Headlines News :
Home » » Tabahlah wahai saudaraku di Mesir...

Tabahlah wahai saudaraku di Mesir...

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 3:16 PM

Oleh HAMBALI AKRAM
 
SEANTERO dunia tahu tentang hukuman mati yang dikenakan oleh mahkamah Mesir terhadap 529
orang penyokong Dr Mohamad Morsi, Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi demokrasi.

Bagi saya, hukuman ini merupakan suatu pencabulan kepada sistem demokrasi dalam dunia moden dan wajar diberi perhatian oleh kita. Dalam hal ini dapat dilihat dengan jelas sifat berat sebelah kuasa besar khususnya Amerika Syarikat dan PBB yang selama ini kononnya begitu menyanjung demokrasi.


Kerajaan Mesir yang ada pada hari ini merupakan kerajaan yang tidak dipilih melalui demokrasi dan pilihan raya berbanding kerajaan pimpinan Morsi. Sepatutnya, awal-awal lagi sebaik sahaja kerajaan Morsi yang dipilih melalui sistem demokrasi mendapat sokongan jitu semua pihak.
Bagi Amerika Syarikat, walaupun kerajaan ini dipilih oleh rakyat melalui proses pilihan raya, namun para pemimpinnya tidak membawa aspirasi mereka maka kerajaan Morsi mesti digulingkan melalui proksinya iaitu Jeneral Abdel Fattah as-Sisi.
Oleh itu, jelaslah bahawa demokrasi yang dicanangkan hanyalah diiktiraf jika yang terpilih menang itu yang bersedia bersekongkol dengan Amerika Syarikat.
Jika tidak, pihak yang menang itu mestilah dijatuhkan dengan cara apa sekalipun.
Contoh lain ialah kerajaan Hugo Chavez di Venezuela. Kerajaan Chavez turut diganggu gugat oleh Amerika dan pernah berlaku rampasan kuasa oleh proksinya.
Namun, rakyat bangkit melawan dan akhirnya mengembalikan Chaves ke tampuk kuasa.
Apa yang mampu kita lakukan ialah berdoa agar mereka yang dijatuhkan hukuman itu bersabar dan moga memperoleh syahid.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online