Headlines News :
Home » » 1MDB: Berdiam diri bukan pilihan yang ada di tangan Najib

1MDB: Berdiam diri bukan pilihan yang ada di tangan Najib

Written By Warta Utara on Monday, January 19, 2015 | 4:20 PM

Oleh K Kabilan


Dalam mesyuarat kabinet terbaru, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu barisan kabinet agar tidak terlalu gusar dengan serangan ke atas 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Beliau menjelaskan kontroversi berkaitan 1MDB boleh dirungkai dengan mudah, sambil berkata beliau tenang dengan segala tohmahan. Rakan-rakan kabinet diberitahu perkara itu apabila mereka menyuarakan kegusaran kalau-kalau 1MDB menjadi bebasan besar buat kerajaan Barisan Nasional hari ini.

Mereka bimbang 1MDB disalah urus seperti dakwaan pihak pembangkang, yang berjaya memberi gambaran bahawa perdana menteri kita korup, dan akan tewas teruk dalam pilihanraya akan datang.

Perbincangan tentang 1MDB berlaku beberapa minggu sebelum Arul Kanda Kandasamy diangkat menjadi CEO baharu.

Mungkin Najib percaya Arul berkebolehan menangani kritikan yang dihalakan kepada 1MDB. Arul juga bermula dengan baik dengan memberi penjelasan tentang apa yang akan dilakukannya.

Arul menjelaskan semua kritikan bersifat spekulasi tanpa pengetahuan mendalam tentang angka sebenar. Tetapi beliau enggan menjawab semua kritikan. Arul juga nampaknya hanya bersedia berdepan dakwaan Tony Pua daripada DAP.

1MDB juga telah menemui mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menjelaskan dana kewangannya. Mahathir tidak teruja dengan apa yang dijelaskan dan mahu Arul memberitahu segalanya.

Dengan tekanan demi tekanan ke atas 1MDB terutama integriti kewangannya, amat mustahak bagi Najib menggalas tanggungjawab.

Selain berperanan selaku Menteri Kewangan, Najib juga Bos Besar 1MDB yang dimiliki sepenuhnya Kementerian Kewangan.

Pemerhatian awam ke atas 1MDB perlu agar ia ditadbir urus dengan baik tetapi Najib tidak boleh meletakkan segalanya ke atas Arul bagi mempertahan perkembangan syarikat tersebut. Itu tentunya perancangan yang salah.

Persoalan telah ditimbulkan ahli-ahli Umno sendiri, dengan salah seorang membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia.

Terbaru Arul berkata pengkritik 1MDB perlu membuat kenyataan tentang 1MDB berdasarkan pengetahuan.

Benar, tetapi tiada ketelusan di situ dan pengkritik akan terus menembak di dalam gelap kerana tiada maklumat diberikan.

Kegagalan bertindak akan menambah tekanan buat Najib dan beliau bakal mengetahui bahawa persepsi tentang 1MDB akan menjadi terlalu berat buatnya.

Najib perlu mengeluarkan kenyataan di Parlimen yang bersidang Mac ini dan harus bersedia menjawab soalan ahli-ahli parlimen. Beliau harus berterus-terang mengapa 1MDB diwujudkan, bagaimana ia diurus dan apa status kewangannya.

Arul perlu berdepan Jawatankuasa Akaun Awam (PAC) tentang kontroversi kewangan dana pelaburan kerajaan itu.

Jika semuanya perlu telus, Najib, Arul dan 1MDB tidak perlu risau di dalam mempertahankan syarikat tersebut.

Tetapi sekiranya terdapat kesalahan urus tadbir, pihak yang bertanggungjawab perlu dihukum.
Samada ianya persepsi semata-mata, 1MDB akan menjatuhkan Najib. Beliau tiada pilihan selain memberi jawapan. Diam bukan pilihan yang ada di tangannya.
Share this article :

0 comments:

Speak up your mind

Tell us what you're thinking... !

 
Webmaster | Warta Utara Online
Proudly powered by Blogger
Copyright © 2014. Warta Utara Online - All Rights Reserved
PANDANGAN DALAM LAMAN INI TIDAK SEMESTINYA MENUNJUKKAN SIKAP WEBMASTER Warta Utara Online