Ketua Polis Daerah SPU Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, hasil pemeriksaan ke atas lelaki berusia 33 tahun itu polis menemukan dua paket plastik lutsinar dan satu keratan straw dadah dipercayai heroin seberat 22.3 gram dalam genggaman tangan kanannya.
Tambahnya, polis turut menemukan satu lagi plastik lutsinar berisi dadah dipercayai syabu seberat 0.5 gram daripada lelaki yang positif dadah jenis morfin itu.

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM430 dan dipercayai untuk diedarkan di sekitar kawasan Sungai Puyu dan Mak Mandin.

"Lelaki itu juga disahkan memiliki beberapa rerkod dadah dan dia kini direman selama tujuh hari untyuk siasatan lanjut," katanya.

Jelas Noorzainy, kes itu disiasat di bawah Seksyen 39 B, Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.