Headlines News :
Home » » Aziz Sattar meninggal, dunia hiburan kehilangan tokoh besar

Aziz Sattar meninggal, dunia hiburan kehilangan tokoh besar

Written By Warta Utara on Tuesday, May 6, 2014 | 9:39 PM

Pelakon veteran, Datuk Aziz Sattar, 89, meninggal dunia akibat penyakit jantung di Hospital Kajang
pada kira-kira jam 2 pagi tadi.
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di sisi dua anak, menantu dan seorang cucu.

Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sejak kelmarin selepas diserang penyakit jantung.
Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, dan urusan pengebumian dijangka dilakukan pagi ini.
Allahyarham yang dilahirkan di Surabaya, Indonesia merupakan rakan seangkatan allahyarham Tan Sri P Ramlee dan allahyarham S Shamsuddin yang popular menerusi filem Seniman Bujang Lapok.
Sementara itu, Pemuda PAS dalam satu kenyataannya berkata, Aziz seorang yang amat dedikasi dan cemerlang dalam dunia lakonan.
Ketua Pemuda PAS, Suhaizan Kaiat, berkata sepanjang perkhidmatannya beliau berjaya menunjukkan contoh yang baik terhadap pelakon lain terutama generasi muda.
Katanya, pemergiannya adalah suatu kehilangan kepada negara khususnya kepada industri hiburan.
"Beliau berjaya mengekalkan kehebatan dan kemampuannya dalam dunia komedi mewarisi dua generasi iaitu generasi lama dan baharu, dan dianggap sebagai artis serba boleh," katanya

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online