Headlines News :
Home » » Tahan derita demi keluarga tercinta

Tahan derita demi keluarga tercinta

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 5:20 PM

BUTTERWORTH - Seorang anak terpaksa melupakan kesakitan akibat penyakit gout yang dihidapi

Aminah Saad, 58, yang merupakan ibu kepada Roslan Hamzah, 39, berkata, anaknya itu bekerja sebagai pekerja am di hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bagan Ajam sejak lima tahun lalu.

“Dengan gaji sebanyak RM600, dia menggunakan wang terbabit untuk menanggung keperluan kami sekeluarga termasuklah ubat-ubatan untuk ayahnya yang terlantar sejak beberapa tahun lalu.

“Kebelakangan ini, dia kerap mengambil cuti disebabkan penyakitnya itu namun ada kalanya digagahi juga diri untuk bekerja kerana dikhuatiri menjejaskan pendapatannya,” katanya.

Aminah berkata demikian ketika menerima kunjungan pihak Econsave cawangan Raja Uda di rumah panjang Ampang Jajar baru-baru ini.

Dia yang mewakili anaknya menerima barangan keperluan termasuk kelengkapan elektrik bernilai RM1,000 menerusi program Econsave Prihatin.

Bantuan disampaikan Pengurus Econsave Cawangan Utara, Zamzuri Mansor.

Aminah berharap agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) membantu meringankan beban memandangkan kehidupan mereka sekeluarga agak sukar setakat ini.

“Kami tidak pasti akan prosedur sebenar yang perlu dibuat dan diharapkan pimpinan tempatan akan turut membantu kami sekeluarga.

“Suami saya sendiri tidak sihat manakala saya turut mengalami sakit-sakit sendi.

“Hanya pada Roslan kami bergantung hidup dan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan semua pihak bagi meringankan beban yang ditanggung,” katanya.
dan terus bekerja untuk menampung keperluan ibu bapanya yang uzur.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online