Headlines News :
Home » » Kenyataan bercangggah permohonan ubah syarat tanah

Kenyataan bercangggah permohonan ubah syarat tanah

Written By Warta Utara on Wednesday, May 7, 2014 | 8:28 PM

Oleh BASHIR ISHAK 

ALOR SETAR: Pakatan Rakyat Kedah mempertikaikan kenyataan bercanggah yang dibuat oleh
Menteri Besar Kedah, Dato’ Mukhriz Mahathir semasa memberikan jawapan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah 28 April lalu.

Menurut Dato’ Ir Phahrolrazi Mohd Zawawi (PAS-Pengkalan Kundor), terdapat percanggahan dalam jawapan untuk soalan bertulis yang diberikan Mukhriz berkaitan fail-fail kelulusan permohonan ubah syarat tanah yang diluluskan semasa kerajaan Pakatan Rakyat memerintah berbanding dengan hansard dewan pada sidang bajet tahun lalu.

Bercakap pada sidang media seusai sidang Dun, Phahrolrazi menjelaskan soalan yang dikemukakan adalah lanjutan daripada ucapan penggulungan Mukh riz pada sidang Bajet tahun lalu di mana fakta yang diberikan itu dipertikaikan kesahihannya.

“Pada masa itu saya bangun membantah dan memohon untuk dibuat semakan.

Mukhriz menjawab pada masa itu hanya 282 fail yang diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat selama 5 tahun sedangkan bila BN mengambil-alih kerajaan, sebanyak 353 fail yang mereka berjaya selesaikan.

“Kita menghantar surat kepada Pejabat Tanah dan Galian serta Majlis Mesyuarat Kerajaan untuk membuat semakan, malangnya surat itu tidak berjawab dan dimaklumkan bahawa tiada kebenaran untuk membincangkan hal itu.

“Jawapan yang diberikan itu seolah-olah cuba memperlekehkan Pakatan Rakyat dan cuba memperlihatkan kelemahan membuat kerja untuk meluluskan permohonan ubah syarat tanah,”jelasnya.

Mengulas lanjut, Phahrolrazi berkata dalam sidang Dun kali ini, jawapan kepada soalan bertulis beliau pula adalah berbeza dengan jumalah yang diberikan ialah sebanyak 686 fail sehingga sebelum PRU13 lalu.

“Manakala jumlah kelulusan yang diberikan semenjak BN memerintah dari Jun 2013 sehingga 10 April lalu hanyalah 76 fail.

Di dalam hansard dewan, dia menyebut sebanyak 353 fail.

“Mukriz juga menyebut bahawa banyak kes tertangguh sejak mereka mengambil- alih kerajaan, tapi yang mereka selesaikan hanyalah 76 fail.

“Kita nak tanya, yang mana satu kenyataan yang dibuat itu yang betul dan kalau hanya 76 fail yang selesai, maknanya tiadalah kes tertangguh da ri Kerajaan Pakatan Rakyat dulu.

“Jadi Pakatan Rakyat Kedah merasakan amat kesal dan kecewa dengan Menteri Besar atas percanggahan fakta yang diberikan di dalam Sidang Dun dan dilihat dia sendiri mempertikaiakan keshiahan dokumen rasmi dan cuba untuk memperlekehkan Kerajaan Pakatan Rakyat dulu, ini juga masalah integriti yang besar,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah (PAS-Anak Bukit) berkata Sekretariat Wakil Rakyat Pekatan Rakyat Kedah akan menghantar surat kepada Mukhriz untuk memohon penjelasan keadaan yang sebenar dalam isu ini.

“Kita nak minta pengesahan bertulis daripada Menteri Besar, bukanlah sampai tahap nak minta dia memohon maaf secara terbuka tapi sebagai mengesahkan bahawa semasa pemerintahan kerajaan Pa katan Rakyat dulu, kita ti dak pernah gagal melaksanakan tugas untuk memberikan kelulusan dalam kes-kes permohonan ubah syarat tanah,”katanya.













Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online