Headlines News :
Home » » PRK Teluk Intan: Pengundi wanita lebih ramai

PRK Teluk Intan: Pengundi wanita lebih ramai

Written By Warta Utara on Thursday, May 8, 2014 | 4:41 PM

Jumlah pengundi wanita di kerusi Parlimen Teluk Intan adalah lebih ramai daripada pengundi lelaki.
Kawasan itu mempunyai 31,049 pengundi wanita berbanding 29,300 pengundi lelaki.

Manakala seramai 45 pengundi berdaftar berumur 100 tahun dan ke atas dijangka mengundi dalam pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan pada 31 Mei ini.
  
Pengundi yang paling tua berumur 111 tahun, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan kerusi berkenaan di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata jumlah pengundi yang berumur 100 tahun ialah 23 orang, umur 101 (13 orang), umur 102 (empat orang) dan masing-masing seorang bagi kategori pengundi berumur 103, 109 dan 111. Dua pengundi berumur 104 tahun.
  
"Di Parlimen itu juga pengundi wanita lebih ramai daripada lelaki iaitu 31,049 orang berbanding 29,300 orang," katanya.

PRK Parlimen Teluk Intan ditetapkan pada 31 Mei dengan penamaan calon pada 19 Mei, manakala pengundian awal 27 Mei.
  
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lepas.
  
Dalam pilihan raya umum Ke-13, Seah, 48, menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.

- Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online