Headlines News :
Home » » Kutuk kezaliman Kudeta Mesir

Kutuk kezaliman Kudeta Mesir

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 3:17 PM

Bumi Mesir berdarah lagi dengan darah para Syuhada Allah, pejuang Ikhwan Muslimin yang erpaksa menjamah pembantaian Kudeta Tentera Mesir.Bumi yang digelar sebagai Bumi Kinanah ini penuh gelora sejak Ikhwan Muslimin menang pilihan raya tiga tahun lalu, akibat rasa tidak puas hati tentera melancarkan propaganda untuk menjatuhkan Presiden yang sah dipiluh rakyat, Dr Mohamed Morsi.
Selepas berjaya menjatuhkan Dr Morsi, Kudeta Mesir yang menjadi boneka Amerika Syarikat mengheret rakyatnya berperang sesama sendiri, sementara tentera menjadi musuh rakyat.

Kekejaman Kudeta Mesir berterusan dengan Mahkamah Mesir memutuskan Mursyidul Am Ikhwan Muslimin, Prof Dr Badie bersama 529 orang penyokong Ikhwan Muslimin dihukum bunuh beberapa hari lalu.Namun isu ini seperti tidak mendapat tempat di hati pemimpin-pemimpin dunia Islam.
Ia seakan berita basi dan tidak sensasi, apatah lagi mengetuk pintu hati pemerintah negara Islam untuk sama-sama bangkit melenting dengan keputusan mahkamah rimba Mesir.
Hanya rakyat di negara masing-masing yang bangun berdemonstrasi, berarak memberi bantahan tanda kemarahan umat yang tidak terungkapkan.
Hanya seorang pemimpin yang bangun mengkritik Mesir dan dunia, dan beliau adalah Recep TayyipErdogan, Perdana Menteri Turki. Lihatlah betapa beraninya beliau berucap di hadapan rakyatnya tanpa mengendahkan risiko dan pandangan Barat, khususnya Amerika Syarikat dan Israel yang sentiasa mengintai musuhmusuh mereka untuk diratah selepas ini.
Sebelum ini beliau juga yang lantang bersuara membela umat Islam yang dibunuh di Syria dan Semenanjung Gaza.
Ketika pemimpin Islam dunia sibuk dibuai kesenangan dan lena dengan dunia masing- masing, Erdogan bagun membela mangsa yang dizalimi.
Seharusnya pemimpin Islam dunia merasa malu dengan keberanian Erdogan menyuarakan pembelaannya. Sebelum ini, apabila pemimpin Jamiat El Islamiy Bangladesh dihukum mati, tidak ada seorang pun pemimpin negara Islam menentang hukuman ini.
Sekarang berlaku penzaliman kepada pemimpin Ikhwan dan selepas ini berlaku pula terhadap mana-mana pemimpin Islam di mana-mana negara, mungkin juga nada sepi dan kaku yang sama dimainkan tanpa sebarang tindakan.
Mengapa pemimpin Malaysia tidak merasa terpanggil untuk turut prihatin menangisi kematian demokrasi di Mesir.
Wisma Putra dan Kementerian Luar Negara memandang sepi isu ini, seakan-akan ia tiada kena mengena dengan umat Islam, dan apa yang berlaku di Mesir adalah urusan dalaman mereka justeru Malaysia tidak akan mencampurinya.
Jika inisiatif dilakukan oleh Malaysia, dengan Perdana Menteri berusaha mendapatkan sokongan negara Islam lainnya, serta tegas dengan prinsip seba gaimana Erdogan, selain menggunakan Pertubuhan Negara-Negara Islam (OIC) dan lain-lainnya, pasti ia akan menjadi isu glo bal yang hangat.
Rejim Abdul Fattah As Sisi pasti tidak akan merasa selamat dan berfikir dua kali untuk terus mengganas di buminya. Negara umat Islam adalah kuat dan utuh jika me reka bersatu yang tidak mungkin dapat dicabar oleh musuh utama, iaitu Israel dan Amerika Syarikat.
Menyedari betapa lemahnya pemimpin negara ini serta negara-negara Islam dalam menangani isu seperti ini akhirnya rakyat terpaksa bangkit untuk melancarkan siri bantahan dengan di Malaysia PAS menjadi nadi kepada bantahan itu.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online