Headlines News :
Home » » Kenapa harga barang tak turun?

Kenapa harga barang tak turun?

Written By Warta Utara on Monday, January 19, 2015 | 3:54 PM

Oleh Timmy Say 


Setahun berlalu, ramai yang bekerja kini sedang menyediakan laporan tahunan mengenai prestasi diri untuk penilaian majikan bagi menentukan kadar kenaikan gaji dan juga bonus. Semua yang bekerja mengharapkan kenaikan gaji dan bonus setiap tahun.

Jadi, kita tidak perlu hairan apabila para peniaga makanan mahupun pengusaha sendiri mengambil keputusan menaikkan harga jualan mereka. Adalah satu perkara normal untuk mereka melakukannya kerana itulah naluri manusia untuk mendapatkan pendapatan lebih.

Ramai berkata harga barangan perlu menurun sejajar dengan trend kejatuhan harga minyak. Tapi jika semua pihak inginkan penambahan pendapatan, ini bermakna kos perniagaan pada puratanya akan meningkat. Oleh itu, siapa pula yang sanggup turunkan harga hanya kerana harga minyak menurun?

Lihatlah pada tambang bas, bas sekolah, pengusaha pengangkutan swasta mahupun pengangkutan awam – ada siapa yang berdiri keluar untuk menyatakan mereka akan menurunkan harga servis mereka sejajar dengan penurunan harga minyak?

Tiada!

Baru susah payah mendapat kenaikan pendapatan (daripada kenaikan harga servis), takkan pula nak menghukum diri dengan menurunkan harga barangan dan servis sendiri.

Kita yang bekerja dengan majikan pun tidak pernah terfikir mahu meminta mengurangkan gaji hanya kerana kini kita tidak perlu lagi membayar duit petrol yang mahal.

Jadi, bagaimana ada sesetengah daripada kita boleh terfikir para peniaga akan menurukan pendapatan mereka.

Ini semua salah kerajaan

Sebagai kerajaan, ia perlu memahami setiap keputusan yang dilakukannya akan membawa impak.
Oleh itu, sejak awal-awal lagi ramai menyuruh kerajaan untuk tidak menaikkan harga minyak sewenang-wenangnya kerana ia membuka peluang kepada kenaikan harga barangan dan servis secara keseluruhannya.

Apabila harga barangan dan servis dah naik, ia agak mustahil untuk diturunkan semula walau apa sebabpun kerana ia berkait rapat dengan gaji dan pendapatan orang-orang tertentu.

Penurunan harga minyak ini membuka satu dimensi masalah yang baru kepada rakyat marhaen.
Katakanlah harga minyak pulih ke tahap AS$70 setong, dan kerajaan terpaksa menaikkan harga minyak kembali ke tahap RM2.30 seliter kerana sistem subsidi sudah dihapuskan, bagaimanakan kerajaan boleh menghalang para peniaga daripada mengambil kesempatan untuk sekali lagi menaikkan harga barangan dan servis mereka, yang sudah dinaikkan sebelum ini sebelum harga minyak diturunkan ke RM1.91?

Inilah nasib malang yang sedang menanti rakyat di 2015… dengan satu kerajaan yang sedang menunggu di tepi untuk menghisap 6% daripada setiap transaksi pembelian barangan dan servis bermula April ini.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online