Headlines News :
Home » » Bekerjasama cungkil bakat sukan Orang Asli

Bekerjasama cungkil bakat sukan Orang Asli

Written By Warta Utara on Monday, May 5, 2014 | 3:29 PM

IPOH - Kerajaan negeri akan terus menjadi ‘rakan kerjasama’ kepada Jabatan Kemajuan Orang Asli
(Jakoa) untuk mencungkil bakat baharu golongan berkenaan khususnya dalam bidang sukan.
Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, kerjasama antara kerajaan negeri dengan jabatan itu harus berterusan kerana beliau yakin banyak bakat baharu boleh diketengahkan.

“Kami yakin dengan keunikan serta kebolehan yang dimiliki oleh masyarakat Orang Asli khususnya dalam bidang sukan. Mereka mempunyai kekuatan tersendiri dalam sukan membabitkan tenaga dan kemahiran tangan.
“Kami percaya bakat-bakat baharu boleh dicungkil dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Tidak mustahil suatu hari nanti akan lahir jagoan sukan tanah air yang merupakan dalam kalangan Orang Asli," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup Karnival Sukan Perpaduan Masyarakat Orang Asli Malaysia kali ke-10 di sini hari ini.
Yang turut hadir, Ketua Pengarah Jakoa, Datuk Mohd. Sani Mistam dan Pengarah Jakoa Pahang, Isa Ab. Hamid.
Pada karnival kali ini, Pahang muncul johan keseluruhan dengan 92 mata, diikiuti tuan rumah, Perak di tempat kedua dengan 62 mata dan ibu pejabat Jakoa melengkapkan kedudukan tiga teratas apabila memungut 42 mata.
Karnival berkenaan berlangsung selama lima hari bermula Rabu lalu sehingga hari ini.
Mengulas lanjut, Zainol Fadzi memberitahu, kerjasama padu daripada semua pihak memberi aspirasi kepada masyarakat Orang Asli supaya terus berusaha lebih gigih untuk menempa nama dalam bidang sukan.
Katanya, banyak pihak termasuk Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sentiasa memberi tumpuan kepada masyarakat Orang Asli bagi memastikan golongan itu.
“Kerajaan negeri sendiri setiap tahun menganjurkan karnival sukan Orang Asli dan kami akan terus melaksanakannya. Kami percaya menerusi inisiatif seumpama ini, bakat terpendam dalam kalangan Orang Asli dapat ditonjolkan," jelas beliau.

Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online