Headlines News :
Home » » Apa nasib sungai kita?

Apa nasib sungai kita?

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 5:08 PM

WALAUPUN menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara dek kerana bangunan warisan serta

Langkah kerajaan negeri mengindahkan lokasi tumpuan pelancong terutama di kawasan pesisir pantai dengan membangunkan hotel-hotel terkemuka, kondominium pencakar langit serta ruang gerai makanan menjadi bonus kepada Pulau Pinang.

Dikenali juga sebagai Pulau Mutiara, ia menjadi pusat tumpuan pelancong bertaraf dunia yang berstatus Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco), namun sayangnya masih dibelenggu imej kotor sama ada di persekitaran bandarnya mahupun tabiat segelintir penduduknya yang dilihat boleh menjejaskan masa depan sektor pelancongan di negeri ini.

Tinjauan Sinar Harian di dua kawasan di Jelutong mendapati, salah sebuah sungai yang pernah disenaraikan sebagai sungai paling kotor di negara iaitu Sungai Pinang masih kotor dengan sampah sarap dan airnya yang berwarna hitam.


Perlu kesedaran semua pihak

Sungai Pinang yang sinonim dengan Pulau Pinang didapati masih kotor walaupun banyak program pemulihan sungai itu dilakukan.

Sungai sepanjang 3.6 kilometer itu tetap kotor apabila masih banyak sampah sarap yang terapung di permukaan sungai, selain kualiti air yang begitu teruk tercemar.

Air sungai berkenaan yang mengalir masuk ke longkang berhampiran juga menyebabkan longkang dan saliran di kawasan tengah bandar itu kebanyakannya berbau busuk, menyengat hidung.


Masyarakat tidak serius

Lebih menyedihkan, di sekitar sungai itu juga terdapat gerai-gerai makanan yang menjual pelbagai jenis makanan kepada penduduk.

Adun Sungai Pinang, Lim Siew Khim berkata, pihaknya kerap melakukan kerja pembersihan bersama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan penduduk, namun ia hanya bertahan untuk sementara sahaja.

Menurutnya, sikap segelintir penduduk yang suka membuang sampah ke dalam sungai dan longkang adalah faktor utama sungai itu tidak dapat dibersihkan sepenuhnya.

“Saya akui, banyak program yang kita anjurkan untuk membersihkan sungai berkenaan, namun ia hanya untuk sementara. Ini kerana, sikap segelintir penduduk yang tiada kesedaran sivik, suka membuang sampah ke dalam sungai mahupun longkang.

“Bagi saya tanggungjawab untuk memelihara sungai tanggungjawab bersama,” katanya.

Menurutnya, sekurang-kurangnya dua kali sebulan pihaknya mengadakan gotong-royong serta lawatan ke atas sungai itu namun keadaannya tetap sama.
tempat peranginannya, namun imej Pulau Pinang sedikit tercalar apabila masih ada sungai dan paya yang tercemar.
“Sebelum ini, kerajaan negeri menganjurkan sebuah program berkaitan kesedaran alam sekitar dan pengurusan sungai. Majlis Pelancaran Sungai Pinang River Care Programme dianjurkan.

“Program itu dianjurkan dengan kerjasama dan sokongan HSBC Bank Malaysia Berhad dan Global Environment Centre (GEC) dengan JPS serta lain-lain agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antaranya Majlis
Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Universiti Sains Malaysia (USM), Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perpaduan Negara,” katanya.

Sementara itu, penduduk, Mohd Ali Mustafa, 55 berkata, dia kesal dengan segelintir penduduk di kawasan itu yang kerap membuang sampah ke dalam sungai itu seolah-olah tiada tong sampah yang disediakan.

Menurutnya, ada segelintir penduduk bersikap ‘tidak boleh ditegur’ menyebabkan sungai berkenaan dipenuhi sampah dan bahan-bahan terbuang.

“Mereka ini pentingkan diri sendiri, buang sampah tanpa rasa bersalah. Air sungai ini akan mengeluarkan bau busuk ketika hujan lebat dan ini membuatkan penduduk sekitar tidak selesa.

“Apabila kita tegur, mereka seolah-olah tidak dengar dan ada kalanya memarahi kita semula. Sikap ini yang susah kita nak didik. Sepatutnya, orang dewasa perlu menunjukkan teladan yang baik kepada golongan muda,” katanya.


Kampung Kota Giam dihantui biawak, ular

Dalam perkembangan lain, sebuah perkampungan di atas kawasan paya tanpa sistem pembuangan sampah yang sempurna, Kampung Kota Giam sering dihantui  pengunjung tidak diundang iaitu biawak dan ular.

Penduduk, Khairil Anuar Kamaruddin, 32, berkata, kawasan perkampungan di Jalan Kota Giam, Jelutong itu dihuni 40 keluarga daripada kalangan berpendapatan rendah.

“Penduduk di sini terpaksa berdepan dengan reptilia iaitu ular dan biawak yang sering kali masuk ke rumah. Kawasan paya ini kotor, kerana sistem pembuangan sampah dan saluran air tidak sempurna.

“Kawasan ini turut menjadi tempat pembiakan nyamuk dan tikus. Jika hujan, air di sini akan penuh kerana paya ini menghubungkan beberapa parit besar antaranya parit Jalan Kurau dan Jalan Tunku. Ia akan menghasilkan bau yang kurang menyenangkan,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini, perkampungan itu adalah kawasan perkampungan nelayan dan pernah menjadi tempat persinggahan kapal serta tongkang pedagang sebelum bertukar menjadi paya cetek lebih 40 tahun lepas.

“Status tanah di sini adalah tanah TOL (lesen pendudukan sementara), kami bayar cukai pintu setiap enam bulan sekali. Namun, saya ada dengar, tempat ini akan dibangunkan semula namun belum pasti sama ada ia benar atau tidak.

“Bagi memastikan kawasan ini tidak dipenuhi sampah yang melampau, penduduk di sini bergotong-royong membuang sampah sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Itu saja yang mampu penduduk di sini lakukan,” katanya.
Sementara itu, Presiden Persatuan Kebajikan Insan Mulia, Aminah Abdullah berkata, penempatan seumpama ‘kampung air’ itu mempunyai nilai sejarah tersendiri dan berpotensi dibangunkan menjadi kampung warisan.


RFP untuk pembangunan semula Kampung Kota Giam

Berhubung isu itu, Siew Khim berkata, perkampungan itu masih dalam perancangan dan menunggu proses Request For Proposal (RFP) untuk melaksanakan pembangunan semula.

Menurutnya, perkara itu sudah dibangkitkan di sidang Dun dan ia masih di peringkat RFP.

“Dalam jawapan di sidang Dun, kerajaan negeri masih di peringkat RFP untuk pembangunan semula perkampungan itu.

“Oleh itu, kita akan tunggu tindakan seterusnya kerajaan negeri terhadap pembangunan semula perkampungan itu,” katanya.


Sikap tidak mementingkan kebersihan perlu diselar

Exco Kebajikan Masyarakat, Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh berkata, penduduk yang tidak mengendahkan kebersihan alam sekitar seharusnya diselar.

Katanya, walaupun ada papan tanda larangan membuang sampah terpampang besar di kebanyakan tempat, tetapi masih terdapat segelintir penduduk negeri ini yang tidak mengendahkan larangan itu.

“Pulau Pinang merupakan tempat sejarahnya yang melangkaui abad dapat dilihat menerusi tinggalan seperti Kota Cornwallis, Masjid Melayu Lebuh Acheh, Kuil Sri Maha Mariamman, Masjid Kapitan Keling dan Kongsi Khoo, yang boleh dihayati berpandukan Jejak Warisan Pulau Pinang mendapat pengiktirafan sebagai Tapak Warisan Dunia pada 7 Julai 2008,” katanya.

Boon Poh berkata, dalam hal ini, kerajaan negeri tidak boleh dipersalahkan berikutan ia berpunca daripada sikap acuh tak acuh sesetengah pihak yang membuang sampah di merata-rata tempat.

Menurutnya, kerajaan negeri telah mengambil beberapa inisiatif bagi memulihara alam sekitar.

“Antaranya ialah dengan mengedar beg membeli-belah percuma yang diperbuat dari kain rentang terpakai. Kerajaan negeri juga memperkenalkan satu bekas sampah dikitar semula setiap 100 langkah atau ‘100 Steps for Cleanliness’,” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online