Headlines News :
Home » » Awasi penularan wabak denggi

Awasi penularan wabak denggi

Written By Warta Utara on Monday, March 2, 2015 | 10:44 PM

IPOH - Dua kematian terbaharu telah dicatatkan pada Februari lalu akibat denggi daripada 2,305 kes
yang dilaporkan di seluruh negeri pada tahun ini.

Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr Nordiyanah Hassan berkata, daripada jumlah kes yang direkodkan ia meningkat 138 peratus berbanding tempoh sama pada tahun lalu.

Menurutnya, di Daerah Kinta sehingga minggu lalu terdapat 387 kes manakala 1,430 kes di bawah seliaan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang mana kedua-dua kematian di kawasan Gunung Rapat.
“Perubahan cuaca sangat berisiko untuk denggi. Sebelum ini hujan berpanjangan disusuli dengan cuaca panas, tempat pembiakan masih ada, apabila kawasan itu hujan tidak mustahil telur-telur tersebut akan menetas.

“Orang ramai diminta untuk memastikan kawasan rumah dan tempat awam bersih bagi mengelakkan daripada nyamuk Aedes membiak.

"Nyamuk bukan sahaja berada di kawasan rumah tetapi boleh terbang sehingga 200 meter ke tempat lain,” katanya selepas merasmikan sambutan Hari Kanser Sedunia 2015 peringkat negeri di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, kelmarin.

Beliau berkata, sebenarnya mudah untuk mengelakkan daripada pembiakan nyamuk Aedes dengan menghapuskan tempat pembiakannya.

“Manusia yang menyediakan tempat pembiakan untuk nyamuk bukan terdapat secara semula jadi,” katanya.

Katanya, pihaknya akan terus memastikan masyarakat benar-benar memahami bahayanya Denggi pada masa sama mengurangkan penggunaan plastik dan polisterin yang turut menjadi salah satu tempat pembiakan nyamuk.

Dalam perkembangan lain, lebih 1,000 orang telah menyertai program berjalan 10,000 langkah di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz selain melihat pameran mengenai kanser, pemeriksaan kesihatan, senamrobik dan lain-lain aktiviti yang disediakan.

Nordiyanah berkata, program tersebut adalah acara tahunan yang dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat betapa pentingnya melakukan pemeriksaan kesihatan dan menjalani saringan bagi mengetahui tahap kesihatan masing-masing.

“Melalui pameran tersebut, mereka boleh mendapatkan maklumat mengenai cara hidup sihat, pengambilan makanan seimbang, melakukan senaman, membuat pemeriksaan awal dan lain-lain,” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online