Headlines News :
Home » » Muslimat PAS tersinggung, buat laporan polis

Muslimat PAS tersinggung, buat laporan polis

Written By Warta Utara on Wednesday, May 7, 2014 | 9:35 PM

Muslimat PAS Wilayah Persekutuan hari ini membuat laporan polis terhadap akaun Facebook yang
didakwa menggelar wanita bertudung labuh yang turun ke himpunan anti-GST baru-baru ini sebagai 'pelacur kelas atasan'.

Laporan itu dibuat ketuanya, Nuridah Mohd Salleh di ibupejabat polis daerah Sentul pagi ini.

Nuridah mendakwa kenyataan itu dibuat menerusi akaun facebook bernama 'Abu Amru Radzi Othman' pada 2 Mei lalu.

Nurida merujuk laporannya itu kepada timbalan setiausaha sayap Ulama Muda (ILMU), Radzi Othman.

"Saya dengan ini membantah kenyataan tersebut kerana menganggap ia adalah satu kenyataan yang biadap dan juga menjatuhkan maruah saya serta peserta-peserta bertudung labuh lain," laporan polisnya dipetik.

Nuridah juga menuntut polis memanggil Radzi untuk dirakam keterangannya selain menuntut Radzi menarik balik kenyataan beliau dan meminta maaf kepada wanita bertudung labuh.

Sementara itu, akaun yang disebut Nuridah itu, dalam masukan terbarunya bagaimanapun menafikan menggelar wanita bertudung labuh sebagai pelacur 'kelas atasan'.

Sebaliknya jelas beliau, ia cuma satu perumpamaan semata-mata.

Jelas pemilik akaun itu lagi, sekretariat Ulama Muda Umno juga tidak wujud tetapi Pemuda Umno baru sahaja menubuhkan Majlis Ulama Muda Umno, katanya.

Sementara itu, penasihat eksekutif Ulama Muda Umno (ILMU), Dr Fathul Bari menjelaskan bahawa Radzi adalah setiausaha ILMU namun menegaskan bahawa kenyatan-kenyataan beliau (Radzi) dibuat secara peribadi.
 
Tegasnya, ILMU tidak bersetuju dengan kenyataan Radzi.
 
Menurutnya, Radzi adalah setiausaha ILMU tetapi bukan setiausaha Majlis Ulama Muda Umno pula - satu entiti yang baru ditubuhkan.

"Majlis Ulama Muda Umno yang baru dilancarkan baru-baru ini belum ada struktur. 
 
"Saudara Radzi ada menjawab isu ini dalam tulisannya. Tentang Pertubuhan Ilmuan Malaysia, ya beliau adalah setiausaha.
 
"Namun,seperti yang saya katakan tadi, pandangan tersebut adalah pandangan peribadi beliau. 
 
"ILMU tak pernah bersetuju," tegasnya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online