Headlines News :
Home » » Gaji besar kepada Rektor Kuin satu kesilapan

Gaji besar kepada Rektor Kuin satu kesilapan

Written By Warta Utara on Wednesday, May 7, 2014 | 8:30 PM

ALOR SETAR: Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit)
menyifatkan pembayaran gaji Rektor Kolej Universiti Insaniah (Kuin) sekitar RM45,000 sebulan bukanlah satu perkara yang seharusnya berlaku sekalipun Menteri Besar Kedah, Dato’ Mukhriz Mahathir menganggapnya lebih rendah berbanding semasa Pakatan Rakyat memerintah dahulu.

Bercakap pada sidang media seusai sidang Dun Kedah 28 April lalu, beliau berkata gaji yang besar dibayar kepada rektor sebuah institusi yang masih tidak boleh berdikari dan perlukan bantuan kerajaan negeri untuk pebelanjaan mengurus mereka adalah satu kesilapan.

Beliau membuat perbandingan dengan gaji yang diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bina Darulaman Berhad (BDB), sebuah anak syarikat kerajaan negeri Kedah yang menerima gaji sekitar RM21,000 sebulan sedangkan syarikat itu membuat keuntungan.

“BDB adalah syarikat tersenarai di Bursa Saham Malaysia yang mana barubaru ini mengumumkan keuntungan sekitar RM27 juta, tetapi CEO menerima gaji RM21,000 atau paling tinggipun dalam RM25,000.

“Apa yang kita pertikaikan ialah rasionalnya berbanding Kuin yang masih bertatih tetapi rektornya menerima gaji yang lebih tinggi iaitu RM40,000 dalam bentuk gaji dan ditambah sumbangan majikan untuk EPF menjadikannya sekitar RM45,000.

“Kalau kita kaji di manamana IPTA sekalipun saya rasa tak ada Naib Canselor yang menerima gaji seumpama itu,” katanya.



Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online