Headlines News :
Home » » PR: Jangan buka ruang perpecahan

PR: Jangan buka ruang perpecahan

Written By Warta Utara on Wednesday, May 7, 2014 | 4:00 PM

Oleh Abd Shukur Harun
Politik Malaysia pada masa depan akan ditentukan oleh pengundi generasi baru yang dikira akan mencapai sehingga 60 peratus dalam PRU ke-14 nanti.

Pengundi muda ini menentang pandangan dan sentimn perkauman dan fahaman agama yang sempit yang selama ini diamalkan oleh pemimpin politik perkauman dan disokong oleh sesetengah kalangan pengundi generasi lama, terutama yang berada di luar bandar.


Pengundi generasi baru juga menentang rasuah, segala bentuk penyelewengan dan pembaziran serta juga menentang plbagai cukai yang dilihat membebankan rakyat.

Penyertaan majoriti golongan muda dalam Himpunan Membantah GST di Ibu Ngara 1 Mei lalu menghantar isyarat paling jelas bahawa mereka ini adalah golongan yang akan menentukan haluan politik masa depan negara.

PRU ke-14 akan berlangsung kira-kira 4 tahun lagi. Ertinya golongan pengundi muda akan terus bertambah dengan banyaknya, sementara pengundi generasi lama baik di kampung mahupun di bandar akan terus berkurangan atas pelbagai sebab yang sudah diketahui.

Perlu diingat bahawa momentum kebangkitan pengundi muda dalam PRU ke-13 dulu sangat ketara iaitu mereka menolak Barisan Nasional, menyebabkan BN hanya mendapat 48 peratus undi popular walaupun dapat membentuk kerajaan yang minoriti sifatnya.

Selepas setahun berlalu PRU ke-13, keadaan tidak juga berubah, seperti apa yang berlaku sebelum PRU itu. Masalah perkauman, agama, jurang miskin kaya, kebejatan ekonomi, rasuah, ketirisan dan sebagainya masih berlaku dan tidak ada tanda akan hapus atau berkurangan. Semuanya ini dilihat oleh generasi muda sebagai sesuatu yang malang bagi negara yang mereka cintai ini. Lebih-lebih lagi dengan bakal datangnya pula GST (Cukai barangan dan perkhidmatan) tahun depan.

Oleh sebab itu anak muda mendominasi Himpunan Menentang GST minggu lalu yakni menunjukkan mereka ini sangat perihatin akan apa yang berlaku kepada negara.

Anak muda ini tidak semestinya penyokong parti pembangkang, walaupun memang ramai yang menyokong pembangkang. Namun mereka adalah generasi yang mahukan perubahan supaya semua kebejatan yang berlaku di negara sekarang dapat diselesaikan segara.

Anak muda ini mungkin belum berumah tangga atau sudah berumah tangga. Tetapi kebimbangan mereka amat besar ketika memikirkan hasrat untuk membeli rumah sendiri yang kini begitu mahal harganya sehingga mereka tidak mampu untuk membelinya.

Mereka merasa amat terbeban dengan belanja hidup yang tinggi, terutama mereka yang bergaji rendah. Demikian juga dengan masalah lain yang mereka hadapi. Mereka merasa amat bimbang akan masa depan mereka.

Inilah dilema pengundi generasi baru dan mereka inilah yang sangat wajar diberikan perhatian oleh Pakatan Rakyat, jika Pakatan itu terus berhasrat untuk memenangi PRU ke-14 nanti.

Pakatan Rakyat mestilah memperlihatkan kewibawaanya untuk diyakini oleh pengundi, khususnya pengundi generasi baru bahawa ia mampu memerintah negara selepas PRU akan datang. Syaratnya:

Pertamanya, Pakatan mesti memperlihatkan perpaduan yang kukuh. Sebarang keretakan, baik besar atau kecil, sama ada antara parti dalam Pakatan, atau krisis dalaman parti komponen mestilah diselesaikan segera.

Jika ada kepercayaan bahawa oleh kerana PRU ke-14 masih jauh lagi, maka sebarang krisis dibiarkan, berasaskan pendapat bahawa dekat PRU nanti ia boleh selesai, maka pendapat itu sangat merbahaya.

Kedua, pemimpin semua peringkat dalam Pakatan Rakyat mesti memperlihatkan intertegriti mereka sebagai pemimpin, di samping ilmu dan kemampuan intelek mereka, yakni bacaan politik mereka yang matang dan sebagainya.

Ketiga, pemimpin Pakatan mesti memahami cita rasa atau aspirasi generasi baru supaya mereka dapat menterjemahkan melalui amalan akan kehendak generasi baru itu.

Keempat, jangan sama sekali memperlihatkan gaya dan fahaman politik perkauman atau fahaman agama yang sempit, tidak terbuka dan mengelak untuk berhujah dengan sesiapapun, khususnya anak muda.

Kelima, jangan membina sebarang elusi atau kepercayaan bahawa Barisan Nasional akan berpecah kerana isu hudud atau masalah dalaman parti dalam BN, makanya Pakatan konon akan mendapat kemenangan. Pakatan Rakyat mesti membina kekuatan sendiri untuk menang dalam PRU akan datang, bukan mengharapkan perpecahan dan kelemahan BN.

Kelima, isu yang timbul atau sengaja ditimbulkan, mestilah ditangani oleh Pakatan Rakyat dengan penuh bijaksana, mengambil kira realiti yang ada serta bacaan politik yang tepat, tidak melayan emosi atau semata-mata terpengaruh akan ketokohan sesorang.

Pengundi Malaysia terdiri dari pelbagai kaum dan agama, trasdisi dan latar belakang kehidupan mereka. Persepsi pengundi bandar atau semi bandar berbeza dengan pengundi luar bandar.

Pengundi bandar atau semi bandar mendapat maklumat yang jauh lebih luas – melalui media baru, internet dan sebagainya. Sedangkan pengundi luar bandar mendapat maklumat yang sangat terhad, iaitu melalui media tradisional yang dikawal oleh parti pemerintah. Maka itu persepsi mereka jauh berbeza, demikian juga sistem nilai mereka berbeza dengan pengundi bandar.

Sementara itu, pendukung Pakatan Rakyat jangan hanya menumpukan perhatian kepada pengundi sesuatu kaum atau agama saja, justetu demografi pengundi Malaysia yang pelbagai kaum dan agama sangat unik. Tidak mungkin sesebuah parti politik bergantung kepada undi suatu kaum atau agama saja untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya. Jika ada kepercayaan seperti itu maka ia adalah bacaan politik yang sangat naïf dan hanya mengundang kekalahan.

Maka itu sama ada PAS, PKR dan DAP mesti berintraksi dengan pengundi semua kaum – bandar dan luar bandar. Juga pengundi generasi baru dan generasi lama.

Juga mesti difikirkan bahawa persepsi pengundi di kawasan majoriti besar Melayu seperti di Pantai Timur dan utara, mempunyai perbezaan dengan pengundi di negeri yang tidak mempunyai majoriti demikian  seperti Selangor dan Pulau Pinang.

Keadaan tidak sama, sebab itu bacaan politik dan strategi mesti diatur berasaskan perbezaan dan keadaan negeri tersebut.

Kesimpulannya, Pakatan Rakyat perlu mengelakkan perpecahan dan bersedia dari sekarang untuk menghadapi PRU ke-14 itu yang lebih mencabar.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online