Headlines News :
Home » » Pengusaha harumanis di Perlis wajib bayar zakat

Pengusaha harumanis di Perlis wajib bayar zakat

Written By Warta Utara on Thursday, May 8, 2014 | 4:39 PM

Pengusaha tanaman mempelam harumanis di Perlis wajib mengeluarkan zakat apabila hasil
diperolehi memenuhi syarat, kata Mufti Negeri, Datuk Dr Juanda Jaya.
  
Beliau berkata perkara itu antara keputusan perbincangan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Perlis ke-14 selama dua hari bermula Isnin lepas di Kuching.

Dr Juanda berkata keputusan itu berpandukan jawatankuasa sama yang membuat keputusan pada 1985 bahawa selain makanan ruji hasil pertanian lain juga wajib dikeluarkan zakat.
  
Ketika itu Perlis menjadi pengeluar tebu terbesar negara dan pengusaha tanaman itu diseru mengeluarkan zakat.
  
"Keputusan Jawatankuasa Fatwa itu juga memutuskan hasil tangkapan laut seperti ikan, mutiara dan telur penyu (jika ada) termasuk dalam senarai wajib zakat.
  
"Suka saya memaklumkan kepada rakyat Perlis supaya menunaikan kewajipan ini... untuk mendapat keberkatan Allah SWT agar hasil pada tahun-tahun berikut bertambah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
  
Menurut Dr Juanda zakat yang wajib dikeluarkan adalah antara 5 hingga 10 peratus bagi lima 'ausuk' hasil harumanis atau bersamaan 653 kilogram buah setelah ditolak segala kos termasuk subsidi kerajaan.
  
Beliau berkata pengusaha boleh menghubungi Baitulmal untuk mengetahui kaedah pengiraan yang betul.
  
Menurutnya rekod Baitulmal tidak menunjukkan pembayaran zakat harumanis.

- Bernama
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online