Headlines News :
Home » » Hudud: Kronologi bermula 1983

Hudud: Kronologi bermula 1983

Written By Warta Utara on Tuesday, May 6, 2014 | 4:29 PM

Oleh M FAQIH 

TELAHAN bekas Presiden Berjasa, Dato’ Wan Hashim Wan Ahmad ternyata berasas. Beliau
berkongsi pendirian ketika ditemui penulis 21 April lalu. Tegasnya anggota parlimen Umno tidak akan menyokong usul hudud di parlimen nanti.

Lebih menarik lagi ujarnya, akan muncul pelbagai alasan ketika usul persendirian Enakmen Kanun Jenayah II dibawa ke parlimen.

“Apa yang hampir pasti mereka kemungkinan besar tidak datang ke parlimen ketika pengundian dilakukan bagi menerima atau menolak usul berkenaan,” katanya. Beliau juga seorang peguam veteran, cukup dikenali sebelum ini.
Hanya dua hari selepas itu Presiden Umo, Dato’ Seri Najib Razak seperti berterus terang apabila menyebut “kerajaan tidak pernah menolak hudud tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.”
Perdana Menteri dilaporkan berkata banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan sebelum hukum hudud dapat dilaksanakan.
“Terdapat perbezaan yang cukup ketara antara menolak hukum hudud dengan tidak melaksanakannya kerana kekangan dan kesulitan yang pelbagai,” katanya di perasmian penutup Ijtimak Pondok Malaysia 2014 di Alor Setar 23 April lalu.
Kenyataan Presiden itu itu dinyaringkan pula rakan sekutu dalam Barisan Nasional (BN). Pemuda Gerakan tampil mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang sekiranya PAS meneruskan rancangan melaksanakan hudud.
Loceng amaran itu diluahkan melalui Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dalam satu notis yang diserahkan kepada PAS di ibu negara 24 April lalu.
Manakala MCA biarpun sudah jelas menolak perundangan syariah di Kelantan, namun Presidennya Dato’ Liow Tiong Lai cuba berpaut kepada Umno mengenai pendiriannya.
Ketika pemimpin bukan Islam kalut dan mempamerkan tentangan terbuka, namun lebih malang lagi seorang pemimpin Melayu dari Umno turut terlingkup dalam ruang legar seperti mereka.
Anggota Parlimen Pulai, Dato’ Nur Jazlan Mohamed dilaporkan menyebut beliau tidak menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.
Mungkin pe mimpin terbabit tanpa menoleh kepada ilmu dan iman berani berterus terang, “secara peribadi saya tidak menyokong usaha pelaksanaan hudud.”
Kelihatan berbalar sedikit kejujuran di sudut hatinya, apabila beliau menyifatkan usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud seperti kerja sia-sia.
Benarlah seperti ditelah bekas Presiden Berjasa. Belum pun usul hudud dibawa ke parlimen, Umno sudah mempamerkan sikap, biarpun Najib dan Tan Seri Muhyiddin Yassin mahu dilihat seperti lebih berhati-hati.
Suara yang pernah diluahkan tiga anggota parlimen Umno menyokong cadangan Kelantan melaksanakan hukum jenayah syariah hari ini sudah tenggelam.
Mereka termasuk anggota Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, Tengku Razaleigh Hamzah (Gua Musang) dan Dato’ Seri Noh Omar (Tanjung Karang).
Kalau di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Dato’ Md Alwi Che Ahmad begitu nekad sebelum ini, mahu beralih sokongan daripada Umno sekiranya parti itu menolak usul hudud.
Begitu juga keyakinan yang cuba ditegakkan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Seri Jamil Khir Baharom seperti sudah hanyut ke selatan Lautan Hindi.
Sedangkan sebelum ini beliau seolah-olah berjanji pusat akan membantu Kelantan ke arah pelaksanaan undang-undang Islam.
Jelas sekarang ramai cuba menyalahkan kerajaan Kelantan kerana menganggap tergesa-gesa dan 1001 alasan berlapik akal. Apakah ada asas bagi menyokong telahan mereka.
Cuba lihat kronologi yang berlaku di Kelantan. Pada 1983 Enakmen Acara Jenayah Syariah Kelantan dilulus pada persidangan Dun.
Dan selepas PAS membentuk kerajaan bersama sekutu, Angkatan Perpa duan Ummah, pada 1 Julai 1992 draf mengenai hudud disiapkan. Kemudian pada 10 Julai 1992 seminar mengenai pentadbiran Islam diadakan di Kota Bharu.
Dan pada 14 Ogos 1992 nadwah pembangunan pula diadakan di Balai Islam, Lundang. Pada November 1992 fasa 1 draf hudud dibentang pada persidangan Dun Kelantan.
Pada 29 Januari 1992 seminar mengenai undangundang Jenayah Syariah diadakan di Kuala Terengganu.
Pada 17 Oktober 1993, seminar mengenai hudud dianjurkan Parti Melayu Semangat 46 diadakan di Kuala Lumpur.
Kemudian detik bersejarah bermula apabila Rang Undang- Undang Kanun Jenayah Syariah II dibentang pada persidangan Dun Kelantan.
Ketika itu dua Adun pembangkang (BN), Wan Najib Wan Muhamad (Limbongan) dan Nordin Salleh (Sungai Pinang) turut menyokong rang undang-undang tersebut.
Risikonya bermula apabila Tun Dr Mahathir Mohamad di atas sifatnya sebagai Perdana Menteri pada 3 Mac 1994 mencabar Kelantan melaksanakan hudud di hadapan orang bukan Islam.
Dan disusuli pula pada 15 Julai 1994 Dr Mahathir menghantar surat amaran kepada Menteri Besar Kelantan.
Antara lain surat itu berbunyi “kerajaan pusat tidak dapat membenarkan kerajaan PAS menjalankan sesuatu yang bercanggah dengan prinsip keadilan Islam, maka kerajaan pusat akan mengambil tindakan sewajarnya terhadap kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam.”
Apakah benar enakmen hudud digubal di Kelantan berselerak kecacatan. Hayati apa yang pernah di sebut Prof Dato’ Dr Mahmud Saedon Awang Othman dari UIA.
Katanya, Kanun Syariah II Kelantan mencakupi undang- undang hudud, qisas dan takzir. Apa yang jelas katanya, ia adalah berdasarkan hukum syarak.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online