Headlines News :
Home » » Di mana Meai Lee

Di mana Meai Lee

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 5:17 PM

ALOR SETAR - Seorang juruelektrik resah mengenangkan nasib isterinya yang menghilangkan diri

Ong TgNee Siew, 38, berkata, kehilangan isterinya, Teh Meai Lee, 33, menyebabkan dua anaknya, Ong Yee Wen, 10, dan Ong Sheng Wei, 5, selalu menangis kerana terlalu merindui ibu mereka.

Menurutnya, dia menyedari kehilangan isterinya itu sebaik sahaja bangun dari tidur pada hari tersebut dan mendapati beberapa pakaian milik Meai Lee tiada di dalam almari.
dari rumah mereka di Taman Indah, Langkawi, sejak 1 April lalu, selepas berselisih faham.
“Saya cuba menghubungi telefonnya, tetapi perkhidmatan telefonnya sudah ditamatkan.
“Saya akui beberapa hari sebelum kehilangannya, kami ada berselisih faham mengenai masalah rumah tangga. Tapi, saya tidak menyangka, dia akan bertindak keluar rumah tanpa sebarang berita” katanya ketika ditemui di pejabat Skuad Rondaan Keselamatan MCA (CRSM) Alor Setar di sini, kelmarin.

Tambah TgNee Siew, dia cuba mencari isterinya di sekitar Langkawi termasuk ke rumah ibu mentuanya, di Kampung Kubang Pasu, Jalan Tokai, Pendang dekat sini, tetapi gagal.

“Ibu mentua dan adik-beradiknya yang lain juga tidak mengetahui di mana dia berada, itu menyebabkan saya semakin bingung untuk mencarinya.

“Berikutan itu, saya telah membuat laporan kehilangannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar,” katanya.
Dalam pada itu, TgNee berkata, isterinya pernah keluar rumah selepas berlaku perselisihan faham di antara mereka tahun lalu, namun pulang semula selepas beberapa hari.
“Sejak isteri keluar rumah, saya terpaksa memikul tanggungjawab menguruskan anak-anak termasuk makan-minum dan persekolahan mereka.

“Apa yang saya bimbang. keadaan anak bongsu, Sheng Wei yang sering menangis setiap hari dan kurang selera makan selepas ketiadaan ibunya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Pengerusi CRSM Alor Setar, Daniel Tan Teik Boon berkata, pihaknya akan mengerahkan seluruh anggota pasukan itu di negeri ini untuk memulakan usaha mencari Meai Lee.

“Pihak kami sedang mengumpul maklumat termasuk bertemu ahli keluarganya di Pendang dalam masa terdekat ini.
“Kepada sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai wanita itu boleh menghubungi talian hotline CRSM Alor Setar 010-565 2011 atau 016-5652012/13/14/15/16/17/18,” katanya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online