Headlines News :
Home » » Ameerah perlu sedarkan remaja wanita kepentingan politik Islam

Ameerah perlu sedarkan remaja wanita kepentingan politik Islam

Written By Warta Utara on Wednesday, May 7, 2014 | 8:44 PM

Oleh JOHARI JAAFAR 

LENGGONG: Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria menegaskan Ameerah perlu menggerakkan
usaha untuk mendekati golongan muda muslimat supaya mereka ini mendapat ilmu bermanfaat yang berkaitan dengan urusan untuk menentukan cara hidup sebagai umat Islam dan memahami tuntutan Islam.

Dalam masa yang sama juga mereka perlu prihatin mengenai politik dan bijak membuat pilihan setelah maklumat dan pendidikan diberikan kepada mereka sebagai bekalan.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap di Majlis Pelancaran Ameerah Kawasan Lenggong pada 22 April lalu di sini.

Menurut beliau Ameerah perlu menjadi menjadi mata rantai kepada perkembangan dan kesedaran masyarakat mengenai pentingnya kuasa politik diserahkan kepada golongan yang bertanggungjawab menguruskan pentadbiran negara ini .

Beliau turut melahirkan kebimbangan berkaitan masyarakat Melayu Islam yang tidak tahu membaca al- Quran dan tidak memahami maksud al-Quran.

Beliau turut membidas pihak kerajaan yang seakanakan hanya mementingkan pembangunan dan ekonomi sahaja, sedangkan pembangunan kerohanian dikesampingkan.

Beliau berharap Ameerah dapat terus diperkasakan dalam gerakan aktiviti masyarakat di semua peringkat supaya kefahaman agama dan kesedaran politik itu nanti dapat memecahkan tembok pemikiran golongan muda remaja yang selama ini terkongkong disebabkan berlakunya pengasingan kuasa politik dan agama yang dilakukan oleh pihak pemerintah.

Di majlis itu juga dilangsungkan Program Pencarian Mutiara Hujjah anjuran Ameerah Zon Timur, yang melibatkan kawasan Padang Rengas, Kuala Kangsar, Sungai Siput, Gerik dan Lenggong berlangsung dalam pertandingan mencari bakat pemidato dan mencari ikon muslimah remaja yang beperwatakan islam dan menjadi inspirasi kepada remaja-remaja perempuan.

Sementara itu ketua Ameerah Perak, Najmin Amran dalam ucapannya menegaskan Ameerah akan mengambil pendekatan yang lebih berkesan untuk mendekati golongan anak muda khususnya muslimat, untuk diberikan pendedahan mengenai kepentingan politik.

Ini kerana dalam satu kajian dibuat menunjukkan bahawa golongan anak muda berbangsa Melayu pada ketika ini, kurang berminat atau keliru untuk mengikuti suasana perkembangan politik tanahair.
Menurut beliau lagi antara matlamat gerakan Ameerah ialah memberi pendidikan politik kepada golongan anak muda yang merupakan pelapis dan juga bakal menjadi pemimpin masa depan negara, di samping meniup dan menghidupkan semangat patriotisme dalam jiwa anak bangsa.

Dalam masa yang sama juga katanya, Ameerah perlu menggerakkan usaha dakwah dalam masyarakat untuk mengenali dan memahami keindahan agama Islam di samping memperkenalkan dasar dan asas sebuah negara Islam.










Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online