Headlines News :
Home » » Teroka negeri jelapang padi

Teroka negeri jelapang padi

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 5:10 PM

Seramai 400 ahli kelab motosikal berkuasa tinggi, Honda Goldwing termasuk dari negara jiran akan diberi peluang meneroka perjalanan jelapang padi, membeli ikan kering dan merasai gulai daging umbut pisang sempena Wingers Camaraderie Ride (WCR).

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), Datuk Ismail Said berkata, kesemua peserta WCR dari Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand dan beberapa penunggang Eropah akan didedahkan dengan kebudayaan dan kesenian timur sepanjang program itu bermula 9 dan 10 Mei nanti.

Menurutnya, peserta bakal didedahkan dengan masakan tradisional ala kampung, menghayati pemandangan sawah padi dan berpeluang membeli hasil laut di Tanjung Dawai yang dihasilkan penduduk tempatan.

Sementara itu, Presiden Kedah Wingers, Zainal Jaapar berkata, WCR yang bermula pada 2003, kini menjadikan Kedah terutama daerah Kuala Muda sebagai tuan rumah bagi acara berprestij itu.

“Tujuan WCR 2014 ialah mahu memperkenalkan Kedah yang terkenal dengan lokasi bersejarah tamadun awal dunia, pusat pelancongan terbaik dan negeri jelapang padi,” katanya.

Zainal berkata, WCR pernah berkunjung ke beberapa negeri termasuk Selangor, Pulau Pinang, Melaka, Pahang, Johor, Kuala Lumpur dan Terengganu bagi mempromosikan tempat menarik sebelum ini.

“Peserta akan diberi peluang mengunjungi Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang menempatkan serpihan artifak serta candi membuktikan wujudnya pelabuhan perdagangan antarabangsa suatu ketika dulu.

“Perkhidmatan bot dari Pantai Merdeka ke Tanjung Dawai turut disediakan yang memberi peluang peserta mendapatkan produk hasil laut seperti ikan kering, belacan dan keropok ikan yang dihasilkan penduduk tempatan,” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online