibu saya akan datang pada hari Rabu depan, manakala keluarga mentua akan datang minggu hadapan," katanya.
Pasangan ini bernikah pada 2011 dan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Aisy Qaiser yang kini sudah berusia setahun
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online