Headlines News :
Home » » Bengkel tak sempurna, punca pelanggan lari

Bengkel tak sempurna, punca pelanggan lari

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 5:21 PM

ARAU - Kerana kesempitan hidup seorang pemuda terpaksa menjalankan perniagaan mengetuk dan

Muhammad Firdaus Muhammad Wazir, 36, dari Kampung Hutan Kandis berkata, bengkelnya itu dibuka sejak dua tahun lalu setelah dia tidak mempunyai pendapatan tetap dengan kerja yang tidak menentu.

Katanya yang pernah mendapat kursus dalam bidang itu di GiatMara, Jejawi Kangar modal permulaan membuka bengkel berkenaan sebanyak RM3,800 diperoleh dari Baitulmal.

“Modal itu tidak mencukupi kerana saya hanya boleh membeli peralatan seperti tong gas pemampat dan peralatan mengetuk dan cat biasa untuk mengecat kereta.

“Kebanyakan yang datang ke bengkel saya akhirnya akan pulang semula, kerana tidak yakin dengan kemampuan serta melihat keadaan bengkel yang daif,” katanya.

Muhammad Firdaus berkata, dia terpaksa hidup kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang bagi menyara orang tuanya.

“Saya menawarkan harga yang berpatutan bagi mengecat sebuah kereta iaitu antara RM1,500 dan RM1,800 dan RM300 bagi upah mengetuk kereta.

“Tetapi tawaran itu tetap ditolak pelanggan setelah melihat peralatan yang saya gunakan,” tambahnya.

Jelasnya, dia kini memerlukan modal baru bagi membaik pulih keadaan bengkelnya, selain membeli peralatan yang lebih baik untuk perniagaannya.

Sementara itu, Menteri Besar Perlis, Azlan Man yang mengetahui tentang kesulitan yang dihadapi Muhammad Firdaus berkunjung ke bengkelnya kelmarin.

Azlan berkata, sebagai seorang pemimpin beliau terpanggil untuk membantu rakyat yang memerlukan.

“Saya bersimpati dan bersedia menyalurkan bantuan dengan menyiapkan bengkelnya yang serba kekurangan.

“Diharapkan kehidupan Muhammad Firdaus bersama keluarga akan lebih baik dan perniagaannya akan lebih maju,” katanya
mengecat kereta hanya di sebuah bengkel yang berdindingkan plastik dan berlantaikan tanah.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online