SELEPAS genap setahun BN mengambilalih pentadbiran dari tangan Pakatan Rakyat pada pilihan
raya umum ke-13 (PRU13) lalu, harapan rakyat Kedah menggunung untuk melihat anak mantan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir yang diberi mandat sebagai menteri besar, melakukan perubahan besar di negeri itu.
Malang sekali harapan rakyat menjadi sia-sia, kerajaan BN Kedah ternyata gagal dalam banyak perkara.
Jika ada sedikit perubahan ataupun program besar yang berlaku di Kedah maka ia adalah projek Kerajaan Persekutuan bukannya milik kerajaan negeri.
Setahun adalah tempoh masa yang agak pendek namun senarai kegagalan BN sudah panjang. Berikut adalah senarai kegagalan Kerajaan BN Kedah sepanjang setahun pentadbiran:
-
GAGAL menguruskan Kolej Universiti
Insaniah (KUIN) dengan baik sekalipun kampus induk dan segala kemudahan
yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu begitu baik sekali. Sekejap
arah berpindah ke kampus asal yang sempit di Mergong dan sekejap
berpindah balik ke kampus induk. Kakitangan dan pelajar yang jadi
mangsa.
-
GAGAL menyelesaikan masalah
kakitangan Insaniah Holding yang tidak dibayar gaji semenjak BN
mengambilalih pentadbiran negeri pada Mei 2013.
-
GAGAL dalam penghasilan padi/beras
untuk negara di mana kini Kedah hanya mampu menyumbang 30 peratus
bekalan beras, sedangkan semasa Pakatan Rakyat dahulu negeri ini
menghasilkan 44 peratus bekalan beras negara.
-
GAGAL menyelamatkan tanah sawah
apabila mengumumkan projek ZIPY akan diteruskan di Yan yang dijangka
akan mengorbankan 4300 ekar tanah sawah.
-
GAGAL bercakap benar. Datuk Paduka
Mukhriz Mahathir didakwa tidak bercakap benar dalam isu pembelian kereta
baharu untuk Menteri Besar Kedah. Kenyataan yang dibuat kononnya untuk
kegunaan Yang di-Pertuan Agong, walhal plet kereta terang-terangan
tertera perkataan ‘Menteri Besar Kedah’.
-
GAGAL mengawal nafsu untuk memiliki
kereta rasmi Exco yang baharu. Mereka menukar kereta rasmi dari Camry
ke Perdana baharu, walaupun kereta yang ditinggalkan Exco terdahulu
masih elok. Walhal sewaktu kerajaan dahulu menukar kereta baharu akibat
kereta lama sudah terlalu uzur, BN sebagai pembangkang di kala itu
menentang keras.
-
GAGAL mengawal pembalakan yang
berleluasa. Kegiatan pembalakan berjalan dengan rakus sekali terutama di
daerah Padang Terap, Baling, Kulim dan Sik. Hutan digondolkan tanpa
belas kasihan seolah-olah hutan tidak menyumbang apa-apa terhadap
kestabilan alam.
-
GAGAL mengawal budaya hedonism.
Kerajaan Negeri membenarkan kumpulan penyanyi separa bogel K-Pop dibawa
masuk dari Korea dalam konsert UEPE yang di adakan di Sungai Petani.
-
GAGAL menjaga duit negeri,
menggunakan untuk tujuan tidak baik. Kerajaan pimpinan Mukhriz dengan
murah hati ‘bersedekah’ kepada Astro yang menganjurkan Program Maharaja
Lawak Mega sebanyak RM200,000.00. Jumlah tersebut terlalu besar untuk
rakyat Kedah yang miskin tetapi BN menghabiskannya untuk orang ramai
bergelak ketawa.
-
GAGAL menghormati pegawai tadbir
kerajaan negeri (KCS) di mana Menteri Besar cuba melantik Setiausaha
Sulit Kanan dari kalangan bukan KCS. Akibat mendapat tentangan, individu
tersebut dilantik sebagai Ketua Pegawai Khas (jawatan baru yang
diwujudkan) dengan gaji dan elaun yang luarbiasa. Walhal mengikut
tradisi pentadbiran pejabat Menteri Besar selama ini, ketua bagi
pegawai-pegawai khas adalah Setiausaha Politik.
-
GAGAL membuat keputusan yang wajar
dalam isu mahkamah. Mukhriz telah membuat keputusan tidak wajar dalam
isu pembalak menyaman anak syarikat kerajaan negeri, apabila bersedia
menerima penyelesaian di luar mahkamah sekalipun kes tersebut hampis
pasti dimenangi oleh pihak kerajaan negeri. Akibatnya kerajaan negeri
kerugian RM2.5 juta.
-
GAGAL mengurus sembilan buah Maktab
Mahmud yang selama ini diurus oleh kerajaan negeri dengan menyerahkan
kelolaannya kepada Kementerian Pelajaran dibawah pentadbiran Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Mukhriz mungkin ‘bijak’ kerana berjaya
menyelamatkan duit negeri sebanyak RM26 juta yang selama ini membiayai
Maktab Mahmud tersebut. Soalnya, ke mana perginya RM26 juta tersebut dan
apakah nasib silibus Azhariah di Maktab Mahmud selepas ini?
-
GAGAL meneruskan Skim Kafalah iaitu pemberian RM500 untuk keluarga si mati yang diperkenalkan semasa Pakatan Rakyat dahulu.
-
GAGAL merealisasikan pembinaan
Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, Langkawi yang dicetuskan idea
penubuhan dan pembinaannya oleh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan.
Khabarnya projek tersebut dibatalkan terus. Mungkin kerana bagi Mukhriz pelaburan di bidang pendidikan adalah ibarat ‘mencurah air ke daun keladi’.
-
GAGAL meneruskan program pembinaan
insan seperti Kem Anak Soleh, Kem Bina Saksiah dan Kem Belia Sejahtera
yang diadakan semasa Pakatan Rakyat. Sekarang setiap cuti sekolah
berlalu tanpa ada pengisian oleh kerajaan negeri.
-
GAGAL membuat keputusan yang wajar
dalam isu pelantikan Pengarah Urusan Bina Darulaman Berhad (BDB) yang
dikaitkan dengan siasatan salahlaku. Sepatutnya biar individu berkenaan
membersihkan namanya satu melalui siasatan tersebut, sebelum pelantikan
dibuat.
-
GAGAL mengisi kekosongan imam dan pegawai masjid di banyak buah masjid di negeri ini.
-
GAGAL menyelesaikan masalah lantikan JKKK di beberapa buah daerah, akibat perebutan untuk jawatan tersebut.
-
GAGAL menangani penderitaan hidup
rakyat, khususnya penoreh getah yang terbeban dengan kejatuhan harga
getah serta peningkatan kos hidup. Kepimpinan kerajaan negeri Kedah
seolah-olah tidak tahu cara untuk menanganinya.
-
GAGAL memperkasa sukan bolasepak
yang menjadi kebanggaan negeri ini suatu masa dahulu. Prestasi bolasepak
Kedah jatuh merudum kira-kira 70 peratus dari sebelumnya.
0 comments:
Speak up your mind
Tell us what you're thinking... !