Headlines News :
Home » » Menteri tandus idea turun harga barang

Menteri tandus idea turun harga barang

Written By Warta Utara on Wednesday, February 4, 2015 | 10:28 PM


KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan menteri-menteri di Malaysia ketandusan idea untuk mencari kaedah bagaimana mahu menurunkan harga barang pada saat harga minyak menjunam turun ketika ini.

Ketuanya Suhaizan Kayat berkata, kegagalan kerajaan mengeluarkan idea dan tindakan drastik bakal menatijahkan kesan kenaikan harga barangan pada masa hadapan dalam keadaan harga minyak kembali naik.

Malah katanya, cadangan menteri agar para pembeli memboikot peniaga Cina bukan idea daripada seorang intelek yang bergelar menteri seperti yang diharapkan.

"Bagi saya, cadangan sebegitu hanya setaraf Perkasa sahaja, bukan dari intelek bergelar menteri," katanya kepada Harakahdaily.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Malaysia Nasaie Ismail pula mengingatkan menteri-menteri kabinet agar tidak melakonkan aksi-aksi dan kenyataan yang mengelirukan rakyat Malaysia seolah-olah mereka tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk bertindak.

Katanya, sangat aneh bagi seorang menteri seperti Datuk Ismail Sabri Yaakub yang pernah menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan Dan Koperasi (KPDNKK) dan juga Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang sama-sama duduk dalam kabinet meletakkan bebanan ini kepada pengguna dan peniaga semata-mata.

Katanya, sebelum pihak kerajaan meletakkan bebanan kepada pengguna dan peniaga semata-mata, Pemuda menyeru kerajaan bertindak segera dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka dengan menurunkan segera harga barangan kawalan, meningkatkan jumlah pegawai pemantau harga, memantau harga tambang pengangkutan awam agar selaras dengan penurunan petrol dan diesel dan meningkatkan kempen kesedaran hak-hak pengguna seumpama kempen GST.

"Jika kerajaan boleh berbelanja besar untuk kempen perlaksanaan GST, kenapa hal yang sama tidak dilakukan untuk kempen kesedaran hak-hak pengguna.

"Tidak cukup dengan mewujudkan Siswa Pengguna dan Kelab Pengguna di sekolah-sekolah, tetapi kempen kesedaran hak-hak pengguna juga mesti dilakukan menggunakan media dan juga pemaparan papan-papan iklan di tepi jalan raya sebagaimana kempen GST dijalankan," katanya kepada Harakahdaily.

Terdahulu, Datuk Ismail Sabri menggesa pengguna memboikot peniaga Cina yang tidak menurunkan harga barang.

Kenyataan beliau turut mendapat respon negatif daripada MCA, DAP dan beberapa pemimpin pembangkang
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online