Headlines News :
Home » » MCA sedia kaji keluar BN jika Umno sokong hudud

MCA sedia kaji keluar BN jika Umno sokong hudud

Written By Warta Utara on Wednesday, May 7, 2014 | 9:31 PM

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MCA, Datuk Ir Dr Wee Ka Siong menyatakan kesediaan untuk menilai semula kedudukan parti itu dalam BN, selain berbincang dengan rakan-rakan sekutu lain jika Umno bersetuju dengan pelaksanaan hudud yang ingin dilaksanakan Kelantan.

Wee bercakap demikian ketika Wacana Sinar yang bertajuk Hudud: Bersediakah Kita?, yang diadakan di Kompleks Karangkraf, petang ini.

Beliau yang merupakan salah seorang panelis wacana tersebut berkata demikian ketika ditanya adakah MCA bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam BN memandangkan Umno menyatakan kesediaan untuk menyokong pelaksanaan hudud di Kelantan.

"Jika begitu keadaannya, (Umno sokong hudud), sudah sampai masanya kita berbincang dengan rakan-rakan sekutu dalam BN untuk menilai semula kedudukan kita dalam BN," kata beliau pada wacana tersebut.

Selain Wee, bekas Mufti Perlis, Prof. Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah, Timbalan Pengarah Institut Wasatiyah Malaysia, Jabatan Perdana Menteri, Dr Mushaddad Hasbullah merupakan panelis wacana tersebut. - HARAKAHDAILY
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Offline - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online