Headlines News :
Home » » Proton merosot: Jangan salahkan pembeli

Proton merosot: Jangan salahkan pembeli

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 4:52 PM

Oleh HAMBALI AKRAM

Mengikut laporan yang disiarkan oleh Bernama, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, eksport kereta Proton terus merosot berbanding tahun-tahun sebelumnya. Juga, Pengerusi Eksekutif Proton, Tan Sri Mohd Khamil Jamil membuat kenyataan bahawa penjualan dalam negara turut mengalami kemerosotan.

Cerita jualan Proton yang terus menguncup ini bukanlah sesuatu yang baharu malah telah berlaku sejak beberapa tahun yang lalu.

Sesuatu yang menarik perhatian saya kenyataan Tan Sri Mohd Khail bahwa faktor kemerosotan ini ialah persepsi orang ramai terhadap Proton.

Suka saya nyatakan bahawa, memang benar dalam dunia persaingan, persepsi akan membentuk jatuh bangun sesuatu produk atau syarikat. Dalam hal ini, proton tidak patut meletakkan salah satu faktor kejatuhannya kepada pembeli/pengguna.

Proton patut melihat ke dalam diri sendiri memperbaiki segala kelemahan dan kesilapan. Sejak

Dari satu sudut, saya bersetuju dengan dasar perlindungan oleh kerajaan, namun sepatutnya dalam tempoh tersebut segala kelemahan telah diperbaiki.

Saya sendiri pernah memiliki beberapa produk Proton pada tahun 90-an hingga awal tahun 2000. Model-model tersebut tidak banyak berubah dari segi kualitinya. Pada sekitar 2007 saya mencuba produk lain pula dan ternyata mutunya jauh berbeza padahal usia syarikat tersebut tidak jauh bezanya dengan Proton.

Malah rakan-rakan dan saudara mara yang membeli Proton pada hari ini masih mengadu bahawa masalah mutu Proton sejak dahulu masih tidak banyak berubah berbanding produk dan jenama lain – itulah yang membentuk persepsi.

Sebagai pembeli, rakyat ada hak untuk memilih dan jangan salahkan mereka jika tidak lagi membeli Proton.

Namun, sebagai rakyat Malaysia tentunya saya tidak mahu Proton berkubur. Saya mahu Proton setanding dengan jenama lain suatu hari nanti dan saya mahu berbangga dengannya. Namun, sampai bila kita mahu menanggung biawak hidup!
ditubuhkan pada tahun 1985, adakah Proton meningkatkan mutu produknya? Saya tidak tahu jawapannya – tetapi setiap pembeli dan yang pernah merasai memandu kereta jenama lain pasti tahu.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Offline - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online