Headlines News :
Home » » Damai: Israel sedia tukar wilayah dengan Palestin

Damai: Israel sedia tukar wilayah dengan Palestin

Written By Warta Utara on Friday, March 6, 2015 | 4:19 PM

AKHBAR Yediot Ahronot Israel mendedahkan niat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk
mengakui Palestin menurut sempadan tahun 1967 dengan satu syarat.

Dalam dokumen yang diungkap oleh akhbar Yediot Ahronot menyatakan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu sedang menyiapkan sebuah wilayah untuk ditukarkan dengan wilayah Palestin yang telah dirampas oleh kerajaan Zionis Israel.

Memetik laporan Eramuslim.com, dokumen tersebut mendedahkan bahawa Netanyahu bersiap untuk melakukan penarikan Israel ke wilayah sempadan tahun 1967 melalui pertukaran tanah dengan kerajaan Palestin.

Penganalisis politik Israel, Nahum Barnea menjelaskan bahawa fail itu telah diajukan oleh utusan PM Benjamin Netanyahu kepada Presiden Mahmoud Abbas pada Ogos 2013 lalu.

Perlu diketahui hingga awal tahun 2015 lalu pemerintah Zionis Israel menyatakan akan terus membangunkan ribuan penempatan baru Yahudi di wilayah Tebing Barat Palestin.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online