Headlines News :
Home » » Mengapa GST harus dibantah

Mengapa GST harus dibantah

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 9:01 PM

Apa itu cukai GST?
KALAU sekarang ini kerajaan mengenakan ke atas rakyat sejenis cukai yang dipanggil sebagai Cukai
Jualan dan Perkhidmatan atau Sales and Services Tax atau SST dalam bahasa Inggeris, maka ia akan digantikan dengan cukai GST atau Goods and Services Tax atau Cukai Barangan dan Perkhidmatan.
Apa bezanya SST dan GST? Nampaknya macam sama tetapi tidak serupa. Ia mempunyai perbezaaan yang ketara daripada segi jumlah yang dipungut kerajaan. Kalau tidak apa perlu kerajaan BN beria-ia sangat hendak melaksanakannya.
Perbezaan ketaranya ialah SST adalah cukai yang dikenakan ke atas jualan dan perkhidmatan tertentu iaitu bukan semua yang disenaraikan, di mana cukai jualan adalah dikenakan pada kadar 5-10 peratus dan cukai perkhidmatan pada kadar 5 peratus.
Sementara GST adalah cukai yang dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan kecuali yang ditentukan sebagai dikecuali cukai (tax-exempt) atau sifar-cukai (zero-rated) kepada perniagaan pemilik tunggal (individu) dan perkongsian yang jualannya ialah RM500,000 setahun atau RM41,600 sebulan.
Perbezaan kedua, GST adalah cukai berperingkat berbanding dengan Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan yang merupakan cukai seperingkat.
Mudahnya, dalam SST cukai diperolehi kerajaan hanya pada peringkat pengilang sahaja sebagai cukai jualan iaitu kalau barangan berharga RM100 seperti kopi, maka pada cukai 10 peratus, kerajaan hanya mendapat RM10, meskipun pemborong membuat keuntungan (nilai tambah) 20 peratus (harga RM100+RM20=RM120) dan peruncit membuat 30 peratus (RM120+RM36=harga RM156) tetapi tidak dikenakan cukai.
Sebaliknya dalam GST (ini rumit), kerajaan memungut 1o peratus pada setiap peringkat pengilang, pemborong dan peruncit atas nilai tambah mereka yakni (RM10+RM2+RM3.60)=RM15.60.
Sebab itu ada sesetengah negara seperti United Kingdom menyebutnya sebagai VAT atau Value-Added Tax atau Cukai Tambah Nilai kerana dikenakan cukai pada setiap peringkat tambah nilai daripada pengilang, pemborong dan peruncit.
Jelasnya perbezaan ialah harga barang akan naik kerana dalam cukai SST barangan tadi seperti kopi akan dijual dengan harga RM156 kalau pemborong buat 20 peratus untung dan 30 peratus untung oleh peruncit tetapi harga pada cukai GST akan melonjak ke paras RM171.60.
Apakah GST akan membebankan rakyat?
Daripada penjelasan tadi tentunya GST akan membebankan rakyat. Tidak syak lagi. Lebih parah lagi kepada golongan berpendapatan rendah.
Bandingkan harga cukai SST pada kadar 10 peratus dan harga barangan pada kadar 10 peratus.
Tentunya harga akan mengalami inflasi iaitu dari RM156 ke paras RM171.60.
Sebab itu kerajaan akan cuba memulakan dengan kadar GST 5 peratus atau 6 peratus untuk memujuk rakyat menerimanya tetapi pengalaman semua negara yang mengenakan GST kadar akan dinaikkan dalam waktu terdekat.
Berapa banyak yang dapat ditambah akan tergantung kepada kadar GST dan kecekapan mengendalikan sistem cukai baru yang sangat rumit ini.
Namun, Malaysia sangat terkenal dengan rasuah, ketirisan dan penyelewengan selain pemborosan pimpinan negara berbelanja, maka GST tidak boleh dilaksanakan lagi sekiranya semua ini masih belum dihentikan.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online