Headlines News :
Home » » Ketua kampung anjur bantahan

Ketua kampung anjur bantahan

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 3:50 PM

BANGKOK - Sekumpulan ketua kampung dan ketua-ketua daerah kecil mengadakan
demonstrasi di hadapan bangunan Kementerian Dalam Negeri, di sini hari ini bagi merampas semula kompleks itu daripada kawalan penunjuk perasaan antikerajaan.
Ketua-ketua kampung berkenaan yang datang dari beberapa wilayah termasuk Phetchabun, Ang Thong, Lampang dan Chon Buri mula berkumpul di hadapan bangunan itu di Jalan Atsadang pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan yang ditawan kumpulan Jawatankuasa Reformasi Demokratik Rakyat (PDRC) dan Perusahaan Perhubungan Pekerja Gabungan Negeri (SERC) yang antikerajaan.
Menurut laporan akhbar Bangkok Post, seorang ketua kampung di wilayah Chiangmai, Kamoldit Rojthanawipat semalam berkata, tindakan penunjuk perasaan antikerajaan menawan bangunan pentadbiran kerajaan itu mengganggu tugas pegawai kerajaan dan memberi kesan buruk kepada penduduk Thailand.
Namun, kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan berkenaan meninggalkan bangunan kerajaan itu, semalam selepas Setiausaha Agung PDRC, Suthep Thaugsuban mengarahkan mereka supaya berkumpul di kawasan utama tunjuk perasaan di Taman Lumpini bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil alih semula bangunan itu.
Suthep berkata, arahannya itu dikeluarkan bagi mengubah taktik tunjuk perasaan yang diketuainya serta menafikan rancangan itu didorong perhimpunan yang telah dirancang.
Sebelum ini, Ketua Biro Polis Metropolitan, Adul Narongsak dan beberapa pegawai kementerian mengadakan rundingan dengan wakil PDRC, Thaworn Sienneam bagi mengambil alih semula bangunan Kementerian Dalam Negeri itu.
PDRC dilaporkan telah meletakkan syarat hanya akan menyerahkan semula bangunan itu kepada Ketua Polis Thailand, Adul Saengsingkaew dan Komander Pengawal Diraja, Apirat Kongsompong selepas menawan bangunan itu selama beberapa minggu.
Menurut jurucakap Timbalan Ketua Polis, Anucha Romayanond, PDRC meninggalkan kawasan itu bagi mengelakkan sebarang konflik dengan pihak berkuasa.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online