Headlines News :
Home » » Azlan Nasihat Peniaga Harumanis Tidak Tipu Pembeli

Azlan Nasihat Peniaga Harumanis Tidak Tipu Pembeli

Written By Warta Utara on Thursday, May 1, 2014 | 9:11 PM

KANGAR,  (Bernama) -- Kenaikan mendadak harga mempelam harumanis hingga RM25 sekilogram ketika ini mendorong
sesetengah peniaga di Perlis mencampurkan buah tersebut dengan mempelam jenis lain untuk menipu pembeli.

Berikutan itu, Menteri Besar Azlan Man menasihatkan peniaga harumanis supaya berlaku jujur dengan pembeli.

"Saya dapat tahu terdapat segelintir peniaga mendakwa mempelam yang dijual adalah harumanis tetapi sebenarnya bukan.

"Mereka juga mengguna pelbagai helah untuk menyakinkan pembeli," katanya.

"Mereka campur harumanis dengan mempelam jenis lain selain buah tidak cukup tua, dan mereka memeramnya dengan karbaid," kata beliau.

Azlan mengulas rungutan orang ramai mengenai penipuan itu selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan kali ke-35 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Padang Siding dekat sini, hari ini.

Beliau berharap perbuatan itu dihentikan segera lebih-lebih lagi Perlis akan menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) ke-17 yang bermula 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Azlan menasihatkan pembeli supaya membuat aduan kepada pihak berkuasa jika yakin mereka tertipu.

Mengenai kenaikan harga padi dari RM1,050 kepada RM1,200 satu metrik tan yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, Azlan mahu para petani berusaha meningkatkan kualiti padi sejajar dengan kenaikan harga tersebut.

Sebelum itu, Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Perlis, Shaidan Nordin memuji PPK tersebut kerana mencatat keuntungan hampir RM170,000 tahun lepas selain tiada teguran negatif oleh juruaudit dalaman dan luar.



-- BERNAMA
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online