Headlines News :
Home » » Demokrasi di Perak: Ikut cara BN

Demokrasi di Perak: Ikut cara BN

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 3:31 PM

Oleh DR RAJA AHMAD ISKANDAR AL-HISS

Apabila bercakap tentang sistem demokrasi 'Raja Berperlembagaan' dan Negeri Perak menjadi
rujukan, sudah tentu satu dunia akan mengingati sejarah hitam 'rampasan kuasa' dalam krisis Perlembagaan seawal Februari 2009 yang lalu.

Walaupun rakyat Perak pernah melalui sejarah pahit tersebut selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke 13, 5 Mei 2013 yang memberikan kemenangan tipis kepada Barisan Nasional (BN) yang hanya lebih tiga kerusi sahaja seperti ia dimemenangi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada PRU 12 yang lalu.

Apa pun, prinsip demokrasi yang menimpa PR di Perak tidak sama ketika BN menjadi pembangkang selama 11 bulan tersebut yang memperlihatkan asas demokrasi yang dipegang dan rakyat Perak khasnya melihat sendiri ketika itu apa yang telah berlaku. Keutuhan sistem demokrasi di Perak yang boleh kita semua lihat tentang pengiktirafan kedudukan Ketua Pembangkang di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang menjadi rujukan penerimaan demokrasi yang ada, tetapi di Perak lain ceritanya. 

Apabila di sebut mantan Menteri Besar Negeri Perak, Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin yang juga kini Ketua Pembangkang DUN Perak, Datuk Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir seolah-olah tidak akan memberi ruang atau mengambil sikap bersetuju. 


Di dalam Persidangan DUN Perak baru-baru ini, Datuk Seri Zambry tidak akan sekali-kali mangatakan sikap bersetuju atau menerima cadangan untuk mengiktiraf kedudukan Ketua Pembanngkang bagi diberikan keistimewaan dengan kedudukan yang ada. 


Selain cara atau 'ala' yang di bawa BN demokrasi di Perak, kita sering mendengar masalah perlantikan Ketua Kampung dan Jawatankuasa Keselamatan Kampung (JKK) serta perlantikan Ahli Jawatankuasa Masjid yang akan sentiasa menjadi pertikaian. 


Kalau pertikaian Ketua Kampung terutamanya, di dalam Umno sendiri ada banyak kumpulan yang mereka rasai paling layak memegang jawatan tersebut dan beberapa hari ini akan ada bantahan-bantahan yang dilaporkan oleh media dan ia amat memalukan. 


Tentang AJK Masjid pula, akan timbul kelayakan seseorang yang dilantik dari segi perilakunya dan komitmennya untuk mengimarahkan masjid dengan pelbagai program masyarakat dan pendidikan agama Islam kepada ahli kariah yang dahagakan ilmu. 


Dahulu ketika diterima mengadap Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Negeri Perak (MAIAMPk) pernah saya suarakan tentang perlantikan AJK Masjid dan memberikan cadangan dan pandangan. 


Apa pun, saya serahkan kebijaksanaan Raja Dr Nazrin Shah dengan perlindungan Ilahi untuk membuat yang terbaik bagi mengimarakkan masjid sebagai tempat tumpuan dan aktiviti masyarakat sepertimana fungsinya di zaman Nabi SAW dahulu. 


Berbalik kepada sistem demokrasi di Perak, BN perlu sedar bahawa kedudukannya juga tidak begitu kukuh dan kuat, jangan terlalu mengikut emosi dan amarah menidakkan 'signal' rakyat yang menyokong PR pada PRU 13 yang lalu terutamanya di Perak. 


Yang berlaku sepanjang lima tahun sebelum ini bahawa banyak pengajaran dan teladan yang perlu diambil sebagai panduan, Zambry perlu menunjukkan kebenaran sistem demokrasi yang dipegang terutamanya meletakkan kedudukan Ketua Pembangkang. 


Jika perkara itu masih gagal dilaksanakan, Datuk Seri Zambry dan BN Perak masih tidak sedar akan hukuman rakyat sebelum ini dengan perilaku serta tidak tanduk yang membangkitkan kemarahan kepada rakyat dan juga kepercayaan rakyat kepada BN! 


*Penulis adalah Ketua Pemuda PAS Perak dan juga Yang DiPertua PAS Kuala Kangsar, Bandar DiRaja
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online