Headlines News :
Home » » Pondok kawalan jadi ‘port dadah’

Pondok kawalan jadi ‘port dadah’

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 5:22 PM

GEORGETOWN - Pondok kawalan sebuah kondominium mewah di Sungai Ara, Bayan Lepas di sini dijadikan ‘port dadah’ oleh tiga pengawal keselamatan yang bertugas di situ.



Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Lai Fah Hin berkata ketika serbuan, polis menemui satu paket plastik lut sinar serta keratan straw mengandungi serbuk heroin dan peralatan menghisap dadah atas lantai pondok itu.

“Ketika serbuan suspek berusia 30, 31 dan 44 tahun itu masih beruniform dan dipercayai mengambil dadah ketika bertugas,” katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata pemeriksaan lanjut dalam laci besi di premis itu turut menjumpai lapan paket plastik lut sinar yang dipercayai dadah jenis heroin bernilai RM500.

“Saringan air kencing mendapati ketiga-tiga lelaki itu positif dadah. Mereka juga dipercayai menjadi pengedar kepada penagih lain di sekitar kawasan itu,” katanya.

Justeru, Fah Hin berkata dua daripada lelaki terbabit berasal dari Permatang Damar Laut, di sini manakala seorang lagi dari Cheras, Kuala Lumpur direman hingga 8 Mei ini untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah dan Seksyen 12 (2) (memiliki) serta Seksyen 15 (1) (a) akta sama (mengambil dadah).
Polis yang bertindak atas maklumat orang awam mendapati ketiga-tiga lelaki itu, dipercayai mengedar dan mengambil dadah.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online