Headlines News :
Home » » Taktik guna van pekerja

Taktik guna van pekerja

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 5:18 PM

ALOR SETAR - Mereka agak licik!, kami kesan ada antara mereka dikesan menggunakan van pekerja untuk membawa pelancong ke negara ini.

Presiden Persatuan Pemandu Bas Pelancong 1Malaysia (Baspel), Nor Aizam Abd Kadir berkata, melihat keadaan ini, pihak berkuasa perlu mengenakan tindakan tegas terhadap pemandu van dari Thailand yang dipercayai menyalahgunakan permit edaran antarabangsa untuk masuk ke negara ini.

"Langkah itu perlu bagi memastikan sumber pendapatan pengusaha pelancong di kawasan sempadan tidak terjejas. Van dari Thailand yang nak masuk ke Malaysia perlu mendapat kebenaran pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu.

"Tetapi masalahnya van ini dipercayai menyalahgunakan permit. Pemantauan kita di sempadan Bukit Kayu Hitam mendapati mereka menggunakan van yang membawa pekerja di negara itu untuk membawa pelancong ke Malaysia,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Kelmarin, Sinar Harian melaporkan, JPJ memandang serius isu kemasukan van dari Thailand ke negara ini sehingga menyebabkan pemandu teksi di kawasan sempadan Bukit Kayu Hitam mengalami kerugian.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, kemasukan van terbabit dipantau 46 anggota

Sehingga 30 April lalu, 143 kenderaan diperiksa dan 78 kes melibatkan salah guna permit edaran antarabangsa (ICP).

Beliau berkata, perkara itu sudah dipanjangkan kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) untuk tindakan susulan.

“Sebenarnya tiada istilah permit bas persiaran atau pelancong diberikan kepada van dari Thailand untuk membawa pelancong ke Malaysia.
yang menjalankan pemeriksaan di kawasan sempadan sejak 24 April lalu bagi memastikan kegiatan pengusaha kenderaan pelancong tanpa permit tidak berleluasa.
“Van dikategorikan sebagai kenderaan peribadi dan hanya dibenarkan untuk membawa ahli keluarga,” katanya.

Menurutnya, walaupun masalah itu membabitkan pelancong negara jiran, kerajaan tidak boleh menyekat kemasukan mereka ke negara ini.

“Kita perlu ikut prosedur. Kalau tidak ia akan menjejaskan hubungan baik antara Malaysia dan Thailand.
“Untuk mengatasi masalah itu, kita boleh menguatkuasakan peraturan sedia ada dengan memastikan kenderaan peribadi hanya untuk ahli keluarga dan bukan tujuan komersial,” katanya.
Share this article :

2 comments:

  1. http://nikah-di-thai-siam.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. https://www.facebook.com/aludin.kamal

    BER ISTRI BARU MENJELANG 2015
    Kami membawa pasangan untuk berkahwin / poligami secara sah di pejabat Majlis Agama Islam Thailand. Pernikahan ini adalah sah mengikut hukum syarak dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Insya-Allah urusan boleh dijalankan dalam 2 hari sahaja & dokumen lengkap dapat diterima pada hari tersebut.
    Sekiranya berminat, sila hubungi :-
    DRINA DMARYA RESOURCES
    No 7 Tingkat 1, Simpang 4, Teluk Pulai Klang.Selangor
    (Atas Kedai Kek Bee's)
    Tel : 03-33745230/ 013-3311606/0136312803/0169100809
    sekiranya kami dalam THAILAND WATSAP ke no : 0169100809
    sila sebarkan maklumat ini kepada yang memerlukan
    kahwinthaibest.blogspot.com
    fb : aludin kamal
    +++ kami tidak tinggal pasangan dihotel dan balik ..kami bersama pasangan hingga selesai urusan ++ jika ada masa terluang kami bawa berjalan / Thai massage InsyaAllah...

    ReplyDelete

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Offline - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online