Headlines News :
Home » » Akta Perhimpunan Aman 2012 tak relevan

Akta Perhimpunan Aman 2012 tak relevan

Written By Warta Utara on Wednesday, May 7, 2014 | 8:50 PM

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan bersejarah, apabila memutuskan
Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai tidak munasabah, tidak berperlembagaan dan perlu ditolak.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Mah Weng Kwai berkata, Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman 2012 yang menjadikan kegagalan penganjur memberi notis 10 hari sebagai satu kesalahan, adalah tidak munasabah kerana ia terjumlah kepada larangan efektif terhadap perhimpunan segera dan spontan.

Menurut beliau, hak untuk meng anjur perhimpunan aman hanya boleh dihad secara munasabah dan bukan dilarang sebagaimana yang ditakrif dalam Perkara 10(2)(b) Perlembagaan Persekutuan.

“Saya berpendapat tidak ada pertalian yang munasabah antara keperluan penganjur memberi notis 10 hari untuk menganjurkan perhimpunan aman dengan keperluan memberi notis 10 hari bagi tujuan memastikan keselamatan dan ketenteraman awam, seperti dikehendaki akta berkenaan,” katanya.

Dalam penghakiman setebal 29 muka surat, Mah berkata, keperluan untuk memberi notis 10 hari jauh melebihi kesulitan relative disebabkan perhimpunan dan oleh itu perlu dianggap sebagai tidak seimbang.

Sementara itu, hakim Dato’ Mohd Ariff Mohd Yusof berkata, Seksyen 9(5) adalah tidak berperlembagaan kerana sebarang ketidakpatuhan di pihak penganjur tidak sepatutnya dikenakan penalti jenayah.

Dalam penghakiman setebal 26 muka surat, beliau berkata, peruntukan akta berkenaan tidak mengakibatkan sesuatu perhimpunan itu haram tanpa memberi notis 10 hari atau diadakan dengan notis yang lebih singkat.

“Oleh itu, apa yang pada asasnya halal tidak boleh dianggap tindakan yang menyalahi undangundang di pihak penganjur hanya disebabkan suatu kegagalan pentadbiran atau peninggalan,” katanya.





Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online