Headlines News :
Home » » Warga emas maut disambar petir

Warga emas maut disambar petir

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 3:35 PM

TELUK INTAN - Seorang warga emas bersama seekor lembu peliharaannya maut selepas di panah

Rakan mangsa, Amir Din, 46, ketika ditemui Sinar Harian berkata,  kejadian berlaku kira-kira jam 4.30 petang.


“Saya bersama arwah sedang minum teh di sebuah warung berhampiran sebelum arwah tiba-tiba beredar kerana mahu membawa pulang kesemua 20 ekor lembu itu pulang selamat ke kandang. Namun, selang beberapa minit, seorang rakan memberitahu arwah sudah 'tiada' akibat di panah petir.

"Saya bergegas ke tempat kejadian dan terkejut melihat arwah terbujur di atas tanah berhampiran parit manakala seekor daripada lembunya turut mati kira-kira 10 meter dari arwah,” katanya.

Sementara itu, anak mangsa Muhamad Sazuan Ramli, 19, berkata, sebelum ini arwah ayahnya tidak menunjukkan sebarang perubahan atau pun tingkah laku yang pelik.

Katanya sebelum keluar rumah arwah tidak berkata apa-apa dan kami sekeluarga tahu arwah ke padang ragut berhampiran untuk membawa pulang kesemua 20 lembu peliharaannya.

“Kami sekeluarga sangat terkejut di atas kejadian yang berlaku ke atas arwah ayah  dan kami sekeluarga reda dan terima ketentuan ALLAH,” katanya sebak.

Ketua Polis daerah Hilir Perak Asisten Komisioner Goh Kok Liang ketika di hubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Katanya mayat mangsa telah di hantar ke Unit Forensik, Hospital Teluk Intan untuk di bedah siasat sebelum di tuntut ahli keluarganya.

“Polis mengesahkan mangsa mati akibat di penah petir dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
petir ketika hujan lebat dalam kejadian di Tali Air 6, Chenderong Balai, dekat sini lewat petang semalam.
Mangsa, Muhamad Ramli Rais, 59, seorang penggembala lembu dari Chenderong Balai mati di tempat kejadian dalam kejadian.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online