Perintah reman terhadap ke­semua suspek termasuk dua wanita itu dikeluarkan oleh Majistret Rahimah Rahim mulai hari ini.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 30 hingga 50 tahun itu tiba di pekarangan mahkamah de­ngan menaiki sebuah bas SPRM kira-kira pukul 11 pagi.
Sebaik sahaja menyedari kehadiran petugas media, kesemua mereka bertindak menutup muka bagi mengelakkan wajah dirakam jurugambar dan jurukamera.

Kesemua individu terbabit kemudiannya beredar menaiki bas sama kira-kira sejam kemudian.
Lima penjawat awam termasuk seorang wanita itu direman mengikut seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009 kerana meminta atau menerima rasuah.

Sembilan orang awam pula direman mengikut Seksyen 17 (b) akta sama kerana memberi suapan.

Sementara itu, sumber memberitahu, kesemua suspek ditahan oleh Bahagian Siasatan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya selepas menerima aduan mengenai gaya hidup mewah selain isu membabitkan kontrak dan pembelian barang tersebut.